Saturday 21 January 2012

SEXY

Salams,


Mau ditulis apa lagi, sahabat-sahabat ku?

Sekiranya jiwa yang sangat kering dan penuh daki-daki dosa ini, berniat mahu menulis ayat-ayat peringatan, yang tidak mungkin saya amalkan, dan ini sangat memalukan diri ini.

Minggu lepas saya mengadakan test. Terdapat pelajar yang meniru, dan ini benar-benar membuatkan darah saya mendidih. Marah dalam erti kata sebenar.

Lantarannya, saya menulis ayat-ayat dibawah di papan putih:

Intelligence is sexy,

Laziness is unattractive,

BUT - cheating is ugly.

Saya menambah, not only that your soul is ugly, but your physical as well.

Owh, saya cakap penuh dengan lemah lembut.




Saturday 14 January 2012

KISAH HAJI: PANGGILAN ALLAH DAN MIMPI ABAH

Salams,

Dibawah adalah catatan dari rakan saya. Yang membuatkan saya paling 'stunt', adalah rahsia yang Ija simpan sehingga ke penghujung haji, malah setelah berminggu-minggu kami disini.

Dan rahsia yang Ija simpan dari Kak As adalah, kami tidak menggunakan quota haji kepunyaan kakak saudara Ija.

Kalau dahulu saya sangat tidak yakin dengan konsep panggilan haji adalah rahsia Allah, adalah jemputan dari Sang Penguasa langit dan bumi, setelah mengetahui rahsia Ija - saya mengerti,

Allah, Engkau kah yang memanggil ku ini?

Anda tahu bukan, bahawa saya kehilangan Abah yang paling saya cintai itu - yang saya cintai melebihi segala-galanya di dunia ini. Sedangkan Rasulullah saw sendiri sentiasa menyebut nama Saidina Khadijah, dan menyebut-nyebutkan kebaikkan-kebaikkannya. Dan pada tahun kewafatan Saidina Khadijah dan Abu Talib - tahun itu digelar tahun kesedihan.

Dan anda mahu tahu, hadiah apa yang diberikan oleh-Nya, untuk kekasih-Nya itu?

Diangkatnya Rasul kita yang mulia itu, ke langit, pada malam Isra' Mikraj. Perjalanan menuju Tuhan. Diberikan solat sebagai hadiah penenang jiwa.

Dan hadiah paling besar dari Allah swt itu pada saya yang sangat lemah, jahil, hina dan penuh dosa-dosa hitam meliputi seluruh jiwa dan badan saya - adalah kesudian-Nya menerima saya sebagai tetamu-Nya. Dia yang Maha Mengetahui betapa remuknya jiwa saya, betapa tidak berguna hidup saya rasakan, betapa hampir mahu berputus asanya saya dengan segala-galanya - Dia Maha Mengetahui.

Anda tidak akan dapat tahu bagaimana perasaan saya melihat Abah, dari wad biasa, dan dipindahkan di dalam wad ICU, dan berjuang semasa nazak - anda tidak akan pernah tahu. Anda tidak akan pernah rasa. Dan saya, saya adalah anak terakhir yang berbicara dengan nya. Dengan saya, Abah menumpahkan air mata, dan menggenggam tangan saya semasa di ICU, walaupun matanya tertutup diliputi gam. Dengan saya, Abah mengangkat-angkat tangan dan kakinya. Tidak dengan anak-anak lain, saudara-saudari sekalian. Tidak.

Dan bermimpikan Abah semasa di Mekkah. Abah berpakaian ihram. Menunggu bas mahu ke Arafah. Menanti di Muzdalifah. Memeluk saya erat dan hangat - mendakap saya dengan penuh kerinduan, dan kemudian melangkah pergi, walaupun saya meraung-raung memintanya menunggu saya.

Kak As mengatakan bahawa ujian untuk saya sangat besar, saya bukan sahaja kehilangan Abah, tetapi jua imam - tetapi Kak As jua mengingatkan saya - bahawa hadiah dari-Nya jua sangat-sangat besar dan bermakna. Seperti Rasulullah saw, kami dipanggil menuju-Nya.

Allah.


_____________________________________________________________



Panggilan Allah pada kami

Kata Ija, “Allah sayang sangat pada kita ini.” Ayat itu sahaja buat air mata saya pecah berderai. Belum lagi Ija memaknakan tentang penyataannya.

Ketika kami makan petang selepas saya selesai temuduga biasiswa kedua PhD., saya dan Ija bercerita tentang Haji. Ia mungkin cerita yang akan sampai mati dan hujung masa dunia akan dicerita berulang-ulang. Dan rupanya banyak cerita terpencil yang saya tidak tahu dan Ija baru cerita.

Kata Ija, “Prof Kamil minta kuota menteri untuk pergi Haji. Dia juga solat hajat selama setahun untuk diterima Allah sebagai tetamuNya.”

Saya faham ke mana arah mula bicara Ija. Kami tidak berbuat seperti Prof Kamil. Kami tidak merayu pada menteri. Kami juga tidak sempat solat hajat selama setahun. Dan malam-malam kami tidak konsisten. Ada masa kami bangun untuk tahajjud. Ada masa terlalu penat, kami bangun hanya bila masuk subuh. Ija memaksudkan bahawa kami benar telah tertulis nama dalam luh mahfuz, telah dipanggil menjadi tetamuNya pada musim Haji 1432H/1433H. Amal mana yang kami sandarkan untuk mendapat keistimewaan ini, hanya Allah yang tahu rahsia.

Bagi saya yang banyak dosa ini, ia adalah magis yang terlalu rumit untuk saya pecahkan. Jika tanya rakan saya berdua itu, pasti mereka tidak pernah ragu Allah melimpahkan kasih sayangNya terlalu besar untuk saya. Subhanallah. Dan kenapa saya perlu ragu lagi, bahawa Allah mengasihi meski dalam dada menggunung dosa.

Petang itu Ija makan soto ayam. Saya makan gado-gado yang tidak sampai suku sampai ke dalam perut. Kami di KL Sentral. Saya melihat langit petang melalui celah-celah bumbung yang menyerlahkan warna alam. Terlalu suram seperti mahu hujan. Ketika itu saya melihat mata Ija banyak kali merah dan bergenang air. Kami berkongsi rasa. Rindu Makkah dan Madinah.

Tapi Ija terkesan mungkin kerana pesan saya pada dia, “Ija, awak mesti ingat selalu, untuk kes awak Allah sendiri membuka hati awak untuk bersama-sama kami mengerjakan Haji.”

Saya sudah merancang dari hujung 2010 untuk pergi Haji bersama Fakhzan. Ija rakan saya. Rakan paling baik. Jauh dari sudut hati saya berdoa dan berimpian, alangkah baik kalau Ija boleh bersama. Tetapi saya kenal Ija yang punya hati yang jitu. Kalau hitam katanya, hitamlah. Kalau putih, putih. Kalau ya, ya. Kalau tidak, tidak. Dan jangan diulang soalan yang sama. Bagi insan yang saya panggil Ija, keputusan dia selalu muktamad. Tidak perlu diulang tanya kerana jawapan akan tetap sama.

Namun impian saya untuk dapat berhaji bersama Ija tidak pernah luput. Dalam satu kesempatan baik dan tenang, saya tanya Ija “Akak dan Fakhzan merancang pergi Haji. Kami merancang pergi dengan pakej. Kalau awak ada niat nak berhaji marilah pergi bersama kami.”

Ija meninggalkan saya dengan jawapan, “Ija ada makcik dan pakcik yang merancang pergi. Jika mereka dapat pergi, Ija akan tumpang mereka. Pergi dengan muassasah.” Itu sahaja. Noktah. Saya tidak perlu mengulang tanya.

Hanya setakat itu saya berusaha. Tiada kata untuk memujuk, tiada kata untuk meyakinkan. Ija dan saya sama-sama tahu perbincangan lanjut tidak perlu. Dari jawapan Ija, saya tahu Haji akan diharungi hanya bersama Fakhzan.

Saya berbincang banyak dengan Fakhzan. Melalui pesan SMS, emel dan Yahoo Mesengger dari Malaysia-UK. Juga cerita tentang Ija. Rupanya Fakhzan juga menyimpan impian yang sama. Supaya kami semua bersama dapat berpergian ke Tanah Suci.

Allah telah menakdirkan arwah ayah Fakhzan sakit pada bulan Mei/Jun saya tidak berapa ingat. Waktu itu arwah Pakcik Marwan sedang sakarat. Tempat rawatan di ICU Ampang. Ija selesai temuduga. Kemudian bergerak melawat Pakcik Marwan. Fakhzan sudah lama pulang dari UK untuk bersama ayah mengharungi sakit berat. Cerita Ija pada saya, juga cerita Fakhzan pada saya, ketika Fakhzan menghantar Ija balik ke kereta selepas melawat arwah Pakcik Marwan, itulah saatnya Fakhzan memanjangkan ajakan pada Ija. Untuk sama-sama pergi Haji. Kata Fakhzan, PhD Ija masih awal lagi. Tidak ada masalah untuk Haji dahulu kemudian fokus pada PhD. Jika bukan sekarang, Ija tidak akan pergi haji untuk 3-4 tahun akan datang. Selepas PhD baru boleh fikir semula.

Petang di KL Sentral kami mengulang cerita. Saya berpesan pada Ija, “secara logik dalam keadaan Pakcik Marwan begitu tenat, Fakhzan tidak akan punya ingatan lain selain dari ayah yang sedang sakit. Pada masa itu Allah yang memberi ilham pada Fakhzan untuk membuka kembali jemputan untuk awak.”

Ija pulang ke kampung selepas melawat Pakcik Marwan. Selepas mendengar penerangan dari Fakhzan baru Ija membuka mulut pada mak dan Abah. Ija ada masalah kewangan jika pergi haji dengan pakej. Tetapi selesai Ija bercerita pada mak dan Abah, mereka dengan berbesar hati membantu Ija dengan keperluan kewangan yang mencukupi.

Subhanallah. Ini cerita jemputan Ija. Allah redha Ija untuk menjadi tetamuNya. Bukan. Allah mahu Ija menjadi tetamuNya. Cuma Ija yang belum tahu.

Allah menghantar saya. Allah menghantar Fakhzan. Allah menghantar mak dan Abah guna untuk memperkuatkan hati Ija. Untuk membuka pintu hati Ija. Untuk menghantar surat jemputan dariNya kepada Ija. Sekurang-kurangnya ini yang saya rasa. Betapa besar nikmat Allah untuk Ija. Alhamdulillah, Ija mendengar panggilan. Alhamdulillah setelah dengar, Allah bukakan hati Ija untuk menyahut.

Setelah Ija bersetuju, ada masalah lain. Permohonan dan rayuan ke Tabung Haji sudah mendekati tarikh genting. Surat rayuan saya dan Fakhzan telah lama siap dan sudah dihantar. Tetapi pada waktu itu nama hanya ada kami berdua, Fakhzan dan saya. Tetapi oleh kerana Ija mahu bersama, surat rayuan perlu dimajukan semula untuk tiga nama. Kami serah urusan ini pada Ija sebab Ija punya saudara di Tabung Haji.

Ini cerita rahsia Ija. Surat rayuan itu tidak pernah dihantar. Yang Ija hantar hanyalah borang permohonan menunaikan haji bersama Tabung Haji Travel & Services. Surat itu tidak dikemukakan sekali dengan borang permohonan.

Ini cerita rahsia Ija yang pecah ketika berada di KL Sentral. Saya membeliakkan mata untuk 2 sebab. Tidak percaya Ija tidak hantar. Yang kedua, takjub Allah menjemput kami tanpa kami perlu merayu pada Tabung Haji, apatah lagi memohon kuota menteri.

Subhanallah.

Kata Ija, Haji betul-betul jemputan. Seperti cerita Prof Kamil. Bagaimanapun usaha, jika Allah masih belum menjemput, kita tidak akan menjadi tetamuNya.

Bagi takdir kami, meski segala urusan teknikal yang perlu kami buat pada Tabung Haji tidak selesai yang nyata kami telah dipanggil. Di luh mahfuz nama kami sudah di daftar di padang Arafah. Jika Allah berkehendak kun, fayakun. Jika Allah berkehendak, apa pun undang-undang manusia adalah nihil. Tidak akan ada yang lebih superior dari kehendak Allah.

Kami ditulis dalam kehendak Allah. Kami adalah kun fayakun Allah.

Mengenang semua ini, hati saya sebak. Mata saya tidak berhenti mengalir air mata. Dalam solat, dalam sendiri, saya akan menangis semahunya. Dalam banyak masa, hati saya penuh hiba. Dalam rasa saya mahu panjat penuh rasa kesyukuran.

Kata Ija, “Allah sayang sangat pada kita ini.”

Saya mahu simpan ingatan ini, “benar Ija, Allah benar-benar sayang.”

___________________________________________________________________


Epilog – ketika hari menghampiri maghrib di KL Sentral, akhirnya Ija bersuara “kalaulah Ija tidak ikut korang pergi haji, Ija tahu Ija akan menyesal seumur hidup. Mesti waktu korang sampai dari Makkah, Ija akan jemput korang kan? Jika itulah yang berlaku, mesti menyesal yang tidak sudah.”

Kata saya, “awak kena selalu ingat, jemputan haji untuk awak, Allah sendiri yang menghulur tanganNya.”

Petang itu kami pulang ke destinasi masing-masing dengan mata yang merah.

___________________________________________________________________

Nota: Tempoh masa Ija menghantar borang dan menunaikan Haji (bulan 5 ke bulan 10) – 5 bulan. Keajaiban yang tidak dapat ditafsir akal.


"Tuhan, jika Engkau sendiri menghulurkan kasih sayangMu, bagaimana kami ini Ya Allah tidak menerimanya dengan penuh takzim? Wahai Tuhan sepenuh Cinta, masukkanlah ke dalam dada kami cintaMu."

Monday 9 January 2012

LOGAM HITAM?

Salams,

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Alllahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, wa'ala 'Aali Saidina Muhamad.

Hari Jumaat memang selalu hari yang sangat membingungkan saya. Selalunya ujian yang dihantar oleh Allah swt pada hari Jumaat untuk saya besar-besar belaka. Hingga hilang kesabaran saya. Ia mencabar emosi saya.

Nah, cabaran pada hari Ahad adalah: secara fizikalnya!

Tetapi hadiah datang dari-Nya pada hari Isnin - priceless. Sungguh tidak ternilai, saudara dan saudari sekalian.

Pernah saya katakan pada rakan-rakan saya - saya cuma manusia biasa. Tidak akan ada pernah kesan pada manusia lain. Saya ini cuma secebis debu sahaja. Saya tidak pernah mahu menjadi bunga kampus atau mutiara kampus. Cukup sahaja saya jalankan amanah ini hanya kerana-Nya. Doakan saya seikhlas-ikhlasnya untuk memberi yang terbaik, bukan kerana nama, pangkat atau status, tapi hanya-Nya.

Dan saya tidak pernah mengerti dengan konsep cemburu dan saling tikam-menikam.

Rakan saya menyabarkan saya - mereka yang melakukan sedemikian rupa, didatangkan khas dari Penguasa Langit dan Bumi untuk menguji saya. Samaada saya ini, benar-benar emas asli, atau sahaja logam hitam.

Oh, jangan tak percaya, saya sudah cerah sedikit. Hahaha.

Dan syukur, Anwar Ibrahim telah dibebaskan.

Must dash, I'm going to the library, will you believe it that they want to cut my salary just because I haven't return their books on time? Oh, I hate the serious library.










Friday 6 January 2012

KAWAN...

Salams,

Masih berhempas pulas menahan nafsu, sungguh, terutamanya nafsu amarah.

Apa perasaan anda sekiranya ada pelajar yang tidak mahu membeli buku yang berharga RM20?

Sabar, sabar. Sabar ada batasannya.

Syukurlah pabila membaca article dibawah, terasa sejuk dihati.


____________________________________________________________



Kawan, kita ini adalah hamba Allah yang tercipta dengan sebaik-baik bentuk. Sebaik-baik takdir yang Allah tetapkan dalam kitab Lauh Mahfuzh. Bilamana kini kita dalam kondisi tak mengenakkan – menurut kita – dan kita telah jatuh bangun dalam usaha memperbaikinya kemudian belum ada tanda-tanda Allah untuk memberikan setitik bantuanNya. Apakah kemudian kita akan menggugat Allah? Mungkin kita akan teringat akan firman Allah yang akan mengubah nasib suatu kaum jika kaum tersebut berusaha untuk mengubahnya terlebih dahulu.

Belajar berprasangka baik kepada Allah. Ayat tersebut adalah motivasi untuk kita terus berusaha memperbaiki keadaan dalam diri dan lingkungan. Berusaha menuju arah yang lebih baik. Karena Allah adalah sebaik-baik pemberi janji dan tak pernah ingkar janji. Jika keadaan kita belum berubah, mungkin memang takdir Allah untuk memberikan kita jalan seperti itu. Jalani saja, karena bisa jadi takdir itu adalah rencana Allah untuk membuka takdir-takdir berikutnya dari arah yang tak pernah kita sangka. Takdir yang membawa kita pada cahaya kebenaran. Yang terpenting, jika jasad kita terlumuri dosa maka jangan sampai hati kita tertutupi hijab yang tebal dengan Allah. Sungguh, Allah hanya menilai isi hati hamba-hambaNya.

Seorang penjahat kelas kakap yang hatinya masih terus mengingat Allah sedang raganya mengharuskannya untuk berbuat sesuatu yang hatinya tak ingini, bisa lebih mulia di hadapan Allah. Ia memiliki hati yang tak tertutupi hijab antara dirinya dan Allah, dan cahaya keimanan akan mudah merasuki hatinya. Kemudian ia masih berbuat kejahatan, apakah bisa kita menilainya termasuk golongan penghuni neraka? Hanya Allah yang bisa menilai setiap perbuatan hambaNya. Kadang Allah menjadikan kemaksiatan sebagai caraNya untuk lebih mendekatkan Dia dan hambaNya. Tinggal hamba itu menunggu suatu episode hidup berikutnya.

Tapi jangan sampai kita mencoba untuk mencicipi kemaksiatan guna mendekatkan diri kepada Allah. Karena yang berkata itu adalah hawa nafsu dan bukan takdir. Hawa nafsu akan menjatuhkan kita pada jurang kebinasaan terdalam.

Jadikan segala cobaan yang sedang kita hadapi sebagai bekal untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan yang lain. Apapun keadaan kita kini, terimalah. Robekkan tirai penghalang interaksi hati kita dan Allah. Dengan berjalannya waktu kita akan merasakan perubahan dalam diri. Meskipun dalam keadaan yang sama. Perubahan helaan nafas yang kian dekat dengan Allah. Lantunan istighfar yang senantiasa menjadi irama hati. Hal tersebut adalah semanis-manisnya iman. Karena Allah Maha Tahu yang terbaik untuk hambaNya.

Mungkin bukan dengan jalan kelapangan, bukan dengan jalan kemudahan, bukan dengan jalan kemewahan, Allah mendekati kita. Biarkan Allah berbuat sekehendakNya, Allah Maha berkuasa dan sebagai makhluk kita hanya bisa menuruti. Menjalankan takdir sebaik-baiknya. Karena kemudahan pun bisa jadi menjadi tabir antara kita dan Allah. Tapi keadaan apapun tak akan berpengaruh jika hanya Allah yang ada di dalam hati. Semuanya akan terasa indah dan mudah.

Kawan, mari kita selalu berusaha menikmati takdirNya. Berusaha mengecap kepahitan semanis madu. Berusaha menikmati manisnya madu secukupnya. Hingga kelak Allah memutar roda takdirnya, kita akan terbiasa.

Kawan, mari kita berusaha untuk meramaikan kesunyian hati dengan dzikir mengingatNya. Berdzikir dalam keheningan dan keramaian. Merasakan Allah hadir dalam helaan nafas.

Kawan, kita ini adalah hamba terpilih. Terpilih untuk menikmati proses degradasi moral dan proses penyucian kembali jiwa yang lama melanglang. Itulah realita takdir. Allah Yang Maha Mensucikan jiwa hamba-hambaNya yang merangkak pada cahayaNya. Allah Yang Maha Menghinakan hamba-hambaNya yang menghalau cahayaNya dengan berbagai alasan.

Allahua’lam.



Wednesday 4 January 2012

CONVICTION

Salams,

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, Wa'aala 'Aalii Saidina Muhamad,


1
Dengan rahmat-Nya yang meliputi sesuatu

Saat membaca doa Saidina Ali r.a ini, baris pertama sudah menangis. Sungguh, hamba-Mu yang paling banyak dosa. Aduh, bagaimana ini?


2
Mendengar lagu-lagu tidak akan dapat menandingi kehebatan membaca alif, lam, mim.



3
Conviction = Iman.

Setiap kali saya melihat wajah pelajar-pelajar saya, ada yang membuatkan saya mahu terbang ke langit. Saya sangat pasti jiwanya sangat lembut dan halus. Mengingati Tuhan, sehingga membuatkan saya jua mengingati-Nya. Saya jua sangat berharap supaya setiap kali mereka memandang saya, mereka jua seperti mahu menggapai langit.






Monday 2 January 2012

VIOLENCE AND STUDY

 

 

Salams,

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allahumma Slli "Alaa Saidina Muhamad wa'aala 'Aali Saidina Muhamad,

Sahabat-sahabat yang dimuliakan, semoga sentiasa di dalam Rahmat Allah swt.

Saya tertarik dengan dua post di Facebook. Sangat menarik untuk difikirkan.

The UPSI violence is once again reigniting the debate on political freedom for university students. If 'distraction from studies' is behind the denial of this right, the government must also ban facebook, 9gag, usrah and EPL. Dr Gro Harlem Brundtland joined the Norwegian Labour Movt at the age of SEVEN, survived medical school, got a masters degree from Harvard, has done more than any Malaysian has to promote public health, sustainable development, gender empowerment, and even stopped SARS... So those of you who are offering 'advice' to the student activists in Malaysia to focus on their studies in very condescending ways, are you doing THAT well in your studies? (@Hammad Fahli, 2012)

Gituh la tak halal duit segala. Aku pon tak halalkan duit pinjaman kerajaan yang korang guna untuk deting, main muzik memekak tengah malam, pegi club, isi minyak moto untuk merempit. Aci? (@khadijah, 2012)

For those who have done economics must know where the money come from, and go to. Remember, it is just a flow of money. It doesn't belong to any parties: be it households, firms, governments or foreign companies. Don't be swayed with any opinions, especially concerning the economics concepts: taxes and subsidies.

And for those who believe that the students' main jobs are to study, it truly shows how shallow your belief is. Why are they so afraid of changing? Of being better? Of believing and thus implementing the syariah law?

Let's pray and hope that our 2012 will be our best year to come. Better, let's believe.

CRY

“I remember asking my friend in Canada who gave me Da’wah – a man I have rarely seen cry – if he cried the first time he saw the Kabah, he smiled at me and said, “Everyone cries the first time they see the Kabah.” I didn’t just cry, I cried hard, I mean I bawled! I don’t think I cried that hard since I had lost a daughter so many years before. The brothers near me stopped to watch me I noticed them observing me but didn’t care as I had made it to Allaah’s House and remembered a lot of the wrong things I had done in my life, remembered Allaah’s favor upon me in choosing to guide me, and beg Allaah to forgive me as I had done so much wrong since accepting Islam.” - A Canadian revert on first seeing the Ka’bah.


Taken by Zainab Al Satrawi





I cry every time I see the Ka'abah.