Saturday, 29 January 2011

TENANGLAH

Bismillah hir-Rahman nir-Rahim,

Assalamualaikum,

Allahumma Solli A'la Saiyidna Muhamad, Waa'la aa'li Saiyidna Muhamad.



1
Petang terindah di Durham, mataharinya memancar cantik, menyihirku dengan senyumannya yang selalu membuat aku penasaran. Kata kawanku, hujan selalu membuatnya rindu, rindu pada semua kenangan. Dan kataku, hujan selalu membuatku sedih, rindu pada Sang Matahari. Aneh ya, punya ikatan yang sangat kuat dengan matahari.



2
Dia, adalah lelaki yang penuh dengan kebaikan. Kebaikan yang menakjubkan. Aku kadang-kadang tidak nampak akan fizikalnya, dia adalah seperti satu gumpalan awan yang sangat penuh dengan kebaikan. Ya, aku selalu pikir, dia itu tidak terdiri dari darah, tulang, daging dan kulit, dia itu adalah sejuta kebaikan, yang terlalu ajaib untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Yang selalu membuatku menangis kerana Tuhan itu Maha Ajaib.



3
Senja kelmarin, setelah sepanjang hari dipenuhi dengan kabus, hadir dengan rona-rona merah. Aku nampak garisan panjang melintang ke sana ke mari. Pikirku, meteor kah? Atau pikir nakalku, itu jin kah, terbang ke sana ke mari bermain dengan awan? Ah kawan ku bilang, itu jet! Kok Britain punya banyak jet pejuang?



4
Dan senja yang merah itu , SubhanAllah, kalau dilihat dari tingkapku yang kecil ini, ia seperti dataran di Afrika, dengan pokok-pokok tidak berdaun, ranting-ranting yang ceria melambai dia. Kemari lagi ya, pesan mereka dengan senyum yang menggoda, jangan berlama-lama di sana.

Ah, kamu, aku cemburu, benar-benar cemburu.




5
Aku memikirkan tentang dia, dia, dia dan dia. Betapa ramai manusia yang punya derita berat, dan tidak memungkinkan aku bersama-sama memikulnya. Kalau kamu mahu, sahabatku, aku ini tidak punya apa-apa, bahkan kadang-kadang aku takut doa-doa ku tentang kamu tidak diangkat ke langit dek besarnya dosa-dosa ku. Tapi aku cuma punya bahu, kalau mahu menangis di bahuku, ya, silakan sahaja. Tumpang lah. Tumpanglah walau ia kecil. Memang takdir ini celaka, kalau kamu negatif. Tapinya sahabat, sudah ku bilang, dan akan ku bilang lagi sampai kapan pun, bahawa takdir itu, sangat indah.

Tenanglah.