Saturday, 15 October 2011

MALAS

Salams,

Semoga anda dilindungi Sang Maha Pengasih itu hari ini.

Saya sangat malas mahu ' to keep in touch'. Ya, salah satu kelemahan saya. Malas. Kalau mereka yang menghubungi saya melalui e-mail atau pun facebook, memang kadang-kadang saya balas dalam hati sahaja - merepeknya - dengan harapan, mereka akan mendapat balasan nya. Ya, lempang sahaja saya ini.

Tapi kalau melalui blog, cepat pula. Tidak tahu mengapa, saya memang orang blog. Tak payah teka-teka.