Saturday, 7 May 2011

ITTAQULLAH

Salams

I like the below posting, may we all on the correct path, and on the way to greatness.

Nur

__________________________________________________





Sampai ke ‘Ittaqullah’

Assalamualikum wbt

Maaf atas jarang nya input baru dalam blog ini.Alasan biasa , sibuk memakan waktu.

Ittaqullah.

Bertaqwalah kepada Allah

lalu bilal di masjid itu akan mengiringi kalimah tersebut dengan :

Sebenar-benar taqwa!!

Subhanallah.besar sungguh kuasa taqwa. Besar sungguh makna sebuah taqwa.

Mari kita mengimbas sebuah hadis dengan nuansa taqwa dari seorang Rasul yang menunjukkan kita ert taqwa :

عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ “
[رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]

Dari Abu Dzar bin Junadah dan Abu Abdurrahman Muadz bin Jabal radhiyallahu’anhuma, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda, “Bertakwalah kepada Allah di mana pun engkau berada. Iringilah kejelakan dengan kebaikan, niscaya kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (HR. Tirmidzi, dan dia berkata: Hadits Hasan Shahih. Hasan dikeluarkan oleh At Tirmidzi di dalam [Al Bir Wash Shilah/1987] dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam Al Misykat [5083])

Taqwa dimana,bila dan bagaimana?

“Bertaqwalah kepada Allah..” sudah jelas ianya adalah satu ayat perintah. Sama seperti ayat yang menyuruh kita untuk tidak melanggar undang-undang dan lain-lain. Bukan satu arahan yang main-main seperti :

“Kalau senang ,bertaqwalah ye…”

“Nanti kalau kamu ada masa,kamu bertaqwalah..”

Tidak.

Taqwa ini adalah satu suruhan oleh Allah dan Rasul . Ianya adalah satu urusan yang perlu di bina setiap waktu.Yang perlu diperhalusi.Yang perlu dicantikkan. Yang perlu dikuatkan.

Maka , mahu atau tidak, taqwa ini perlu kita bina.

Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh dan semakin saya buat anda lebih tidak faham apa yang saya cuba katakan, baik kita kupas apa maksud taqwa.

Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang ertinya memelihara. Di sekolah kita diajar taqwa ini adalah takut kepada Allah.Takut cumalah sifat yang ada dalam taqwa. Dengan bawak erti pelihara,taqwa ini akan beri makna yang lebih besar.

Contoh,

seorang lelaki takut untuk bermesra dengan seorang wanita bukan muhrimnya.Takut nya itu datang ketika itu sahaj ketika dia diuji.

Tetapi ,jika seorang lelaki itu memelihara dirinya dari bermesra dengan wanita bukan muhrimnya, dia cuba untuk menjaga dirinya setiap masa.

Dan ketika dia diuji, perasaan takut tadi itu lahir daripada usahanya memelihara dirinya.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu
dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Maka , jika taqwa adalah memelihara, boleh kita mudahkan yang taqwa ini semacam “mine detector”.Ala,yang kesan bom bawah tanah tu.

Taqwa ini memberikan kita amaran bahaya. “Teet..Teet… Ha!! Tajul. Jangan jalan dekat depan.Belok kanan.Dekat depan ada syaitan dan nafsu…”

Tapi dengan degilnya diri ini cuba juga untuk melawan kata-kata dari taqwa itu tadi.

Maka bila berdepan dengan bahaya tadi, taqwa ini bertukar menjadi baju perisai. Sebagaimana sepatutnya ia menjadi pemelihara.

Dan sebagaimana kalimah Allah tertinggi :

Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik. (Al-A’raaf: 26).

Maka patut jelas kepada kita yang taqwa itu adalah pemelihara. Pengawal. Ketika kita menjadikan taqwa itu sebagai kubu atau benteng kita,kita telah meletakkan Allah dihadapan kita. Kita meletakkan Allah sebaga benteng kita. Kita meletakkan rasa hamba sebagai panduan. Kita meletakkan keinginan Allah dihadapan berbanding keinginan kita.

Di tempat di mana pun engkau berada engkau pasti bertaqwa. Engkau tidak hanya bertakwa kepada Allah di tempat yang di sana orang-orang melihatmu saja. Dan tidak hanya bertakwa kepadaNya di tempat-tempat yang engkau tidak dilihat oleh seorang pun, karena Allah senantiasa melihatmu, di tempat manapun engkau berada. Oleh karena itu, bertakwalah di mana pun engkau berada.

Taqwa : Bagaimana ?

Kita disuruh bertaqwa tetapi kita tidak tahu apa alat untuk bertaqwa. Mari kita lihat antara ciri taqwa .

Ketika seorang sahabat bertanya Umar, bagaimana itu taqwa, Umar mengatakan ianya bagai berjalan di atas jalan berduri. Kita akan menarik ke atas sedikit kain jubah kita dan berjalan dengan hati-hati.

Lihat, kita tidak mahu duri dosa-dosa itu mengoyak jubah kehidupan kita dalam kita mengharungi jalan untuk bertemu kekasih teragung kita, Allah SWT.

Adakah seorang kekasih mahu berjumpa kekasihnya dengan pakaian koyak rabak. Dia akan berhati-hati dengan apa dia lakukan.

Lihat, taqwa itu adalah satu cahaya nurani yang Allah kurniakan. Dengannya kita akan menjadi peka. Sebagaimana peka nya seekor kucing apabila terbau friskies. Atau sebagaimana tiba-tiba kita terasa tidak sedap hati terhadap sesuatu. Itu adalah satu rasa yang Allah kurniakan. Tetapi taqwa ini adalah rasa yang lebih khusus. Yang mana ia mengenal bahaya dosa dan tidak mahu terjebak dengan nya. Hatinya meronta untuk menjauh dari nya. Itu lah taqwa. Dan ia tidak selesa berada dalam dosa.Itulah taqwa.

Maka Allah mencipta alat-alat yang hebat untuk membina rasa hati yang bernama taqwa itu.

Dan anda semua sudah tahu apa itu semua.

Itulah ibadah yang Allah ciptakan.

“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat-umat sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (Al-Baqarah: 183)

Bukankah itu bukti yang ibadah-ibadah ini membentuk taqwa.

Iman dibina dengan satu kepercayaan yang tidak berbelah bahagi tetapi bukan satu percaya kosong. Ianya disertakan dengan bukti.Dengan hujah. Kerana itu Islam ini “agama” yang punya bukti. Bukan cuma dogma mainan ilusi atau percaya buta. Bahkan di dalam Islam istilah taqlid buta tidak ada. Bahkan mahu beribadah sahaja, kita perlu tahu buktinya dan kita faham kekuatan asal usulnya mengikut sunnah dan syariah atau tidak.

Cuba lihat dengan begini :

Insan—-Muslim——Mu’min——-Muttaqin

Seorang insan itu bilamana dia menjadi Muslim, dia sudah meletakkan Allah sebagai rabb nya dan Rasul sebagai panduannya. Tetapi imannya perlu dibina yang itu membawa maksud sebagaimana seorang askar prebet dinaikkan pangkat menjadi Leftenan.

Kemampuan Leftenan berbeza dari prebet. Maka dia juga perlu diasuh untuk jadi Leftenan.Latihannya berbeza. Sebagaimana latihan komando,berbeza dari latihan askar biasa.

Tetapi prinsip latihan nya sama. Mengkualitikan.

Seorang Muslim tetap solat.Tetapi seorang Mu’min solatnya berlainan. Solat nya yang wajib dibuat. Tetapi dia kuatkan solat itu dengan kekuatan khusyuk.

Tetapi bila mana dia cuba mengawal diri nya dengan solat itu.Yang dengan erti kata dia memahami bahawa solat itu adalah tanda dia adalah hamba dan dia menjadi hamba setiap waktu dan dia memeperakui diri nya sebagai hamba setiap hari 5 waktu, adakah dia akan mahu melawan “Towkey” yang memilikinya pada waktu yang lain.

Itulah ketika ia menjadi taqwa. Ia menjadi muttaqin. Ketika itu jugalah amal ibadahnya cuba ditingkatkan.Dia cuba menguatkan lagi dengan solat-solat sunnah. Qiam.Solat rawatib.dan lain-lain.Puasanya jelas pada zahir dan batinnya. Zakatnya bukan cuma mahu lepas syarat. Dia memahami tentang apa yang dia cuba lakukan dengan sebenar-benar faham.

Dan ketika itu lah setiap perbuatannya cuba dilakukan dengan hati-hati supaya dia sentiasa berjalan dalam langkah hamba yang mensucikan dan memelihara diri.

Itulah taqwa.Itulah kuasa taqwa.

Ittaqullah…