Tuesday, 13 March 2012

I'M GLAD

Salams,

Just a quick note, for myself.

One of my brightest students comes to see me to collect the letter of appointment, and of course to see his carry mark. I admit, I was in a very bad mood, as I just woke up. I couldn't sleep last night, I did not know why. Thus, my performance was badly affected given to my sleepless state.

I asked him - why did you want to know? You already knew the carry mark, you can calculate it by yourself. He was quite persistent in wanting to know. So adamant.

And I was blurting out the comment that I will regret later.

"So, if you know the carry mark, you wouldn't study that hard, would you?"

"Erk, it's not good to have a bad perception."

Writing in English doesn't convey its full impact. He said these very precise things: Eh, tak baik buruk sangka kami tak study.

Nah, I feel like I am being slapped right in my right cheek. None of my students dare to say that kind of thing to me. As if I am a child that is behaving badly.

I admit again, I always have a very bad inkling that my students won't study THAT hard to get the best out of the exams.

My bad.

Nevertheless, I feel this is the reminder from Allah swt, The Al-Mighty about this issue:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa " - al Hujurat 12.

I'm glad that the reminder comes in a very unexpected form. Alhamdulillah.








KISAH BENAR

Salamsssssssssssssss,

Assalamualaikum,

Bismillah hir-Rahman nir-Rahim,

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, Wa'ala 'Aalii Saidina Muhamad.


Buat sahabat-sahabat sekalian, saya doakan kalian tetap mujahadah melawan nafsu dan syaitan yang direjam.



1
Kawan saya mimpikan arwah ayahnya malam tadi. Pagi ini, baru saya tahu, hari ini genap 8 tahun ayahanda tercintanya pergi. Di dalam mimpi, arwah ayahnya meminta mahu melihat gambar-gambar kami di Mekkah. Allah, saya pula rasa mahu menangis.

Saya yakin, arwah pulang melawat anak-anaknya malam tadi.

Abah tidak pernah muncul didalam mimpi saya lagi. Minggu lepas saya ke kuburnya, di waktu petang, berseorangan, kerana saya tidak pernah kuat untuk mahu datang beramai-ramai. Abah, I miss you, so much.



2
Carry mark untuk para pelajar sudah hampir siap, alhamdulillah. Alhamdulillah, ramai yang mendapat 30+/40. Saya doakan mereka ini tidak bongkak dan seterusnya boleh menjawap soalan peperiksaan dengan jayanya. Itulah yang sepatutnya.

Dalam komentar yang diberikan, acap kali saya menerima pujian kerana berjaya membuatkan mereka belajar dan menjawap soalan quiz dan test tanpa meniru. Mereka mempunyai keyakinan penuh untuk menjawap sendiri tanpa meniru.

Allahim! Hampir menjerit saya membacanya. Apakah mereka ini menipu didalam SPM? Kalau ia, mereka ini tidak layak untuk memasuki universiti dengan keputusan itu. Bagaimana pula dengan peperiksaan semester lepas?

Bagaimana sistem kita boleh melahirkan para pelajar yang meniru? Kami sebulat suara berpendapat bahawa pendapatan yang didapati dengan menggunakan keputusan peperiksaan hasil tiruan adalah haram. Apa mereka tidak mengerti konsep mudah ini?



3
Ini kisah benar salah seorang pelajar saya. Beliau mengadu kenapa acap kali beliau mendapat markah kosong untuk quiz, walaupun beliau telah berhempas pulas belajar, siang dan malam. Saya memandang beliau, dan bertanyakan satu soalan dengan nada yang lembut:

"Awak cukup solat tak".

Beliau terpinga-pinga, dan terus mengaku, adalah lompang-lompang sedikit. Berani sekali pelajar ini mengaku, memang saya tabik spring padanya. Nah, saya balas, anda sudah tahu mengapa quiz anda selalu kosong. MasyaAllah, untuk quiz dan tests seterusnya, beliau adalah antara yang pelajar yang mendapat markah tertinggi. Allahu Akbar - Allah is The Greatest.

Dan salah seorang pelajar saya yang paling lemah sekali, walaupun sudah berkali-kali saya terangkan konsep ekonomi, juga mempunyai masalah yang sama - tidak cukup solatnya. Saya tidak suruh beliau mengulangkaji sampai lebam biji mata, saya suruh beliau cukupkan solatnya dahulu. Dan untuk ujian kedua, beliau mendapat markah 79, A-.

Semasa mengambil kertas ujian, beliau melompat-lompat di depan seluruh pelajar. Gembira ya amat sangat. Kami sekelas tertawa melihatnya. Saya memahami perasaannya, ini adalah usaha dan tawakalnya yang paling tinggi, dan dengan kebesaran-Nya yang tidak terbanding, kekuasaan-Nya terpancar melalui peristiwa ini.


SubhanAllah. You Are Truly the Greatest.