Saturday, 22 October 2011

The Science of Heart-Jantung –Part 4

Salams,


Huda, you always know that I'm worst at physic. :)

Credit to Nur Huda. May Allah swt bless you. Always. Always.


__________________________________________


The Science of Heart-Jantung –Part 4

Labbaik

Bagaimana jantung dapat dikaitkan dengan konsep fizik? Secara fizikalnya jantung kita boleh berdenyut pada pelbagai ritma atau frekuensi tertentu. Dalam fizik, bila sesuatu benda/jasad bergetar atau berdenyut, ia juga boleh diukur dalam bentuk frekuensi. Untuk memberikan gambaran yang lebih dramatic, bayangkan kita menggunakan frekuensi tertentu untuk berkomunikasi-melalui telefon, mendapat isyarat internet, dan sebagainya. Dengan kata lain terdapat pelbagai gelombang radio, electromagnet dan sebagainya di sekeliling kita yang tidak dapat dikesan oleh deria mata, telinga, sentuhan sbgnya tetapi memerlukan receiver untuk menterjemahkannya. Contoh kita akan tunekan ‘receiver’ radio/tele pada frekuensi tertentu untuk mendengar/menonton channel tertentu. Begitu juga perbualan kita melalui telefon akan bergerak dalam bentuk gelombang tertentu (cnth GSM band untuk mobile communication) dalam medium udara pada frekuensi tersebut. Cuma handphone itu sendiri adalah alatan untuk menukar gelombang tersebut kepada gelombang suara yang dapat kita fahami dan dapat la kita berhubung dengan orang lain walaupun beribu2 batu sekalipun. Lihat betapa pantasnya gelombang ini bergerak? Sama dengan pergerakan darah dalam badan kita? Satu zarah darah boleh bergerak sejauh 8,000 km dalam satu saat jadi tidak hairanlah gelombang yang bergerak pada frekuensi tertentu membolehkan kita berhubung dengan sesiapa sahaja pada bila2 masa.

Jadi soalannya siapa yang mengawal denyutan jantung kita pada ritma tertentu ? Bagaimana kita tahu ia adalah ritma tertentu yang membawa message tertentu? Kadang-kadang sahabat yang jauh di Kuala Lumpur teringat saya. Tak lama selepas itu saya di benua eropah ini pula rindukan sahabat saya itu. It may travel within second as fast as my blood travel in the circulation system. Lagi cepat dari panggilan telephone. Never say it is natural.. kerana setiap yang berlaku atas izin Allah. Asbab ia berlaku..Let’s crack out more!

No comments: