Di Stansted Airport
Di LCCT le agoknye, teman tak perghnoh pegi
Salams kasih,
Moga-moga kita tetap berada di jalan-Nya. Meskipun pahit untuk tetap berada di jalan-Nya, saya doakan kita sama-sama tetap melangkah, biar mungkin terpaksa mengesot, atau merangkak, tetaplah kedua belah kakimu, sahabat, biarkan magis doa-doa kita berterbangan di angkasa raya.
Di bawah ini, saya persembahkan catatan Arwah Abah semasa kami mengembara ke serata Europe sepanjang 43 hari, semoga ada manafaatnya kepada para pembaca. In a way, I'm so blessed with this amazing rezk. In many ways.
______________________________________________________
DAY 1 28/4/09 Selasa
Teluk Intan to KL
4.00 petang
Bertolak dari TI ke KL. Abang memandu AFA bersama kami berdua dan Amin. Singgah di Bandar Baru TI ambil baju sejuk dan teruskan perjalanan. Singgah R&R Ulu Bernam untuk solat asar dan rihat minum (rihat? bahasa lama :) ).
6.00 petang
Meneruskan perjalanan ke KL. Singgah di Jalan Masjid India KL untuk tukar wang RM ke Pound tapi semua kedai money changer kehabisan wang pound. Amik Yol di KL Central (dtg dari Serawak nak bagi camera). Tukar wang di 3 buah kedai money changer (1 bank Maybank) tapi tak dapat penuh. Singgah di Mid Valley tukar wang pound. Dinner di Kinrara (kedai).
11 malam
Tidur di rumah Kinrara.
DAY 2 29/4/09 Rabu
5.30 pagi
Bertolak ke LCCT, Abang drive lagi dan Yol & Amin pergi sama.
6.15 pagi
Sampai LCCT, counter belum buka lagi. Solat Subuh dulu.
7.15 pagi
Check-In bagasi. Then minum pagi di restoren Asian Ford LCCT (makan nasi lemak RM9 per plate).
9.30 pagi
Masuk untuk menunggu.
9.50 pagi
Fly to Stansted. Dapat duduk di tengah. 13 jam on board. Dapat lunch yang telah ditempah oleh Ajit. Dapat makan nasi beriani + ayam. 3 jam sebelum mendarat dapat makan lagi - "Nasi Lemak Pak Nasir". Ada order Nescafe ketika di udara. 13 jam on board amat membosankan. 4 kali ke tandas untuk 'move' dari kekejangan.
11 malam
Sampai di Stansted Airport (4 petang waktu tempatan). Cerah lagi, akak dah tunggu kat airport. Masih 29hb lagi.Alhamdulillah di Airport tak ada masalah. Clear tak dibuka beg oleh pegawai2. Minum Capucino di Airport. Tak ada tempat solat.
6 petang
Check In
7.30 malam
Masuk untuk fly to Newcastle.
7.50 malam
Fly with Easyjet.
8.50 malam
Sampai di Newcastle Airport. Kawan akak dah tunggu, dia ada merc bawa kita balik terus ke Bowburn, waktu dah gelap.30+ minit perjalanan sampailah rumah akak melalui bandar Durham. Rumah teres 2 tingkat - 4 bilik. Ada 2 kawan akak tunggu dirumah. 1 orang Brunai dan 1 lagi tumpang tidur dari rumah lain (juga belajar di durham). letih sangat. Lepas solat terus tidur keletihan. Bilik ada heater, cuaca 11-10 darjah Celcius.
Komentar -
I remember everything that happens on that day. What I remember most is the hug from my Father. Strong, warm, and I nearly cry. They look really happy, anticipate the happy journey ahead.
I miss you Father, Al-Fatihah.
Lupa plok nak kabo. Ayah Teman ni putih, lagi putih dari Mak. Bayangkan betapa putihnya Arwah Ayah teman ni sebab Mak teman sangat putih. Tapi kulitnya berubah sebab makan satu ubat chemo, tah haper-haper tah namanye. Teman le anak perempuan deme yang paling gelap. Sabo je le.