Friday 8 June 2012

MARVELOUS AND WONDERFUL TEACHERS

Salams,

1
Saya baru habis menganjurkan bengkel 'Introductory Course: Time Series and Panel Data Analysis', speakersnya of course kawan-kawan saya, Dr. Mahyudin Ahmad dan Puan Norlin Khalid (Dr.- to-be, insyaAllah). MasyaAllah, perjalanan mereka ke Jengka sungguh memenatkan, Sorang dari Jitra Kedah, sorang dari Ipoh menghadiri dan membentang paper, ke Seremban dahulu sebelum ke Jengka.

Mengapa saya mengambil mereka? Simple reasons: first, they are very nice friends. Second, they are excellent students, they understand more about the mechanisms behind the econometric methods used in the empirical study. Third, and the most important factor is, they teach that very heavy subjects with a marvelous and wonderful explanation. Trust me, I've been to a quite numbers of econometric classes, which will always result in tears and confusions. I hateeeeee econometric before, but somehow, these two wonderful friends-a.k.a-teachers  have made me believed that econometric is not that bad. In fact, it is quite easy. 

Alhamdulillah, again, Allah swt has manifested his unbound Grace and Mercy through them. And Alhamdulillah too, I have a very committed committee. May Allah swt bless them, the speakers, the AJK and the participants.

And I was and am surprised, my friends' english commands have improved tremendously! 



2
Bergossipan memang menggembirakan. Maksudnya, saya dapat mengetahui perkembangan semasa rakan-rakan. Tetapi saya 'respect' seorang rakan saya ini, memang dia jarang menceritakan yang buruk-buruk kepada saya, cuma meng'update' apa yang berlaku sahaja. Samada dia tidak percaya pada saya, takut bahawa saya akan menjaja cerita, atau pun memang dia menjaga rahsia kawan-kawan kami. Allahim. 


3
Paling menarik, kawan saya ingat saya anak murid kesayangan SV kami, saya pula mati-mati ingat dialah anak murid kesayangan SV!


4
Harga untuk ilmu itu sangat tinggi. Kalau tiada adab dengan Allah swt, dengan ilmu, dengan guru, toksah berangan nak dapat hikmah. Ini sikap yang perlu saya tekan kan pada diri saya sendiri. Dan untuk anak didik saya semester depan, insyaAllah. 

Norlin sangat risau kalau peserta tidak dapat memahami kandungan sukatan pelajaran di dalam bengkel. Saya mengambil pendekatan mudah, kalau kami ini pun mengambil masa berbulan-bulan, bertahun-tahun mahu faham, adakah dengan pembelajaran dalam sehari sahaja sudah mencukupi untuk pemahaman?

Bagi saya, kefahaman adalah hak Allah swt untuk diberikan pada sesiapa sahaja. Jangan risau sekiranya anak-anak murid ngga faham, kita cuma beri yang terbaik, dan seterusnya, tawakal sahaja deh.

Tetapi untuk mendapatkan kefahaman itu, ada adabnya.Rujuk ayat kedua dalam bab 4 ini.