Sunday, 26 June 2011

CATATAN ABAH - DAY 6 DINNER AT UST MAZLEE'S PLACE

*Idok le teman pasti depe bincang pasei ape, udoh intellect jumpe intellect, politik le, ekonomi le, rakan-rakan di UIA le, perjuangan le, teman lebih berminat dengan kuih muih*






Salams,

Bismillahir-Rahman nir-Rahiim,

Allahuma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad, Wa'ala ali Saiyyidina Muhammad.


Saudara saudari yang ku kasihi sekalian. Semoga hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidup kita. Apa keajaiban yang anda lakukan untuk orang lain hari ini? Memberikan senyuman yang maha ikhlas untuknya? Memberikan pemberian dari sesuatu yang sangat anda cintai? Memberikan hati anda yang cantik itu? Atau mendoakan ia supaya hidup bahagia di dunia dan di akhirat?

Lakukan lah.

Disini saya persembahkan catatan Arwah Abah pada hari ke-6.

________________________________________________________


Hari ini tiada apa-apa rancangan nak keluar. Duduk rumah tengok TV dan tido.

7 Malam
Ustaz Mazlee (ambil PhD dalam politik di Durham University) dan isterinya juga ambil PhD - ajak makan malam di rumahnya tidak jauh dari rumah Akak cuma bukan di deretan yang sama.

Makan mee muar, laksa perlis dan kuih bengka tepung.

Cerita-cerita latar belakang persokolahan di Sekolah High Science JB lepas tingkatan 3 , masuk Maahad dan ke University di Jordan. Jadi Pensyarah di UIA dalam bidang feqah. Beliau ketua Persatuan Pelajar Islam Durham. Dia kata masa musim panas dibolehkan solat jamak Maghrib dan Isya' sebab tak tahu sebenarnya masuk Isya' (Komentar - waktu isya' tidak jelas ). Beliau akan dipanggil oleh Majlis Bandaran untuk beri ucapan dan bacaan al-Quran di Durham Cathedral (gereja) pada bulan Mei ini bersama dengan wakil-wakil agama lain.

Beliau kata desakan pelajar-pelajar Islam membolehkan pihak Durham University memberi tempat sebuah bangunan 2 tingkat untuk pelajar solat dan solat Jumaat.

Beliau kata setiap pagi minggu ada jualan murah yang dipanggil 'carboot. Beliau baru balik dari Sunderland untuk beli barang-barang terpakai ini.


8.30 malam
Balik rumah (kira-kira 50m). Solat Maghrib dan Isya' .

Tengok TV, mak dan akak kemas-kemas nak ke Spain esok.

Tido.



Komentar -

I know that today is an unproductive day, mainly it is because that I want them to have enough rest for a 6-days trip to Spain starting tomorrow. I want to bring them to the carboot in Seaham, but alas, the situation hasn't permitted me to rent a car, and most of my friends used their cars for their own private purposes. But actually, I want to have a lazy Sunday. Perhaps he doesn't write it here, but he always remarks that our little village is quite charming, perhaps a hint to take a walk? But I'm afraid of the dogs.

:)

I'm recovering. I'll meet him, insyaAllah, that's the reality. But I want to meet him in my best condition, which I need to improve my Imaan, and do many many good deeds with the best intentions.

Missing him? More than you know. But I know that many people are suffering more than me. To those who are - I heart thee.

And ya Allah, alhamdulillah hiRobbul 'Alamin, for giving me these abundance rezk. Alhamdulillah. You are, indeed, the Most Kind. The Most Giving.

"Adapun terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyebut-nyebutnya (Adh-Dhuha -93:11).