Salams,
Saya yakin semua pembaca budiman sekalian ini adalah manusia yang pintar sekali merencanakan plan kehidupannya. Saya jua begitu, punya plan A, plan B dan Plan C dalam satu-satu masa. Bahkan merencanakan jua bagaimana taktik-taktik untuk mencapai target di plan A, plan B dan plan C. Aneh sekali kalau punya plan tapi tiada back-up plan, dan lebih aneh lagi kalau punya plan tapi ngga tahu gimana sih mahu mencapai targetnya.
Otak-otak seperti ini cukup diperlukan oleh manager, dan jua militeri kejam. Kerana saya ngga suka akan kedua-dua bidang ini, cukup sahaja kita doakan agar mereka yang sudah terjebak ngga bisa keluar lagi dari bidang ini, punya kekuatan yang cukup untuk merencanakan segala target plan mereka dengan menggunakan landasan dan batasan ketentuan syariat Allah swt.
Mari saya ceritakan betapa dangkalnya saya dalam merencanakan plan hidup saya semasa kecil. Saya ngga punya cita-cita besar. Bahkan kadang kalanya cita-cita terbesar saya santai-santai sahaja, hari-hari berubah mengikut kala hari, kalau hujan, ya, saya punya cita-cita mahu menang dalam perlumbaan kapal layar di dalam longkang.
Kalau mataharinya terik sekali, saya punya cita-cita mahu menghabiskan buku-buku cerita yang saya selongkari di stor. Atau merancang mahu berbasikal ke taman permainan bermain papan gelongsor. Atau menangguk ikan-ikan kecil di longkang, membuatkannya jadi pening dengan pekik teriakan kami. Mudah. Hidup ini ngga payah fikir-fikir, dan kalau datang masa gila kami, kami akan kutip batu di luar rumah, batu-batu kerikil pastinya, dan membuat rumah, taman, bandar dengan menngunakan batu itu. Ah, pembaca sekalian, typical anak-anak yang ngga mahu main Barbie.
Satu hari, saya mahu sekali membeli bola. Ngga tahu mengapa saya mahu beli, tapi bukannya bola sepak. Bola sepak sudah ada dirumah, dan abang saya terkadangnya melatih kami menjadi penggelecek bola yang hebat. Ya, sayang sekali saya malu-malu mahu main bola sepak, kalau tidak, pasti sahaja saya bukan disini menulis blog.
Saya mahu bola, yang kalau bolehnya ringan dan boleh bermain seperti bola tampar. Atau main-main bola baling-baling, dimana dua pasukan itu dipisahkan dengan pagar rumah yang punya cerucuk tajam. Atau ya, saya cuma mahu bola, just because.
Kemudian saya merencanakannya, bagaimana mahu membelinya? Saya punya wang, hasil simpanan dari lebihan duit belanja yang seringkali saya curi dibawah katil Bunda buat belian ais krim. Saya cuma ngga tahu gimana mahu ke bandar membeli bola. Nah, ini plan A nya, mengheret tangan adik saya pergi menunggu bas, turun-turun sahaja di bandar, saya terus membeli bola di gerai yang betul-betul bersebelahan dengan stesen bus. Akan saya minta pemandu bus yang gendut itu menunggu saya sehingga urusan tawar menawar selesai. Tapi saya takut. Saya takut dengan pemandu bus itu. Saya takut menunggu bas sambil memegang tangan adik. Dan saya takut dengan banyak kemungkinan-kemungkinan gila akan berlaku.
Plan B? Mudah sahaja, saya akan tumpangi ayah kawan saya kalau dia kebandar. Pasti selamat.
Seusai mendapat bola, saya dengan gembiranya bermain dengan mereka-mereka yang sedarah sedaging. Dan Abah mendapat tahu saya punyai bola yang cantik, menjengilkan mata, lantas bertanya, “Mengapa ngga tanya Abah supaya bawakan kamu ke bandar?”.
Dan saya ini penuh dangkal, masih dangkal dan akan selama-lamanya dangkal dalam memengertikan lubuk hati terdalam lelaki yang paling saya cintai itu. Niat saya mudah, Abah itu sibuk sekali mengalahkan menteri, terkadang saya benci kerana dia sentiasa sahaja ngga ada dirumah atas alasan sibuk dengan pelbagai urusan. Dan saya punya satu sifat itu, saya ngga mahu menyusahkan dia.
Dan dia, dia cuma menafsirkan perbuatan saya sebagai anak yang ngga memerlukan dia dalam memenuhi kehendak-kehendaknya. Dimana perbuatan-perbuatan ini, tanpa saya sedari sekali, akan mencalari hatinya yang cantik itu, akan menyedihkan dirinya yang terasa tidak berguna itu.
Aneh sekali tafsiran dia. Dan goblok sekali saya ini.
Back to the labour market.