Monday 14 January 2013

MISI 1

Bismillah hirRahman niRRahiim,

Allahhumma Solli A'ala Saidina Muhamad, wa'aali Saidina Muhamad,

Assalamualaikum,

Salam sahabat-sahabat yang dikasihi, yang sentiasa di hati dan tidak pernah mati, semoga Allah swt menjadi segala-galanya untuk kita.

Semoga hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidup kita. Apa keajaiban yang anda lakukan untuk orang lain hari ini? Memberikan senyuman yang maha ikhlas untuknya? Memberikan sesuatu yang sangat anda cintai? Memberikan hati anda yang cantik itu? Atau mendoakan ia supaya hidup bahagia di dunia dan di akhirat?

Lakukan lah.

Semalan kami menerima kuih lempeng bersalut daging, dek terlalu banyaknya, saya memberikan separuh kepada rakan lain, semoga pahalanya berpanjangan.

Kelmarin kami menerima bubur kacang yang dimasak bersama sagu, enak sekali tuan-tuan dan puan-puan.

Dan hari ini, berkira-kira mahu masak bubur kacang hijau durian, jiran sebelah datang memberikan agar-agar. Allah.

Inilah tajalli sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya. Alhamdulillah.

Esok saya mahu masak lagi, mahu memberinya kepada jiran saya di barisan hadapan pula, sebuah keluarga berketurunan India, moga-moga mereka berkenan mahu memikirkan cantiknya anak dara ini, eh silap, cantiknya akhlak di dalam agama Islam ini.

Ya, sedeqah itu yang utamanya harta tuan-tuan dan puan-puan, kemudiannya diri. Apalah sangat seringgit dua dibandingkan dengan Cinta-Nya.

Sudah maghrib, solat dulu yuk? Dan kemudiannya bersimpuh membaca Qalam Sang Maha Pengasih itu.