Sunday, 25 December 2011

HATI BERDETAK

Salams,

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allahhumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, Wa'ala A'ali Saidina Muhamad.

Kepada mereka yang hatinya di langit biru.

Tiba-tiba saya menjadi rindu pada mereka, teman sehaji saya.

Kata seorang sahabat, apabila hati kita berdetak mengingati seseorang, sesungguhnya roh-roh kita sudah saling ketemu. Aduhai, indahnya konsep roh yang tidak terikat dengan ruang dan waktu.

Semalam selepas Asar, tiba-tiba roh saya sudah di Masjidil Haram bersama mereka, berdebat mahu tawaf atau membaca al-Quran. Saya rindukan haruk-piruk suasana di Masjid. Rona-rona petang yang perlahan-lahan menjadi warna jingga senja yang mengharukan. Dan awan yang kadang-kadang malu-malu melemparkan senyuman. Ah, manis sungguh.

Saya cemburukan mereka yang dipilih Allah swt untuk menetap di sana - samada di Makkah atau Madinah. Tapi, ditanah berkah Malaysia ini jua memerlukan pejuang-pejuang hebat. Melepaskan lelah sebentar di Makkah dan Madinah, lantasnya kembali ke medan perjuangan.

Gambattee.