Thursday, 4 August 2011

ANAK YANG SANGAT CENGENG

Salams,


Hujan di sini. Di Durham. Menulis perkataan Durham mengimbau sejuta kenangan. Terutamanya bersama Ayahanda tercinta. Mahu menulis - basah, sebasah hati saya. Tapi...

Semasa berkelana, selalu sahaja teringat mahu meng'sms' Abah memberitahu segala yang terjadi pada hari itu. Kalau bertemu masalah, mahu sahaja mencapai telepon bertanya padanya. Ya, saya cengeng, cengeng sekali. Masih keanak-anakkan.

Saya tahu ada berjuta-juta manusia yang kehilangan , setiap hari. Menderita beratnya kehilangan, setiap hari. Menanti cinta, setiap hari.

Tetapi, adakah sama derita kami?

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Benar sekali pepatah ini.

Tuhan, aku hanya anak yang sangat cengeng.