Monday, 25 April 2011

LONGKANG

Salams,

Sahabat-sahabat yang ku muliakan, semoga Allah swt memuliakan anda sebagai seorang tetamu, yang datangnya membawa rahmah, perginya membawa dosa tuan rumah.


1
Innalillah.

Abang saudara saya meninggalkan kami sebulan lepas. Mungkin kurang dari sebulan, saya tidak berapa ingat. Accident. Masih sangat muda. Antara abang saudara saya yang paling kacak, dan baik hati, terutamanya terhadap ibu bapa nya, serta kedua ibu bapa saya.

Semasa berita pemergian beliau dimaklumkan kepada saya, saya sedang bersiap sedia untuk solat. Bonda menyabarkan saya, dan saya masih ingat lagi kemudiannya betapa saya menangis teresak-esak sepanjang malam. Lantasnya saya menelepon isterinya, hanya sempat berbalas salam dan kemudiannya saya tidak mampu berkata apa-apa, cuma teresak-esak dihujung talian. Kak Noli, isterinya, lantas menyabarkan saya.

Kemudiannya saya tergelak, siapa yang patut menyabarkan siapa? How funny.

Kematian itu, sungguh, tidak diduga.



2
Semalam saya berbual dengan Alex (the German lady, tall, blond, blue eyes, beautiful). Kami berbicara mengenai racism, religion dan immigration. Sungguh, baru saya tahu pandangan sebenar dari seorang wanita bukan Islam. Alex berkata, setiap kali melihat wanita berjilbab, perkara pertama yang difikirkan adalah kasihan wanita itu, dipaksa oleh keluarganya memakai jilbab. Dia selalu berbicara mengenai perkara ini dengan Fady dan teman wanitanya yang muslim tetapi tidak bertudung. Saya hanya tersenyum kelat (manis jua rasanya), sepanjang hidup saya, saya ngga pernah berjumpa dengan wanita yang dipaksa memakai tudung. Saya terangkan padanya, kebanyakan kami, ya, mostly, memakai tudung kerana Allah swt. Percayalah, panas mentari di waktu musim panas tidaklah sepanas yang disangka, malahan rasanya sejuk-sejuk sahaja.

Kami jua berbicara mengenai Hitlers, tentang kegilaannya yang membunuh 12 juta manusia atas nama pembersihan ethnic. Alex menyatakan bahawa, kalau dia mengaku dia adalah seorang yang berbangsa German, ramai sekali manusia berkulit putih memandang serong padanya. Saya katakan, kita sekapal, tapi mereka memandang serong kepada saya atas nama Islam.

Alex jua berkata, terlalu ramai extremists in Islam. Tidak dapat tidak, saya hanya mengangguk. Adakah hukum Islam yang membunuh wanita atas nama tidak mahu mengikut kata ayah bonda dalam 'arranged marriage'? Tidak masuk akal. Meletupkan diri atas nama jihad? (Anda pasti punya pendapat sendiri, sayangnya saya tidak berminat untuk berdebat dalam hal ini).

Saya terangkan padanya, akhlak kami dalam peperangan adalah, antaranya, tidak boleh membunuh haiwan, wanita, kanak-kanak dan orang tua, kecuali mereka yang mendakwa tentera. Tidak boleh merosakkan harta awam, hatta mematahkan ranting-ranting dan kayu-kayan. Alex terpana.

Alex jua mengatakan bahawa lelaki muslim di tempatnya, kebanyakannya Turkish, yang tidak punya pelajaran dan pekerjaan, sentiasa sahaja mengacau, menghina dan mencerca beliau dan rakan-rakan, sehingga menaiki bas awam di Mainz tidak lagi menjadi satu kebiasaan buat Alex. Sungguh, saya katakan padanya, itu bukan akhlak kami kaum mukmin. Tuhan kami (iaitu Allah swt) telah memerintahkan bahawa kaum lelaki mukmin hendaklah menundukkan pandangan terdahulunya dari kaum wanita mukmin. Alex terpana lagi, dia tidak tahu bahawa itu adalah satu perintah dari Tuhan Alam Semesta. A code of conduct that is sent directly from the Above.

Fuh. Penat menulis. Sambung nanti. Saya suka berbicara, bukan berdebat, terutamanya dengan non-muslims. Walaupun pengetahun saya sangat cetek, sama-samalah kita menyebarkan ilmu dan salam kepada semua. Bantulah saya untuk menjadi wanita mukmin.

Bak kata pensyarah Macroeconomic saya - help me, to help you.

Awoh, dan Alex dengan beraninya mengajak saya ke pub menonton bola! Pub itu, yang samanya seperti longkang.








MAKAN

Salams,


Saya biasanya makan enam kali sehari, ya, sila bulatkan biji mata anda. Saya budak asrama, yang makannya enam kali sehari. Tidak kiralah kalau cuma makan sebiji (ke sekeping) karipap atau kuih onde-onde, ia tetap dikira sekali makan.

Kalau disini, ya ampun, sangat malas mahu memakai pakaian yang lengkap dan berjalan ke dapur. Ya, perlu tudung dan pakaian yang menutup aurat. Penat. Dan kalau tiba-tiba rakan-rakan satu flat masuk ke dapur, walah, saya malu bukan kepalang. Tiba-tiba English saya seakan seperti budak darjah satu. "You", erk, "me", erk, cabut lari masuk ke dalam bilik.

Dan natijahnya, saya akan makan sekali sehari, atau dua kali sehari, dan kudap-kudapan sudah tidak berminat lagi.

Saya tidak biasa makan pedas. Cili sos cap Aminah Hassan (tak ingat), atau cap Life pun dah dikira pedas bagi saya. Kalau cili potong, setakat hirisan halus pun tak mampu den nak makan eih. Rakan-rakan terbaik saya sangat suka masak pedas-pedas, mentang-mentang ada darah nogori. Walaupun saya pun ada darah nogori, saya lebih sukakan masakan/makanan yang manis-manis. Pelik. Dan kemudiannya mereka akan mentertawakan saya yang menggelupur mencari air. Haish, sabor je la.

Kalau disini, saya terikut-ikut pola pemakanan rakan-rakan yang suka pedas-pedas. Natijahnya, ya, kasihan perut saya menjadi mangsa. Kepedihan ulu hati dan sebagainya, medical term yang saya malas nak google dan tak tau pun.

Kesimpulannya, kenalilah diri anda, dengan mengenali diri anda, anda akan lebih bahagia dan ceria.

Sekian, terima kasih.