Saturday, 22 October 2011

SUMMER WARS

Salams,

Semoga anda berada di dalam perlindungan-Nya selalu. Yakin lah sahabat-sahabat yang dicintai, Dia Maha Kasih sama kita.

1

Baru habis menonton Summer Wars. Ini kali keberapa tidak saya ingat. Huda, you will love this movie, seriously. Walaupun agak tidak logik, bukan kah semua anime tidak berapa logik? Terlalu banyak nilai-nilai murni yang ditonjolkan. Banyak scenes yang saya suka, antaranya adalah pabila Shota mengalihkan ais. Terus terangnya saya tidak gemar menonton anime, saya lebih memilih drama. Terutamanya drama Jepun dan Korea. Norlin dan Kak Suhaili lebih menggemari drama Melayu. Tapi Summer Wars ini, masyaAllah, (sambung lah sendiri selepas menontonnya).

2

Apa perasaan kalian sekiranya menerima kad undangan berwarna emas dari YMH Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dititahkan datang mengadapnya di Istana Negara? Kalau saya, pastilah saya mahu melompat-lompat memanjat pohon kelapa, tapi disebabkan saya mahu menjadi perempuan yang mulia, saya pastilah meng’war’ kan kepada seluruh dunia dengan bangganya. Baginda itu, pastinya mengenali saya sehingga mahu menjemput saya merafak sembah.

Dan sudah pastilah Baginda mahu menganugerahi saya, bukan? Kalau tidak, masakan Baginda mahu sahaja-sahaja menjemput saya yang hina-dina ini? Saya sudah ada satu permintaan yang berlegar diseluruh hati -

Saya mahu tanah untuk berladang, berkebun, bercucuk tanam. Pada mulanya saya mahukan secebis tanah di Taif ( Saya tidak kira, minta sahaja Sang Agong membelinya dari Kerajaan Arab Saudi), tetapi bimbang, pastinya banyak halangan. Ah, berikan sahaja saya tanah di Palestine. Tahukah kalian bahawa minyak zaitun dan buah-buahan umpama strawberries yang terbaik adalah yang dihasilkan dari tanah yang berkah itu? Tapi pasti pihak Israel Laknatullah itu tidak membenarkan saya, perempuan lemah yang hina ini, menginjakkan kaki di sana, apatah lagi memiliki tanah itu.

Lantasnya, saya mahu ladang di Turkey. Tanah yang sangat subur untuk ditanam apricot, cherry, olives, grapes, citrus, vegetables, herbs and mungkin ada binatang ternakan seperti kambing untuk diambil susunya diminum dan dibuat keju.

Oh ya, saya juga mahu setempayan emas dibuat capital. Hasil dari tanah tersebut seperti biasa nya akan dibahagi 3 – 1 bahagian dijual, 1 bahagian disedekah kepada fakir miskin, dan 1 bahagian untuk diri sendiri.

Kalau Sang Agong mahu memberikan saya tanah di Malaysia sahaja, ya, akan saya berikan sahaja pada Huda, dia lebih patriotik dari saya *wink wink sambil berlari*.

Dan bagaimana perasaannya di panggil Ar-Rahman itu menuju ke rumah-Nya?

DSC09008

*Huda, this is, again, Switzerland! Smile *

Salam kasih,

Nur

2 comments:

Hikari-san said...

1.wah - promote anime - hari ni jugak gue download ;)...Err it's ok tomorrow is sunday..!!>> rosak.. @_@

2. sila2 bagi tanah pada saya, tp agong takde kuasa, nak tanah kena minta PM - pak mentri ;) oouuupps!. saya hanya mau tanam cili untuk buat sambal belacan dimakan bersama tempoyak.. mahal tu, tempat lain takde.. :(

I'm speechless the picture is absolutely awesome! you're killing me!
MasyaAllah- breathless view

p/s Babe..i'm going to miss you and ur writing for a while.. sob sob..

Nur said...

Huda,

Seriously Huda, it's really a touching movie. I cried several times, and I loved several times.

Hahha, I was thinking, you are more patriotic than me, way more. I have no loyalty on this so-call-nationality thing, bebas gitu.

If I may say this, New Zealand is way more awesome, Huda. Absolutely gorgeous. But since Swiss is nearer to you, you should take this opportunity to visit it. And Bosnia. And then you can compare both places.

Owh I'm going to miss you too! Will text you if I have a chance. Dont cry, everything will be ok I'll pray for u.