Monday, 12 March 2012

LETIH SAYA

Assalamualaikum,

Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim,

Allahumma Solli A'aala Saidina Muhamad, Wa'ala 'Aali Saidina Muhamad.

Sidang pembaca yang dirahmati, semoga kita tetap berada di jalan-Nya. Jangan mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah sesetengah pihak. Halusi dan amati. Semoga hidayah milik kita.


Hari ini saya menjadi ketua pengawas untuk peperiksaan kertas bahasa Inggeris. Ngeri jua pada mulanya kerana saya tidak pergi taklimat peperiksaan kerana terbabit dengan program pembentangan ETR sebagai panel juri. Makanya, saya hentam sahaja tugas saya sebagai ketua. Ceh. Yo yo je.

Bagi saya, para pelajar ini hebat. Mampu menghasilkan short essay (250-300 words) dalam masa kurang setengah jam (the exam is for 2 hours). Kalau saya, saya tidak mampu menghasilkan short essay ini dalam masa yang sangat mendesak. Tertekan. Saya kira, sifat-sifat perfectionist saya sudah semakin menebal. Guru saya pernah menyuarakan, inilah sifat akademik yang paling 'annoying', mahukan semuanya 'perfect', walaupun tidak tahu lagi samada ia benar-benar 'perfect' di mata orang lain. Huh.

Saya semakin malas untuk meneruskan kerja-kerja saya. Entah. Saya cuma suka mengajar. Menulis bahan-bahan ilmiah, aduhai, jauh sekali. Tapi ini adalah antara syarat untuk naik pangkat. Ada lagi kriterianya - perlu memenangi sebarang anugerah didalam kategori inovasi, pengkomersilan dan keusahawanan, perlu menggubal polisi, perlu punya kepimpinan akademik dan sebagainya. Letih saya.

Adakah saya berusaha sekuat ini untuk menggapai syurga Allah?

Bebanan tugas amanah sudah sebagai lama semakin 'ridiculous'. I honestly believe that the people who are responsible as the policy-makers for education system have truly gone crazy, as they have lost sight of what education really means.