Wednesday, 18 August 2010

THE BREATH OF PERFUMES

Salams Ramadhan,

Salam Penghidup Malam, moga-moga du’amu tiada hijab nya dalam menuju ke Rabbul Izzati, Salam Pembela Agama, moga-moga juangmu menjadi saksi, Salam Pencinta kebenaran, moga-moga kebenaran itu sentiasa melindungi mu, Salam sahabat-sahabat yang dikasihi, yang sentiasa di hati dan tidak pernah mati, semoga Allah swt menjadi segala-galanya untuk kita.

Sudah juzuk berapa Al-Quran yang anda baca setakat ini? Macam-macam kisah berlaku di Teluk Intan, mahu malu atau sedih jua ia bukan satu pilihan. Semasa blog hopping, saya terbaca satu post yang membuatkan saya tertanya-tanya, penulisnya entah siapa tidak saya ingat:

*sigh* I fall in love with Tariq Ibn Ziyad over and over again.

Siapakah pemuda Tariq ini? Namanya sahaja sudah begitu hebat, menyebutnya sahaja memerlukan qalqolah di hulkum. Aura yang terpancar dari nama, membuatkan saya begitu malu sekali kerana tidak mengenalinya, padahal negara yang telah di 'conquer' nya telah saya jelajahi.

Ucapan Tariq yang sangat berkesan hingga kini, setelah membakar kapal-kapal perang beliau, adalah:

"Wahai tentera Islam. Laut di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Maka pilihlah mana yang kamu kehendaki. Kamu di sini hanyalah yatim piatu dan tiada saudara-mara. Tiada yang menolong kamu di sini melainkan Allah Ta'ala"

Kalau mahu versi panjangnya, ia di dalam Bahasa Inggeris, sila rujuk The Breath of Perfumes.

Waduh, ucapan yang begitu berapi-api sekali! Ya, hidup ini bukan pilihan, sekali bertekad Allah swt itu Tuhan Yang Maha Esa, pilihan hidup apa yang terbentang untuk kita? Sungguh! Tidak hairan kalau blogger itu jatuh cinta sama pemuda ini.

Dan post di bawah sungguh lucu kerana ditulis begitu bersahaja sekali. Perlu diingatkan sekali lagi, saya ini aneh sekali kerana gemar sekali melihat sesuatu perkara yang terjadi sebagai lelucon, ya, lucu-lucu sekali hidup ini. Tetapi pengajarannya sangat dahsyat sekali, meggegarkan Arasy, ya, bilamasa pemuda disibukkan dengan dunia, Islam itu runtuh. Doakan saya yang faqer ini supaya sentiasa dirahmati Allah swt, dan diselamatkan-Nya dengan sifat-Nya Ar-Rahman dan Ar-Rahiim dari segala dosa yang akan menghantarkan bencana, baik di dunia mahupun akhirat.


Riwayat ke-2

Se-to-ri of the great history of Andalus. Well, well using my language okey. Its from the talk I listened long time ago. Past 4 years perhaps.

Pertama kali, spy dihantar ke Andalus.

Dia nampak sorang syab ni menangis. Bila ditanya kenapa? Syab tu jawab, mak dia tak bagi dia pergi jihad. Sebab dia belum habiskan hafalan Quran dia lagi. Dan spy tu pun balik, mengkhabarkan, sekarang bukan masanya untuk menyerang Andalus.

Kali kedua, ada lagi spy yang dihantar ke Andalus.

Dia nampak seorang syab ni menangis. Bila ditanya kenapa? Syab tu jawab, kekasihnya telah meninggalkan dia. Dan spy tu pun balik, mengkahbarkan, inilah masa yang tepat untuk menyerang Andalus.

See, tamadun se-gah dan sehebat itu jatuh macam tu je?

Kalau zaman sekarang ni, tengok sendiri pun dah paham. Syabab bergaduh berebutkan ‘perempuan’. Ouh, I’m sorry to say, But I think this is such a ‘very mindless-stupid’ matter. Pekehal? Pekdahnya kome ada ilmu tak reti nak amal ke?

Kalau dah gini gaya, agaknya kan, BILA ISLAM NAK NAIK AGAKNYA?