The Science of Heart-Jantung –Part 1
The Science of Heart-Jantung –Part 1
Cuba letak tangan di dada dan kira denyutan jantung kita. Pertama kali kira mungkin 60 denyutan seminit, kali kedua mungkin 80 denyutan per minit dan tiba-tiba meningkat pula ke 90 denyutan bila kita makin cemas mengira denyutan tersebut . Menarik bukan, kerana denyutan jantung itu berbeza-beza dan puratanya adalah sekitar 60-90 bps (beats per second). Istimewanya kenapa saya terasa untuk menulis berkenaan jantung kerana ia ada kaitan dengan biology, physic, rohani dan islam sendiri. Boleh di rumuskan di sini tajuk tulisan ini adalah sains berkenaan jantung (The science of Heart).
Saya tidak tahu mahu bermula dari mana kerana dari semua segi ada tarikan tersendiri dan ada permulaannya. Secara fizikalnya jantung bertugas untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan dalam jantung sendiri terdapat aktiviti pertukaran osigen dan karbon dioksida. Saya pasti ini adalah perkara paling asas yang difahami oleh semua manusia. Jadi saya akan ceritakan perihal jantung dari segi yang kita selalu terlepas pandang. Secara biologinya jantung terbentuk seawal kandungan 3 minggu. Ya, ibu-ibu pasti teruja kerana dalam masa sebulan kehamilan doktor anda sudah boleh merekod atau memperdengarkan degupan jantung fetus anda. Perkembangan pembentukan jantung selaras dengan pembentukan sistem saraf namun pembentukan otak berlaku pada minggu ke empat. Ini bermakna jantung terbentuk lebih awal dari otak dan denyutan jantung tidak dikawal oleh otak. Jadi mari kita tanya jantung kita, siapakah yang mengawal denyutanmu wahai jantungku? Roh? Jasad? Ya Allah yang mengawal denyutan jantung kita. Ahh ada orang nak tahu lebih dalam, mahu juga diterangkan dengan bukti scientific. Baik.
Satu petang, kawan saya seorang penyelidik di university terkenal di tanah Eire ini mengadu. ‘Ahh saya sudah jadi pembunuh hari ini, rasa macam teruk sangat kerja saya ni,” kata dia tiba-tiba sewaktu kami tengah mengadap makan malam. “Bersalah saya rasa” tambah dia dengan nada sedih. “Kenapa? Apa telah berlaku?” Tanya saya menunjuk minat untuk tahu apa yang menyelubungi kawan saya ini dengan kemurungan 2-3 hari ini. “Hari ini saya telah bunuh lebih kurang 56 anak tikus putih, saya sembelih derang hidup2 dan untuk ambil jantung mereka”. Jujur kawan saya memberitahu. “Ehh asal tak guna chloroform ke apa ke yang nak bagi pengsan tu”. Saya cuba-cuba memberi cadangan macamkan lagi pandai dari kawan saya ini. “tak boleh sebab sembelih lagi cepat dan saya nak ambil jantung dia ketika sedang berdenyut” balas kawan saya lagi. “Ooo nak buat macam mana dah itu keje akak” balas saya cuba memujuk. “Apa akak buat dengan jantung tu? Saya cuba memanjangkan perbualan. “Tu la, dah la saya pisahkan anak2 tikus tu dengan emak depa, pastu saya sembelih dan hancurkan untuk tengok cell dia, kejam la saya ni” balas dia lagi masih bersalah. “Kenapa tak ambil jantung mak dia je?” Tanya saya sibuk nak tahu lebih lanjut. “ohh kalau baby tikus ni, otot jantung dia kuat, lepas beberapa minggu cell jantung masih lagi berdenyut”. Kawan saya memberi input tambahan. Masya Allah, inilah permulaan kepada pencarian maklumat berkenaan jantung. Sanggup saya tinggalkan kerja-kerja tesis saya demi membaca berkenaan jantung (ya I’m procrastinate). Sebabnya saya percaya masalah procrastinate yang menyebabkan keja saya terlalu lembab adalah saya ada penyakit ‘heart’.
Tafsiran hati =heart= jantung dalam hadith di bawah adalah begitu mendalam sekali maksudnya nanti saya bincangan dari sudut kefahaman saya.
Ketahuilah, bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.” -Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
No comments:
Post a Comment