Saturday 25 February 2012

SEORANG TAHFIZ

Salams,


Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim,

Allahumma Solli A'ala Saidina Muhamad, wa'aali Saidina Muhamad.


Saya tidak mampu menulis sekiranya hati saya tidak mahu. Itu saya, diri yang saya kenal. Saya tidak mahu menulis for the sake of writing, because I will hate that writing. Begitu juga kalau ada orang memaksa saya menjadi AJK atau memaksa saya menulis artikel. Saya tidak sepenuh hati mahu membuatnya, dan hasillah kerja yang cincai, atau lebih teruk lagi, saya terus tidak akan membuatnya.

Memang susah untuk belajar mencintai apa yang anda perlu buat.

Ini, saya kira, ada kaitan dengan sifat syukur. Kalau kita bersyukur, dan sangat redha dengan takdir Tuhan, pasti kita tidak akan mengeluh dan seterusnya memberontak terhadap takdir. Bagi saya, cabaran terbesar saat ini, adalah mencintai para pelajar saya, mencintai pekerjaan saya, mencintai rakan sekerja saya.

Saya mahu mengisahkan satu kejadian yang sangat menyentuh hati saya. Saya selalu memanggil nama pelajar lelaki ini di dalam kelas. Ini kerana beliau selalu sahaja ponteng kelas, akibatnya markah untuk semua quiznya adalah kosong.

Tapi saya pelik, kenapa saya tidak mampu memarahi beliau? Atau memarahi kelasnya yang selalu kurang respon berbanding dengan kelas-kelas lain?

Diakhir semester, barulah saya tahu, beliau adalah seorang tahfiz. Menghafal seluruh juzuk al-Quran yang mulia.

Ironinya, sahabat-sahabat sekalian, beliau tidak ingat nama bekas sekolah menengah nya. Beliau jua sudah tidak berapa ingat seluruh juzuk Al-Quran. Beliau jua mendapat pointer 2.5, cukup-cukup makan sebelum di buang universiti.

Allah, pecah hati saya.

Saya katakan padanya, ini bukan akhlak seorang tahfiz, yang suka ponteng kelas. Saya katakan padanya, ini bukan characteristic seorang tahfiz, malas mahu belajar. Jua saya katakan padanya, berhenti sahaja dari program ini, mungkin Allah swt mahu beliau mengambil jurusan lain.

Beliau tertunduk malu. Saya pula, saya pula mahu menitiskan air mata dihadapan kelas.

Di dalam dewan minggu lepas, sewaktu saya mengadakan quiz, saya memanggilnya ke hadapan untuk membacakan doa. Di hadapan seluruh pelajar saya, saya memanggilnya. Saya mahu beliau tahu, bahawa sebagai tahfiz, beliau mempunyai capacity untuk menjadi seorang imam.

Dan semalam, saya mendapat tahu, beliau volunteer menjadi imam di satu perkhemahan.

Allahu Akbar!