Salams,
Bismillah hirRahman nirRahiim,
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, wa'ala 'Aali Saidina Muhamad.
Kepada mereka yang hatinya sedang meruap ke langit biru.
1
Saya temui satu kata yang sangat berkesan dari blog ini:
Ajari aku bagaimana caranya menjadi ikhlas.
Ah, dia perempuan bulan mei, yang mencintai hujan. Ku kira mereka-mereka yang mempunyai hati yang lembut pasti mencintai hujan. Hujan ini begitu sinonim dengan duka dan bahagia. Duka yang insyaAllah akan dibasuh dengan air berkah dari langit. Dan bahagia yang insyaAllah akan terus membuncah didada - selama mana hujan yang akan tetap turun dengan riangnya.
Yuk, jom mandi hujan.
Kalau dia perempuan bulan mei, aku ini perempuan bulan apa? Atau sahaja, perempuan bulan? Kalau di dalam kalender Masihi, Julai adalah bulan paling dekat di hati ku. Kalau bulan Islami, pasti sahaja Ramadhan. Tapi gue mencintai bulan sebenar di langit itu - yang ngga pernah malu-malu untuk menjelmakan wajahnya. Bukankah wajah Rasulullah saw itu, khabar-khabarnya, bercahaya-cahaya seperti bulan?
Ikhlas.
Satu kata yang amat berat. Berat selagi mana kita hidup yang akan terus digoda syaitan dan nafsu. Mudah bangat kalau dibantu Sang Maha Pengasih itu, Ar-Rahman Ar-Rahiim. Gimana caranya mahu ikhlas? Membaca catatan ringkas Prof Kamil membuat gue terpana. Dan setelah ditegur oleh seorang sahabat, gue jua meneliti setiap langkah di dalam hidup gue yang kecil ini.
Syirik dan ikhlas itu sangat berkait rapat, terutamanya syirik kecil. Pengertian ikhlas, mengikut gue yang dangkal, ini adalah melakukan sesuatunya demi-Nya. Bahkan dari sekecil-kecil perkara seperti makan, minum dan tidur, sehingga kepada sebesar-besar perkara seperti menulis dan mencintai. Dan syirik itu adalah disebaliknya, melakukan sesuatu bukan kerana-Nya. Bersandarkan diri sendiri, atau kekuatan diri sendiri. Bahkan ilham itu datang dari Dia, saudara dan saudari sekalian! Ah, ini cuma dari pemahaman gue.
Lebih mudah kalau kalian membaca tulisan Saudari Muharikah ini.
Salah satu doa yang sangat dipanjatkan semasa disana adalah supaya gue yang hina ini dijadikan sebagai salah seorang dari golongan orang-orang yang ikhlas. Ameeen. Ameen kan saudari-saudara sekalian, moga kalian jua mendapat doa dari para malaikat.
2
Mahu bercerita ringkas mengenai perasaan di dalam ihram. Bagi saya, larangan di dalam ihram itu tidak mudah di langgar oleh perempuan, insyaAllah. Kami pernah membunuh seekor lalat, lantasnya setelah pembunuhan, barulah - aaaarghh, kita dah langgar pantang larang ihram ke? Tapinya lalat bukan binatang yang halal di makan, dan kami tidaklah memburunya.
Kami berada di dalam ihram selama dua minggu lebih, sungguh lama sekali. Saya merasa sangat cemas dan gabra kerana saya tidaklah berapa takut saya terlanggar pantang larang ihram, yang paling saya takutkan adalah saya bergaduh atau bermasam muka dengan rakan sebilik atau jemaah haji yang lain. Atau saya mencerca dan mengeji jemaah haji yang lain. Sesuai dengan firman Allah swt:
(Masa untuk mengerjakan ibadah) Haji itu adalah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadah Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal yang secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikirkan dan memahaminya) - Al Baqarah 197.
Tidak berbuat maksiat dan tidak bertengkar itu, bukan pantang larang ihram, saudara dan saudari sekalian!
Tetapi, bukan kah kita sepatutnya berada di dalam keadaan 'ihram' sepanjang hayat (maksud saya tidak berbuat maksiat dan tidak bertengkar)?
Doakan saya, doakan rakan-rakan saya, doakan seluruh umat islam supaya kita sentiasa berada di dalam 'ihram' ini.
3
Rakan saya dari Australia baru sahaja menelefon saya, masyaAllah. Sebenarnya saya baru teringat kan dia, dan tiba-tiba Allah swt gerakkan hatinya menelefon saya. Perkara pertama yang ditanya olehnya - Kau doakan aku tak? Doa, jawap saya.
Saya teringat satu kisah. Pernah saya minta seorang rakan mendoakan saya, jawapannya, aku kalau orang minta-minta doakan ni, susah aku nak doakan, tak ikhlas aku.
MasyaAllah!!!!!!!
Jatuh jantung saya. Sedangkan kita tahu bahawa Rasulullah saw itu adalah orang yang paling mudah mendoakan, paling mudah memberi doa nya yang tidak akan ada hijab, paling pemurah dalam berdoa. Dan kita ini, yang mengaku akan mengikuti sunnah Rasulullah saw, lahir dan batin.
Untuk memberi, memang memerlukan keikhlasan.
Semoga kalian mendapat pahala dan manafaat dari tulisan kecil saya ini. Semoga Allah swt merahmati kita.