Wednesday, 19 October 2011

SEMAKIN HAMPIR

Salams,


1
Ada ustaz cakap, berkirim salam pada Rasulullah saw melalui orang yang mahu mengerjakan haji dan umrah itu bid'ah. Entah. Sudah berbincang dengan Huda, mahu pula bertanya pada pembaca blog ini.


2
Semakin hampir, semakin lompong ilmu didada. Allahim.


3
How's Teluk Intan? As usual. Mungkin memuakkan pada sesetengah orang, mungkin menggembirakan pada yang lain. Saya...gembira. I've been travelling around the world, except to a few continents, yet this small village gives me something beyond words. As long as you be grateful for whatever Allah swt has provided you - you will be the happiest person ever.


4
Dengar-dengar tahun ini Haji Akbar. Dan salah satu teori mengatakan Imam Mahdi akan muncul pada Haji Akbar. WaAllah hu'alam. Dunia semakin pelik - terlalu corrupt dan mengejar keduniaan. Membunuh dianggap biasa. Mencuri di anggap biasa. Zina dianggap biasa. Homoseksual dianggap biasa. Tidak menutup aurat dianggap biasa. Bergaduh dianggap biasa. MasyaAllah.

Apa yang tidak biasa? Membaca al-Quran di dalam bas/keretapi. Menutup aurat sepenuhnya. Bersolat ditengah-tengah kesibukan bermesyuarat. Dan perkara-perkara yang mengikut ajaran Islam.

Dalam masyarakat Islam sendiri ada yang berpecah belah. Dan tidak mahu berlapang dada dalam menerima perbezaan. Ingat, inilah lorong syaitan yang paling halus dan paling bijak. Dalam mahu 'membetulkan' umat, dengan tidak berhikmahnya dengan lidah dan hati kita, jangan-jangan kita dihumbankan dalam neraka. Nauzubillah. Dan tugas kita, sahabat-sahabat sekalian, hanya menyeru/mengingatkan/berdakwah, tidak memaksa mereka menerima pendapat kita.



"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)



Salam kasih.

Nur
















6 comments:

Unknown said...

saya baca boleh diabaikan beri salam pada Rasulallah tu. Raikan sahaja, sebab dah jadi adat.

kang terasa pulak orang-orang kampung taknak kirimkan salam dia pada Nabi.

wallahualam.

Nur said...

Salams,

Benar jugak, kasihan orang kampung. Tapi menurut Huda, ada sahabat yang berkirim salam pada sahabat yang lain yang ke Madinah, menurut hayatul sahabah. Dan kerana Rasulullah saw itu 'hidup' dan yang berkunjung ke maqamnya seolah-olah bertemu dengan beliau, logiklah menyampaikan salam daripada yang berkirim salam.

Dan ini bukan bid'ah. Mungkin ustaz -ustaz moden mahu menggalakkan kita berselawat.

Entah lah, wallahualam.

Syukran for the komentar. Bila majlis awak?

Amermeftah said...

Apa yang seorg senior saya yg saya suka adress sebagai sidi cakap, memang ada perkumpulan ulama-ulama dan pejuang-pejuang Islam setiap kali habis musim haji. Mereka akan menunggu sampai bulan Muharram kalau ada khabar kemunculan al-Mahdi. Tapi siapa tahu, ungkin beliau sudah muncul, masih anak-anak atau sudah remaja siapa tahu. Tugas kita ialah bukan berteka-teki tunggu tapi buat kerja dengan masa yang ada ...

Hikari-san said...

Arrgghhh...errkk.. isk isk isk.. nampaknya saya kena baca balik hayatus sahabah. Cari cerita yang mana.. kalo takde matilah..

Err nanti saya pula dikata pembawa bidaah..aiseh.. amalan kirim salam pada rasulullah ni kata orang budaya (culture) orang melayu je. Personally bg sy ia tak menggugurkan syahadah dan bukan perkara asas fiqh yang kritikal yang perlu perbincangan mendalam. dari kirim salam sekali, baiklah sentiasa berselawat tanda kita sentiasa rindukan rasulullah..

culture.. ya culture..melayu ni banyak culturenya.. bila dengar orang nak ke haji memang excited langsung orang m'sia, moga2 ramai yang ada azam untuk buat haji.

jom selawat selalu..

Nur said...

Amermeftah,

Salams, terima kasih diatas komentar. Ya, tugas kita sama sahaja, mempersiapkan bekal menuju negeri akhirat, dan menyeru ke arah kebaikan serta menolak kemungkaran. Syukran for the reminder.

Anda masih di Egypt?

Nur said...

Salams Huda,

I'm sorry, I do not put the burden of proof on your shoulders! Maaf, tidak berniat sebegitu. Patutnya saya tulis, saya jua sependapat dengan anda.

Ya, masyarakat kita memang kuat dikatakan dengan bid'ah. Entah lah. Kita yang merentasi beribu-ribu kilometer semata2 untuk mendapatkan keredhaan-Nya, dan menuju ke Madinah untuk menziarahi baginda - menangis melepaskan rindu pun dikatakan bid'ah.

Mungkin yang mencintai baginda sebenar-benarnya tidak pernah menangis kerana cinta dan rindu kot.

Ramai sangat yang excited bila dengar ada sahabat handai dan saudara-mara akan ke Mekkah. Bukan kah itu rahmah Allah, bagi saya. Kalau tidak berperasaan tu, mungkin kene check lah kot hati nya...speaking about the heart, bleh tak saya kutip2 sikit pasal heart in your blog? Kalau malas, copy paste je...ihihihihhi