Tuesday, 4 December 2012

TANAH YANG DICINTAI

Assalamualaikum,

Bismillah hir Rahman nir Rahiim.

Allahhumma Solli A'ala Saidina Muhammad wa'aala A'ali Saidina Muhammad.

Saya sangat mencintai Teluk Intan. Sepagi ini baru saya rasai cinta ini kembali. Bak kata sahabat - ko dah kurang libang libung. Mana tak nya, I am here, the land that I love so much.

Saya rasa, environment memainkan peranan yang sangat besar dalam hidup saya. Saya sangat memerlukan kawasan yang tenang. Makanya bandar besar tidak menjadi pilihan. Saya mencintai matahari, cahayanya, maka negara sejuk tidak di dalam hati. Saya perlukan laut, maka, hutan tidak berada di dalam pertimbangan.

Teluk Intan, memenuhi hampir kesemua kriteria. Let me count the reasons why I love thee:

1- Abah dan Nenek disini. Mereka berada di sini untuk selama-lamanya. I can always come and visit them, anytime that I want.

2- Kuih- kuih yang dijual untuk sarapan pagi, harganya 4 ketul RM1, murah bukan? Berjenis- jenis dijual semeja. Kalah breakfast di hotel. Petang- petang pula , pisang goreng di tepi jalan, dan kuih- kuih yang sama jenis di waktu pagi. Mau pulut panggang baru dipanggang juga ada.

3- Ke pasar besar hanya memerlukan 10 minit. Paling best semua ulam- ulaman segenggam cuma RM1. Pelbagai sayuran yang saya tidak kenali dijual disini. Ikan-ikan segar, ayam-ayam buncit, udang galah ketam biru, semuanya mudah sekali didapati.

4- Pasar malamnya yang heaven. Jagung bakar, keropok lekor dan laksa.

Ehm, macam semuanya pasal makanan kecuali nombor satu, bukan?



Saya doakan kalian jua mencintai tanah yang sedang kalian duduki.