Tuesday, 9 August 2011

QUICK NOTES?

Salams,

A quick note.


1
Tahu apa rasanya kalau ada orang buat solat hajat untuk anda? Berdoa untuk anda? Menyebut-nyebut nama anda didalam sujudnya? Rasa mahu menangis melihat betapa kasih sayang Allah swt melimpah ruah untuk kita, yang datang dari bentuk begitu, dalam bentuk yang paling ikhlas dan luhur dari jiwa yang bersih dan murni. JazakAllah hul khair.


2
Bulan Ramadhan, bulan yang mungkin paling cepat doa diangkat ke langit. Baru kelmarin terliur mendengar rakan-rakan menikmati laksa, taraaaaaaaa, tuan rumah memasak laksa yang sangat sedap. Malangnya, perut saya tidak mahu pedas-pedas. Manja.


3
Melihat pohon-pohon dibelakang masjid yang daunnya sudah bertukar menjadi merah. Ah, sudah mahu autumn kah? Musim luruh yang paling indah? Semasa musim semi kelmarin, saya melihat ranting-ranting yang dipenuhi dengan bunga sakura. Dan kini penuh dengan daun berwarna. Ajaib sekali. Adakah 'the circle of leaves' lives' di program sendiri oleh pohon-pohon itu? Kanak-kanak sendiri tahu bahawa tidak mungkin ada satu barang / permainan didunia ini tanpa penciptanya.


4
Dalam mentelaah pelbagai econometric tests and modelling, satu pelajaran yang menjadi pegangan saya - apabila otak tepu, bukan tidur menjadi ubat nya, cerita korea jauh sekali. Ah, pasti kalian tahu, segan pula menulis nya disini.


5
Bonda baru menelefon saya semasa mentelaah. Saya khabarkan bahawa saya tidak sempat men'top up' Lebara, maklumlah anaknya busy ya ampun. (Penipu, malas nak keluar). Bonda ketakutan selepa mendengar tentang 'riots' atau rusuhan di London yang sudah masuk 3 hari, dan kini merebak ke bandar-bandar lain seperti Leeds, Birms dan malas nak google. Bonda jangan risau, Durham ini insyaAllah selamat. Paling selamat kalau malas mau keluar.



Selamat berpuasa, menahan nafsu dan menegah segala yang boleh membawa ke arah dosa. Puasa adalah perjuangan, sebagaimana kalian tahu ada beberapa siri peperangan di zaman Rasulullah dan sahabat-sahabatnya yang berlaku di dalam bulan mulia ini. Dan hari raya, hari raya adalah hari merayakan kemenangan kita. Malu lah weh, kalau tak berperang dan tiba-tiba menyambut kemenangan? Tak paham aku nyah.



p/s: This isn't a quick note!!! Heck.