Saturday, 22 October 2011

The Science of Heart-Jantung –Part 2


Salams,

Credit to Huda, moga pahalanya memenuhi ruang bumi dan langit. :)

_________________________________________________________

The Science of Heart-Jantung –Part 2

Jantung kita terdiri dari otot2 yang mengepam darah ke seluruh tubuh dan sangat mengujakan jika kita bayangkan jantung yang sebesar sebiji oren saiznya mampu mengepam darah ke seluruh badan dalam satu jaringan yang lengkap mengambil masa hanya 20-30 saat dan lebih-lebih lagi mengujakan jika diukur keseluruhan perjalanan saluran darah ini boleh mencapai 100 000 miles atau 160 000++km. Bayangkan betapa sepantas kilatnya darah kita beredar ke seluruh tubuh dan kembali ke jantung dalam masa 20 saat. London ke Kuala Lumpur pun baru 10 000km dan mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam perjalanan dengan penerbangan MAS, jadi jangan main-main.

Ya jagalah jantung anda dengan baik. Kenapa? Kerana seketul daging ini sangat ‘fragile’ jika terluka secara lahiriah atau rohaniah, ia akan meninggalkan parut. Ya benar, jika jantung kita terluka ia tidak boleh sembuh atau ‘regenerate’ sel baru seperti sel-sel yang lain. Pada otot peha contohnya ada sejenis stem sel yang sentiasa tumbuh menggantikan sel2 lama yang rosak, namun tidak pada jantung. Ini kata kawan saya itu dan salah satu kajiannya adalah mencari alternative stem sel lain untuk digadingkan dengan sel jantung. Ahh sibuk saya dengan kajian kawan saya itu keje sendiri tak siap haha. Juga jangan cuba-cuba biarkan ‘heart’ anda terluka kerana parutnya tetap ada sampai bila-bila.

Jika darah bergerak ke seluruh tubuh sepantas 20 saat, jadi tidak hairan jika darah yang merupakan sebahagian dari sistem pengangkutan oksigen, Co2, nutrient2, vitamin dan sebagainya adalah pengangkutan untuk makhluk bernama ‘syaitan’.

Sabda Rasulullah saw:

“Sesungguhnya syaitan bergerak dalam diri manusia pada aliran darahnya, maka sempitkanlah aliran syaitan dengan lapar” ( HR.Ahmad)

Saya ada sebut lahiriah dan rohaniah, atau nama lain ‘physical and spiritually’. Ya benar jantung kita ada dua-dua itu; jantung sebenar yang mengepam darah dan ‘spiritual heart’. Jika tidak manakan kita pernah merasa debaran apabila jatuh cinta.




No comments: