Sunday, 23 October 2011
ODAI, ABAH AND FAREWELL
Saturday, 22 October 2011
The Science of Heart-Jantung –Part 6
The Science of Heart-Jantung –Part 6
1. System saraf utama (Central nervous system)
2. Biochemical (Hormone dan neurotransmitter)
3. Biophysical (denyutan jantung)
4. Energetic communication (kawasan Electromagnetic d
isekeliling tubuh yang terbentuk dari ritma jantung tertentu).
Dua yang terakhir ini ada kaitan dengan post sebelum ini di mana jantung berdenyut pada ritma yang berbeza. Apa yang mengujakan pada kajian ini didapati pada keadaan denyutan jantung yang harmonic, akan meningkatkan komunikasi antara kepala dan jantung. Lebih mengujakan lagi, jika keadaan harmonic ini dipertingkatan ia mempengaruhi pemikiran kognitif seseorang iaitu keupayaan mental memproses seperti; bertindak balas, mengingat, membuat keputusan dan menyelesaikan masaalah (problem solving).
Kajian yang menakjubkan ini juga mendapati hasil dari denyutan jantung mewujudkan tenaga; iaitu kawasan electromagnetic di sekitar tubuh manusia. Allahu akbar. Keelectrikan jantung ini didapati adalah lebih powerful dari aktiviti electric ‘kepala’ iaitu sebanyak 60 kali ganda amplitude (gelombng yang lebih besar) dan kawasan magnetic yang dihasilkan juga adalah 5000 kali ganda berbanding otak ‘kepala’. SubhanAllah, jika kita kadang-kadang boleh membaca fikiran seseorang contohnya jika ada orang membelek2 coklat di supermarket dengan selambanya kita dpat membaca fikirannya yang dia hendak membeli coklat (eheh contoh la) maka bayangkan dengan 5000 kali ganda.. haiisshhh.
kawasan medan elektromagnetic di sekeliling kita yang terhasil dari variasi ritma jantung
Data kajian ini juga mendapati terdapat interaksi antara hati seseorang manusia dengan ‘kepala’ manusia yang lain berdasarkan kajian synergy antara tenaga electromagnetic manusia dan ‘kepala’. Jadi ini menjawab persoalan bagaimana dua orang dari benua yang berbeza boleh berinteraksi tanpa menggunakan telifon.
Pada denyutan jantung yang sama dengan frekuensi otak kepala, keduanya akan bersinergy - lihat peak graf keduanya pada 2 graf sebelah kanan. Allahu akbar!
Oleh itu, dengan beribadah kepada Allah, hati (jantung) menjadi tenang mampu menghasilkan denyutan yang coherent yang mewujudan tenaga electomagnetic yang positive di sekeliling kita yang mampu mempengaruhi orang-orang di sekeliling kita atau mungkin satu perumahan kawasan kita. Allah knows best.
Adakah semua ini Nampak mudah? Sebenarnya tidak juga, kemampuan seseorang untuk menerima tenaga dari seseorang yang lain juga bergantung kepada kekuatan electromagnetic fieldnya dan juga keadaan otaknya untuk bersinergy dengan kod2 tersebut dan memahaminya. Dengan kata lain, keadaan penerima juga mestilah dalam keadaan yang coherent dan harmonic.
Jadi renung-renungkan... mari kita practise untuk mempunyai hati yang bersih, bercahaya kerana.. hati yang bercahaya menunjukkan hati itu hidup (Sound heart). Pentingnya untuk memiliki hati yang hidup (Qalbu’n saleemm) ini dinyatakan dalam Al-Quran:
on the day of Judgment the whole of mankind will be in loss “except he who brings to Allah a sound heart (Al-Qalb As-Saleem) (Ashuara ayat 88-89).
P/s: ini bukan interpretasi ayat di atas – sound heart bagi saya adalah hati yang hidup berinteraksi dengan makhluk lain: ada bercahaya dan berilmu, Masya allah. Benarlah the heart (jantung) itu berkata-kata dan berinteraksi –
The Science of Heart-Jantung –Part 5
The Science of Heart-Jantung –Part 5
Lihat sahaja graf di bawah dalam keadaan ‘frust’ atau marah, menunjukkan graf degupan jantung sangat tidak teratur berbeza ketika dalam keadaan tenang, degupan jantung sangat harmonic dan stabil. SubhanAllah.
Apa kaitan semua ini? yang paling penting apa kepentingannya pada manusia?
Manusia tidak mampu untuk mengawal suasana, keadaan hidup yang stress, manusia yang berlumba-lumba mengumpul kekayaan, ujian-ujian; kesemua ini adalah faktor-faktor yang tidak mampu dikawal oleh manusia. Ia mempengaruhi denyutan jantung secara tidak langsung dan tanpa kita sedari. Allah beri nikmat pada manusia dengan ibadah; solat 5 waktu, zikir, doa untuk mengembalikan keadaan jantung kepada denyutan yang harmonic.
Janji allah:
أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
”Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar Ra’d : 28)
Untuk mengembalikan ketenangan; denyutan yang harmonic pada jantung kita ibadahlah jawapannya; jika dengan ibadah masih gagal; maka eloklah kita kena re-check amalan ibadah kita dan keadaan 'spiritual jantung kita'. Peringatan untuk saya. Pentingnya mempunyai dengupan jantung yang harmonic ini dan kaitannya dengan otak (termasuk bagaimana kita dapat membaca message rindu kawan kita dari benua yang berbeza huhu) akan diterangkan pada post akan datang. :D
wallahuaklam.
The Science of Heart-Jantung –Part 4
The Science of Heart-Jantung –Part 4
Bagaimana jantung dapat dikaitkan dengan konsep fizik? Secara fizikalnya jantung kita boleh berdenyut pada pelbagai ritma atau frekuensi tertentu. Dalam fizik, bila sesuatu benda/jasad bergetar atau berdenyut, ia juga boleh diukur dalam bentuk frekuensi. Untuk memberikan gambaran yang lebih dramatic, bayangkan kita menggunakan frekuensi tertentu untuk berkomunikasi-melalui telefon, mendapat isyarat internet, dan sebagainya. Dengan kata lain terdapat pelbagai gelombang radio, electromagnet dan sebagainya di sekeliling kita yang tidak dapat dikesan oleh deria mata, telinga, sentuhan sbgnya tetapi memerlukan receiver untuk menterjemahkannya. Contoh kita akan tunekan ‘receiver’ radio/tele pada frekuensi tertentu untuk mendengar/menonton channel tertentu. Begitu juga perbualan kita melalui telefon akan bergerak dalam bentuk gelombang tertentu (cnth GSM band untuk mobile communication) dalam medium udara pada frekuensi tersebut. Cuma handphone itu sendiri adalah alatan untuk menukar gelombang tersebut kepada gelombang suara yang dapat kita fahami dan dapat la kita berhubung dengan orang lain walaupun beribu2 batu sekalipun. Lihat betapa pantasnya gelombang ini bergerak? Sama dengan pergerakan darah dalam badan kita? Satu zarah darah boleh bergerak sejauh 8,000 km dalam satu saat jadi tidak hairanlah gelombang yang bergerak pada frekuensi tertentu membolehkan kita berhubung dengan sesiapa sahaja pada bila2 masa.
Jadi soalannya siapa yang mengawal denyutan jantung kita pada ritma tertentu ? Bagaimana kita tahu ia adalah ritma tertentu yang membawa message tertentu? Kadang-kadang sahabat yang jauh di Kuala Lumpur teringat saya. Tak lama selepas itu saya di benua eropah ini pula rindukan sahabat saya itu. It may travel within second as fast as my blood travel in the circulation system. Lagi cepat dari panggilan telephone. Never say it is natural.. kerana setiap yang berlaku atas izin Allah. Asbab ia berlaku..Let’s crack out more!
The Science of Heart-Jantung –Part 3
The Science of Heart-Jantung –Part 3
Menurut kajian biologi yang lebih specific kepada jantung, rupanya terdapat lebih 40 000 sel neurons pada jantung yang menyamai sel neuron otak yang membentuk system saraf jantung (heart nervous system). Kajian neurocardiology ini (Dr. Andrew Armor) mendapati sistem saraf jantung itu sangat sophisticated yang boleh dikelaskan sebagai ‘little brain’. Terjemahannya yang lebih mudah, manusia mempunyai 2 ‘brains’. The brain in our head and The ‘heart brain’. Sebelum ini kita diperkenalkan dengan sistem saraf yang dikawal otak dimana setiap pergerakan kita dikawal oleh otak melalui sistem saraf utama (the central nervous system) dan kini kita diperkenalkan dengan sistem saraf jantung yang dikawal oleh jantung. Oleh itu when the heart skipped a beat, my mind would never be able to control it because the heart is more intelligent than my mind. It’s work independently.
Apa yang membuatkan lagi saya teruja, jika selama ini rasa kita hanya menggunakan otak untuk berfikir atau sebagai medium untuk perkembangan ilmu, maka subhanallah hati juga adalah medium untuk perkembangan ilmu. Renung2kan kata Hassan Al Basri di bawah, Masya Allah..
Al Hassan said;
There are two kinds of knowledge; Knowledge of the tongue and knowledge of the heart. The second kind is the beneficial kind which raises people in rank; it is the inner knowledge which is absorbed by the heart and puts it right. The knowledge that is on the tongue is taken lightly by people: neither those who possess it, nor anyone else, act upon it, and then it vanishes when its owners vanish on the Day of Judgement, when creation will be brought to account." -The purification of the heart-Aljauziyyah
Ada banyak benda kita ambil mudah kata2 di atas. We take it for granted!. Persoalannya bagaimana untuk mendapatkan knowledge of the heart ini? Masya Allah. Mungkin kita ada sedikit knowledge of the heart maksudnya sedikit sebanyak ada di praktikkan tanpa disedari, tapi bayangkan jika kita berjaya menggunakan knowledge of the heart ini sepenuhnya, Namun hakikatnya hati-hati manusia ini di bawah kekuasaan Allah... SubhanAllah
Mari kita hayati hadith ini
"Sesungguhnya hati semua manusia itu berada di antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha Pemurah. Allah Subhanahhu wa Ta'ala akan memalingkan hati manusia menurut kehendak-Nya." Setelah itu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdoa; “Allahumma mushorrifal quluub shorrif quluubanaa ‘ala tho’atik” [Ya Allah, Dzat yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!] (HR. Muslim no. 2654
Luqman al hakim, ketika mana di minta oleh tuannya untuk menyembelih kambing dan datangkan kepada tuannya 2 bahagian yang paling baik, Luqman al hakim telah membawa hati dan lidah. Begitu juga apabila disuruh datangkan kepada tuannya bahagian paling buruk, hati dan lidah juga ynag menjadi pilihannya. Apabila ditanya, jawab Luqman al Hakim, yang telah dianugerahi Allah dengan Hikmah,'hati baik, maka baiklah lidahnya. Hati yang rosak, maka rosaklah lidahnya'.
The Science of Heart-Jantung –Part 2
The Science of Heart-Jantung –Part 2
Jantung kita terdiri dari otot2 yang mengepam darah ke seluruh tubuh dan sangat mengujakan jika kita bayangkan jantung yang sebesar sebiji oren saiznya mampu mengepam darah ke seluruh badan dalam satu jaringan yang lengkap mengambil masa hanya 20-30 saat dan lebih-lebih lagi mengujakan jika diukur keseluruhan perjalanan saluran darah ini boleh mencapai 100 000 miles atau 160 000++km. Bayangkan betapa sepantas kilatnya darah kita beredar ke seluruh tubuh dan kembali ke jantung dalam masa 20 saat. London ke Kuala Lumpur pun baru 10 000km dan mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam perjalanan dengan penerbangan MAS, jadi jangan main-main.
Ya jagalah jantung anda dengan baik. Kenapa? Kerana seketul daging ini sangat ‘fragile’ jika terluka secara lahiriah atau rohaniah, ia akan meninggalkan parut. Ya benar, jika jantung kita terluka ia tidak boleh sembuh atau ‘regenerate’ sel baru seperti sel-sel yang lain. Pada otot peha contohnya ada sejenis stem sel yang sentiasa tumbuh menggantikan sel2 lama yang rosak, namun tidak pada jantung. Ini kata kawan saya itu dan salah satu kajiannya adalah mencari alternative stem sel lain untuk digadingkan dengan sel jantung. Ahh sibuk saya dengan kajian kawan saya itu keje sendiri tak siap haha. Juga jangan cuba-cuba biarkan ‘heart’ anda terluka kerana parutnya tetap ada sampai bila-bila.
Jika darah bergerak ke seluruh tubuh sepantas 20 saat, jadi tidak hairan jika darah yang merupakan sebahagian dari sistem pengangkutan oksigen, Co2, nutrient2, vitamin dan sebagainya adalah pengangkutan untuk makhluk bernama ‘syaitan’.
Sabda Rasulullah saw:
“Sesungguhnya syaitan bergerak dalam diri manusia pada aliran darahnya, maka sempitkanlah aliran syaitan dengan lapar” ( HR.Ahmad)
Saya ada sebut lahiriah dan rohaniah, atau nama lain ‘physical and spiritually’. Ya benar jantung kita ada dua-dua itu; jantung sebenar yang mengepam darah dan ‘spiritual heart’. Jika tidak manakan kita pernah merasa debaran apabila jatuh cinta.
The Science of Heart-Jantung –Part 1
The Science of Heart-Jantung –Part 1
The Science of Heart-Jantung –Part 1
Cuba letak tangan di dada dan kira denyutan jantung kita. Pertama kali kira mungkin 60 denyutan seminit, kali kedua mungkin 80 denyutan per minit dan tiba-tiba meningkat pula ke 90 denyutan bila kita makin cemas mengira denyutan tersebut . Menarik bukan, kerana denyutan jantung itu berbeza-beza dan puratanya adalah sekitar 60-90 bps (beats per second). Istimewanya kenapa saya terasa untuk menulis berkenaan jantung kerana ia ada kaitan dengan biology, physic, rohani dan islam sendiri. Boleh di rumuskan di sini tajuk tulisan ini adalah sains berkenaan jantung (The science of Heart).
Saya tidak tahu mahu bermula dari mana kerana dari semua segi ada tarikan tersendiri dan ada permulaannya. Secara fizikalnya jantung bertugas untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan dalam jantung sendiri terdapat aktiviti pertukaran osigen dan karbon dioksida. Saya pasti ini adalah perkara paling asas yang difahami oleh semua manusia. Jadi saya akan ceritakan perihal jantung dari segi yang kita selalu terlepas pandang. Secara biologinya jantung terbentuk seawal kandungan 3 minggu. Ya, ibu-ibu pasti teruja kerana dalam masa sebulan kehamilan doktor anda sudah boleh merekod atau memperdengarkan degupan jantung fetus anda. Perkembangan pembentukan jantung selaras dengan pembentukan sistem saraf namun pembentukan otak berlaku pada minggu ke empat. Ini bermakna jantung terbentuk lebih awal dari otak dan denyutan jantung tidak dikawal oleh otak. Jadi mari kita tanya jantung kita, siapakah yang mengawal denyutanmu wahai jantungku? Roh? Jasad? Ya Allah yang mengawal denyutan jantung kita. Ahh ada orang nak tahu lebih dalam, mahu juga diterangkan dengan bukti scientific. Baik.
Satu petang, kawan saya seorang penyelidik di university terkenal di tanah Eire ini mengadu. ‘Ahh saya sudah jadi pembunuh hari ini, rasa macam teruk sangat kerja saya ni,” kata dia tiba-tiba sewaktu kami tengah mengadap makan malam. “Bersalah saya rasa” tambah dia dengan nada sedih. “Kenapa? Apa telah berlaku?” Tanya saya menunjuk minat untuk tahu apa yang menyelubungi kawan saya ini dengan kemurungan 2-3 hari ini. “Hari ini saya telah bunuh lebih kurang 56 anak tikus putih, saya sembelih derang hidup2 dan untuk ambil jantung mereka”. Jujur kawan saya memberitahu. “Ehh asal tak guna chloroform ke apa ke yang nak bagi pengsan tu”. Saya cuba-cuba memberi cadangan macamkan lagi pandai dari kawan saya ini. “tak boleh sebab sembelih lagi cepat dan saya nak ambil jantung dia ketika sedang berdenyut” balas kawan saya lagi. “Ooo nak buat macam mana dah itu keje akak” balas saya cuba memujuk. “Apa akak buat dengan jantung tu? Saya cuba memanjangkan perbualan. “Tu la, dah la saya pisahkan anak2 tikus tu dengan emak depa, pastu saya sembelih dan hancurkan untuk tengok cell dia, kejam la saya ni” balas dia lagi masih bersalah. “Kenapa tak ambil jantung mak dia je?” Tanya saya sibuk nak tahu lebih lanjut. “ohh kalau baby tikus ni, otot jantung dia kuat, lepas beberapa minggu cell jantung masih lagi berdenyut”. Kawan saya memberi input tambahan. Masya Allah, inilah permulaan kepada pencarian maklumat berkenaan jantung. Sanggup saya tinggalkan kerja-kerja tesis saya demi membaca berkenaan jantung (ya I’m procrastinate). Sebabnya saya percaya masalah procrastinate yang menyebabkan keja saya terlalu lembab adalah saya ada penyakit ‘heart’.
Tafsiran hati =heart= jantung dalam hadith di bawah adalah begitu mendalam sekali maksudnya nanti saya bincangan dari sudut kefahaman saya.
Ketahuilah, bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.” -Hadith riwayat Bukhari dan MuslimSUMMER WARS
Salams,
Semoga anda berada di dalam perlindungan-Nya selalu. Yakin lah sahabat-sahabat yang dicintai, Dia Maha Kasih sama kita.
1
Baru habis menonton Summer Wars. Ini kali keberapa tidak saya ingat. Huda, you will love this movie, seriously. Walaupun agak tidak logik, bukan kah semua anime tidak berapa logik? Terlalu banyak nilai-nilai murni yang ditonjolkan. Banyak scenes yang saya suka, antaranya adalah pabila Shota mengalihkan ais. Terus terangnya saya tidak gemar menonton anime, saya lebih memilih drama. Terutamanya drama Jepun dan Korea. Norlin dan Kak Suhaili lebih menggemari drama Melayu. Tapi Summer Wars ini, masyaAllah, (sambung lah sendiri selepas menontonnya).
2
Apa perasaan kalian sekiranya menerima kad undangan berwarna emas dari YMH Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dititahkan datang mengadapnya di Istana Negara? Kalau saya, pastilah saya mahu melompat-lompat memanjat pohon kelapa, tapi disebabkan saya mahu menjadi perempuan yang mulia, saya pastilah meng’war’ kan kepada seluruh dunia dengan bangganya. Baginda itu, pastinya mengenali saya sehingga mahu menjemput saya merafak sembah.
Dan sudah pastilah Baginda mahu menganugerahi saya, bukan? Kalau tidak, masakan Baginda mahu sahaja-sahaja menjemput saya yang hina-dina ini? Saya sudah ada satu permintaan yang berlegar diseluruh hati -
Saya mahu tanah untuk berladang, berkebun, bercucuk tanam. Pada mulanya saya mahukan secebis tanah di Taif ( Saya tidak kira, minta sahaja Sang Agong membelinya dari Kerajaan Arab Saudi), tetapi bimbang, pastinya banyak halangan. Ah, berikan sahaja saya tanah di Palestine. Tahukah kalian bahawa minyak zaitun dan buah-buahan umpama strawberries yang terbaik adalah yang dihasilkan dari tanah yang berkah itu? Tapi pasti pihak Israel Laknatullah itu tidak membenarkan saya, perempuan lemah yang hina ini, menginjakkan kaki di sana, apatah lagi memiliki tanah itu.
Lantasnya, saya mahu ladang di Turkey. Tanah yang sangat subur untuk ditanam apricot, cherry, olives, grapes, citrus, vegetables, herbs and mungkin ada binatang ternakan seperti kambing untuk diambil susunya diminum dan dibuat keju.
Oh ya, saya juga mahu setempayan emas dibuat capital. Hasil dari tanah tersebut seperti biasa nya akan dibahagi 3 – 1 bahagian dijual, 1 bahagian disedekah kepada fakir miskin, dan 1 bahagian untuk diri sendiri.
Kalau Sang Agong mahu memberikan saya tanah di Malaysia sahaja, ya, akan saya berikan sahaja pada Huda, dia lebih patriotik dari saya *wink wink sambil berlari*.
Dan bagaimana perasaannya di panggil Ar-Rahman itu menuju ke rumah-Nya?
*Huda, this is, again, Switzerland! *
Salam kasih,
Nur
Thursday, 20 October 2011
PANGGILAN HAJI
Wednesday, 19 October 2011
SEMAKIN HAMPIR
Tuesday, 18 October 2011
HAJAR
Monday, 17 October 2011
ROTI
Saturday, 15 October 2011
MALAS
Friday, 14 October 2011
ERL
Thursday, 13 October 2011
SARAWAK
Di Kuantan, tepatnya di Vistana Hotel menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh DBP.
Saya ditanya oleh speaker - anda ini dari Sarawak kah?
SARAWAK?
Jauh sungguh.