Bismillah hir-Rahman nir-Rahim,
Assalamualaikum,
Allahumma Solli A'la Saiyidna Muhamad, Waa'la aa'li Saiyidna Muhammad.
Sahabat-sahabat yang dikasihi, yang sentiasa dihati, yang sentiasa mempercayai keajaiban, yang mencintai kebenaran, yang mencari erti kehidupan sebenar.
1
Most bloggers that I follow have educations. It means that we possess 3M = membaca, menulis, mengira. And most of them are Muslims. Or admit that Islam is their religion. Thus, my dear bloggers, friends and foes:
Tinggalkan lah akhlak yang tidak baik itu diluar, senyap-senyap menjadi rahsia antara kau dan Tuhan kita. Janganlah dipamerkan di dalam blog, mahupun antara kelakuan seharian. Ya, kalau benar kita ini akhlak nya tidak baik, mengapa pula mahu dicanang-canang di dalam blog? Dan kalau benar akhlak kita ini jelek, why, instead of correcting and improving it, we announce and cultivate it?
Sedangkan hari-hari kita berdoa bahawa keaiban, kejelekan, keburukan dan kejahatan kita diampuni, didiami, dan dirahsiai oleh Sang Maha Pengasih itu. Seperti doa Sufyan bin 'Uyainah: Ya Allah, tutuplah (keaiban, keburukan) kami dengan tirai-Mu yang Maha Indah.
Indah bukan?
2
Sudah berkali-kali Bonda, Abah dan guru-guru saya menegaskan betapa akhlak yang baik adalah termasuk menggunakan perkataan dan bahasa-bahasa yang indah.
"Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".
Maka, sahabat-sahabatku yang dikasihi, mengapa harus menulis menggunakan bahasa dan perkataan yang haru-biru, mengharu-birukan hati para pembaca? Dengan 'short-form', "misspelling", urgh, it makes my bloods boiling.
'ak'
'redi'
'biar betik!'
You get the ideas. Dan pabila membaca blogs yang mempunyai bahasa yang indah, waduh, hati saya terbang ke langit biru, terasa kasih walaupun tidak pernah bertemu, aneh bukan?
Selari dengan usia yang makin bertambah, dan maut semakin menghampir, let us be better, each day, and every day. Please pray for me, and for us here too.
“Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizing Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun,” Ibrahim: 24-26