Wednesday 28 November 2012

BUSY?

Salam,

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allahhumma Solli wasallim A'ala Saidina Muhammad, wa'aali Muhammad.

Alhamdulillah.

Saya masih diberi oksigen free untuk bernafas.

Ini lanjutan kisah hidup saya, apa Tuan-Tuan sekalian mampir ke pondok blog saya ini kerana gemar akan cerita saya?

Alhamdulillah. Betapa indah-Nya Dia, ya Kareem. Ya Jalal liwal ikram.

Saya berjalan ke pantai timur semenanjung Malaysia, kerana mungkin sahaja ini trip terakhir melancong ke sebelah sini. Ya, saya akan berpindah ke Utara. Tiada sebab, sebenarnya, tetapi manusia ini jelas benar mahukan alasan.

'sigh'

Seperti rakan saya yang ditinggalkan kekasih hatinya yang dicintai hampir 6 tahun, tiada alasan diberikan, cuma dilafazkan melalui sms. Mahukah saya memakinya? Mengapa saya pula? Kerana rakan saya yang cantik dan lembut hatinya itu, tidak mampu melakukannya.

Tentu, tentu sekali saya mahu. Tetapi, ini ketentuan Allah bukan? Walaupun hampir seluruh rakan-rakan saya mahu mengetahui mengapa, alasan itu cuma dikongsi antara lelaki itu dan Tuhan kami. Nah, tunggu sahaja semasa hari perbicaraan.

Oh, bukan ini yang saya mahu ceritakan.

Saya memilih tidur semalaman di Swiss Garden, yang harganya lebih mahal dari sewa rumah saya sebulan. Tetapi Bunda dan Adik ngga pernah menjejakkan kaki ke situ. Dan biliknya besar sekali, dan breakfastnya, masyaAllah, mereka kekenyangan hingga ke afternoon tea.

Petang-petang saya dan Adik berjalan ke pantai, mahu sekali berenang, tetapi saya penat bangat. Lantasnya kami berposing menangkap gambar. Tahukah Tuan-Tuan sekalian, yang iphone ini tidak mampu meng'capture' wajah alam yang sebenar? Warna air lautannya tidak sama, warna senja nya, warna alamnya. Saya rasa cukup bahgia, benarlah, kalau anda runsing, pandanglah laut. Bahkan saya pernah mendengar, memandang laut itu mendapat pahala, Tuan-Tuan!

Sekembalinya dari pantai, kami perlu melalui kolam renang. Saya melihat satu keluarga berbangsa cina sedang berposing untuk bergambar, dimana anak lelakinya mengajar ayah tuanya bagaimana mahu menggunakan kamera DLSR , where the other family member are posing patiently.

Allah Allah Allahim. Sebak hati saya teringat Abah.

AlFatihah.

Berapa ramai diantara kita ini yang mahu membawa ibu bapa berjalan2? Mengajar menggunakan DSLR?

Busy?