Monday 10 December 2012

DIBUKA SEMULA - KISAH HAJI

Assalamualaikum,

Semoga kalian dilindungiNya dari segala dukacita, lara, nestapa, musibah badan dan hati, serta gangguan jin dan manusia durjana.

Ameennn.

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allahhumma Solli wasallim A'ala Saidina Muhamad, wa'ali Muhamad.

Saya mahu menukilkan sebuah kisah, takut saya lupa di kemudian hari, dan sudilah kalian mengambil pengajaran dan iktibar darinya.

Seorang ustaz mendapat panggilan haji pada saat-saat terakhir, yakni 4-5 hari sebelum hari wukuf. Ya, panggilan haji tahun inilah, yang sudah berlalu itu.

Beliau sebenarnya tidak mendapat visa sebelumnya, kerana Kerajaan Arab Saudi tahun ini tidak mengeluarkan visa tambahan.

Berkat solat hajatnya yang tidak putus2, beliau akhirnya dipanggil. Ajaib.

Tetapi sebenarnya yang terlebih ajaib adalah, tidak pernah lapangan terbang jeddah dibuka semula selepas mendapat arahan supaya ditutup selepas kemasukan rombongan jemaah haji terakhir dari seluruh dunia.

Tidak pernah.

Alhamdulillah, Raja Arab Saudi memerintahkan supaya lapangan terbang dibuka semula, membenarkan kemasukkan jemaah haji saat-saat akhir.

Ribuan jemaah ini disertai oleh ustaz ini.

Sebenarnya, ini adalah titah perintah dari Sang Raja Penguasa Langit dan Bumi.

Kerana ada jemaah yang telah ditulis di Luh Mahfus bahawasanya ruh nya akan ditarik disana.

Seusai tawaf Qudum, sahabat-sahabat yang dimuliakan. Selesai mengucapkan selamat datang pada tanah dan kota yang mulia itu, melambai Ka'bah yang dicintai itu, jemaah itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sedangkan esok nya adalah Hari Wukuf.

Kemuliaan yang diberikan padanya. Kerananya, lapangan terbang jeddah mesti dibuka semula, untuk membenarkan jasadnya masuk. Kerana beliau tidak akan meninggal dunia di Malaysia.

Takdir yang telah tertulis pasti berjalan. Cantik sekali.