Sunday, 9 December 2012

UNTUK MU SAHABAT

Assalamualaikum,

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allah Humma Solli wa Sallim A'ala Saidina Muhamad, wa'aali Muhamad.

Sahabat-sahabat yang dicintai, ku hadiahkan al-Fatihah untuk ruh mu yang kelihatan capek. Moga-moga dengan usaha kecil ku ini, ruh mu akan bersinar dengan cahaya-Nya, yang terlalu indah untuk digambarkan.

Sekalung tahniah untuk Dr. Norlin Khalid, yang telah berjaya dalam viva nya baru- baru ini. Tuhan memberkati mu, friend of heart. Memberkahi mu kerana engkau selalu memberikan hatimu kepada semua orang.

Post ini untuk Rabiah. Maaf kerana memeram emel mu, ngga punya kekuatan untuk membalasnya buat masa ini. Dan saya sudah ketemu rakan baikmu, SubhanAllah, indah sungguh wajahnya, bercahaya-cahaya bak bulan purnama!

---------------------------------------------


Salam

Gimana keadaannya di irbid?

Masih bergema kah laungan protest?

Dan gimana keadaanmu?

Saya membaca quran, sampai di surah al-an'am, ayat 12, saya teringat tulisan mu mengenai ayat itu, tpi sebenarnya saya ngga ngerti entri mu itu.

Mau bertnya di dalam blog malu pula, malu dikatakan terlalu dangkal hahaha.

Care to share here?

---------------------------------------------

Maaf kak lewat. Sibuk kononnya.

Masih bergema, cuma sayup. Entah apa seterusnya terjadi pada rantau tak terjangka ini, saya harapkan yang baik-baik.

Bagaimana saya? Begitulah. Masuk tahun empat, dunia baru, hari-hari bertemu pesakit, hari-hari (perlu) ngadap buku. Interesting, and tiring. I wonder why those two words love to stay in (my) same breath. hehe

Oh, tentang tulisan itu. Saya pun sebenarnya sudah ingat-ingat lupa.
Saya tak pun membuka mana-mana tafsiran quran untuk ayat itu, jadi mungkin saya hanya dapat kongsikan apa yang saya rasa tika itu. Mungkin kalau ada kelapangan akak boleh bertanya pada mana-mana ustaz, dan kemudian kongsikan dengan saya? =)

Seperti dalam entri, saya sedang manaiki bas ke universiti ketika mendengar ayat itu.

Terjemahan langsung dalam kepala saya ketika itu,

"(Tuhan) menulis atas dirinya rahmah"

Saya 'tafsirkan' dengan pemahaman saya secara umum, berdasar sastera melayu.Saya faham bukan dengan kekayaan perbendaharaan bahasa Arab, lalu mungkin sekali terdapat kesilapan.

'menulis' bagi saya menggambarkan sesuatu yang diinginkan lebih kekal, dengan keinginan lebih bersungguh. Lebih dari bercakap. Sesuatu yang ditulis lebih sukar dipadam.

'Atas dirinya', yang lekat pada diri. Ditulis sendiri, diakui sendiri, diazamkan sendiri. Saya terbayang seperti kita mungkin mereka lencana sekolah sendiri, atau 'nametag' sendiri, lalu disemat di dada penuh bangga.

'rahmah', yang saya faham sebagai kasih sayang belas kasihan.

Seolah Tuhan boleh memilih untuk 'menulis atas dirinya' perkara lain, namun Tuhan memilih 'rahmah', dengan penegasan yang sangat kuat. Tentu di tempat lain tersebut juga Tuhan itu 'sangat keras seksanya', dan lain-lain, namun sepertinya tidaklah sebegini ayatnya.

Juga mengesankan saya, build up kepada ayat itu. Tentang orang-orang yang menolak Tuhan, menolak rasul. Menolak Tuhan yang 'mencipta kegelapan dan cahaya', 'yang mengetahui rahsia dan zahir'. Kemudian, diminta rasul bertanya dan menjawab sendiri, 'untuk siapa apa yang di langit dan bumi?' "Allah". yang menulis atas diri-Nya rahmah. Pasti akan mengumpulkan kalian...rugilah yang tak percaya...

Pemahaman yang benar dari bahasa Arab tentulah lebih besar dan lebih luas.

Sejujurnya saya sedang 'gelung' err, macam tak betul sikit dalam minggu itu. Mendengar ayat sebegini sangat-sangat menyegarkan dan menginsafkan.

Lalu saya teringat dalam satu buku yang saya baca lama dulu, buku terjemahan dari tulisan Amr Khaled. Disebutkan dalam buku itu, Pakcik Amr bertanya pada sekumpulan remaja, 'apakah nikmat paling nikmat yang kalian rasakan.'

Pelbagai jawapan diberikan. Saya lupa, tapi mungkin sekali seperti jika diajukan soalan itu pada kita, ada tentu yang menjawab makanan, negara tercinta, ibu, dan lain-lain. Ada juga yang menjawab nikmat islam, nikmat iman.

(sampai disini saya tersedak membaca balasan emelnya. Saya lah tu, yang sangat mencintai makanan)

Jawapan yang paling menarik pada Pakcik Amr ini datangnya dari seorang remaja yang menjawab, " Nikmat yang paling besar ialah mendapat Allah sebagai Tuhan saya."

Jawapan sangat menakjubkan. Saya tak ingat ulasan Pakcik Amr selepas itu.

'Mungkin' juga kan, kita mendapat Tuhan yang bukan Allah. Tak seadil itu, tak sepenyayang itu, tak se'murah hati' itu. Dan kita tak mungkin mempertikaikan. Tak mungkin memilih. Kerana Dia Tuhan, dan kita bukan siapa-siapa. Lalu remaja tadi menzahirkan kesyukurannya punya Tuhan seperti ini.

Sesuatu yang saya tak pernah terfikir sebelumnya. Dan dalam bas itu, saya diingatkan semula.


Sekian, ampun salah silap kak. =)
Selamat!