Salams,
Saya benar-benar tahu, bahawa menulis bukan sekadar menulis, menghamburkan segalanya di dada. Ada yang perlu disimpan, ada yang perlu ditulis - dengan bahasa halusnya.
Percayalah, kalau anda menulis tanpa hati, tulisan anda tidak akan sekali-kali menyentuh hati.
Beribu-ribu blogs yang dengan beraninya menceritakan segala-galanya, tanpa mengedit bahawa sesuaikan untuk dibaca dan diteladani. Beribu-ribu blogs akan menjadi saksi di akhirat kelak - ya, kami ditulis berdasarkan nafsu.
Benar, saya jua pernah menulis melulu. Berbekalkan keyakinan bahawa menulis itu perlu untuk memberi peringatan. Tetapi saya tipu, saya yang memerlukan peringatan. Saya. Saya. Meluahkan segala-galanya, cinta, rindu, dendam, ego, marah. Semuanya nafsu, yang berwajah jelek sekali.
Mahu tunggu nafsu saya berubah menjadi perempuan indahkan baru saya menulis kembali?
Tepuk dada, tanya iman.
Yang penting, saya perlu menumpaskan ego saya, dan nafsu jahat saya, supaya pabila saya menulis dengan hati yang putih seputih salju, saya berharap sepenuhnya setiap patah perkataan, bilah-bilah kata, akan menjadi saksi membantu saya kelak di Mahkamah Akhirat.
Dan anda, tanyalah diri anda, adakah setiap patah yang anda coretkan di blog anda, adalah kerana Allah swt? Atau - sahaja-sahaja?
Kerana hidup kita ni, sahabat sekalian, adalah kerana-Nya, hanya kerana-Nya, seperti yang kita janji dalam Doa Iftitah - Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Just check verse 162 Al'An'am. Google lah.