Thursday, 29 September 2011

YUK

Salams,

Alhamdulillah 'Alaa Kulli Haal.

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, wa'Ala Ali Saidina Muhamad.



1
Selamat sampai ke tanah air, dimana ini adalah kali pertama kepulangan saya tidak disambut oleh Abah. Sepanjang perjalanan dari Newcastle Airport ke London Heathrow, air mata saya tumpah sedikit-sedikit. Malu jua kalau pegawai immigresen melihat mata saya yang bengkak ini. Saya akan meninggalkan bumi Durham ini untuk selama-lamanya. Sedih kah? Tiada perasaan buat masa ini. Ada perkara yang lebih membimbangkan saya.

Tapi saya mencintai setiap kenangan dimana Abah berada di dalamnya. Jalan-jalan di bandar Durham. Minum teh di kedai kopi. Membeli kasut Clark. Menyusuri Sungai Elvet. Melihat sekolah saya. Menaiki bas ke Bowburn. Allahim.

Berbicara sebentar dengan Aishah, dia menyatakan kerinduan kepada Abah. Ya, Abah hidup di dalam hati kami, dan tidak akan pernah mati. Aishah tanya - tidak menziarahi Abah kah? Ajit berkata- aku tak boleh lupa imej Abah menarik nafas terakhirnya.

Dan rumah ini, dimana saya membesar dari anak yang sangat cengeng, kepada anak yang sudah dewasa. Dan saya dewasa disaat Abah menghembuskan nafas terakhirnya. Saya tahu tidak baik untuk menangisi pemergian orang yang tersayang. Tapi, bisa saya katakan, saya tidak pernah kuat untuk dugaan ini. Setiap malam Ramadhan dan Syawal, bantal saya bisa penuh dengan air mata. Ya al-Wadud, terima kasih kerana menjadikan aku sebagai anak kepada Abah ku. Kerana Cinta-Mu, kerana Cinta-Mu.

Ya Rahman Ya Rahiim, izinkan aku mempelajari mencintai takdir-Mu.




2
Perjalanan dari Newcastle- London- KLIA sangat memenatkan. Saya sudah tidak kuat untuk menggalas berkilo-kilo beg lagi, sudah sangat tua rupanya saya ini. Kalau boleh, saya ingin berlenggang- lenggok. Ya, dunia ini ibarat perjalanan tadi lah, kalau boleh, harta dunia itu tidak banyak digalas. Digunakan untuk kebaikan. Biarlah pahala yang bergunung-gunung menjadi milik abadi. Sekarang untuk ke luar negara, bukan Terminal 3 lagi dijadikan sebagai tempat check-in, tetapi Terminal 4. Tidaklah secantik Dubai Airport. Tapi saya syukur dapat menjejakkan kaki di sini. Banyak kedai-kedai dibuka, ramainya orang ya ampun. Dan saya pula asyik lapar dan lapar, padahal harga sandwich dan air sangat mahal. Oh ya, air perlu dibeli beberapa kali, kerana air yang melebihi 100mg akan di rampas dek pertukaran terminal dan airport. Sempat saya bershopping perfumes untuk Mak dan adik-adik. Tidak tahu mahu membeli apa. Tapi saya tahu benar tabiat adik-adik saya ini, kalau boleh satu kedai perfume mahu dibelinya. Dan saya sangat suka melihat kegembiraan mereka yang mendapat waima sebotol kecil perfume - ya, priceless.




3
Baru pulang dari Prague dan Berlin- saya sangat suka trip ini. Kedua-dua bandar ini sangat cantik, percayalah, ia terlalu cantik. Kami ke Berlin menaiki keretapi yang mengambil masa selama 5 jam, dan SubhanAllah, betapa indahnya pemandangan sepanjang perjalanan. Rumah-rumah yang sangat cantik di tepian sungai, dengan ladang-ladang dan kebun-kebunnya.

Saya mahu menulisnya dengan lebih lanjut, tapi biarlah ia menjadi post akan datang, boleh kah?




Mahu jumpa Sang Maha Pengasih itu dahulu. Yuk?





Tuesday, 27 September 2011

PERHAPS



And I am going to miss Durham.

Perhaps.





Wednesday, 21 September 2011

RINDU




Dan saya tiba-tiba jadi sangat rindu padanya.

Abah, I miss you so so so much.

I wish you were with us tomorrow.

Abah yang sangat penyayang.

Abah yang sangat pengasih.

Abah yang sangat mengasihani.

Abah yang sedaya upaya akan cuba memenuhi permintaan saya.

Dan kalau saya menelefonnya teresak-esak menangis, Abah akan segera menyelesaikan masalah saya. Duit hilang, tertinggal bas, kene marah dengan cikgu, sakit perut, fail dalam tests, mahu balik rumah; apa sahaja masalah dalam hidup saya.

Dan saya mesti percaya, Allah swt itu berjuta-juta kali ganda baiknya dari Abah saya.


Al-Fatihah - Haji Marwan b. Saliman (1946-2011)



KAK INA

Salams,

I'm off to Prague tomorrow, Huda is supposed to join us, well, fate isn't it? Huda, gonna miss you heaps. Kak As, please pray for me.

And today's entry is about Kak Zarina. Orang sekampung teman. Kalau dah sekampung, puji lebih-lebih nanti orang kata bias pula. But what the heck? All I can sincerely say is - she is really really a nice person. Good-hearted person. Terlalu baik bagi saya. The most amazing thing about her is, she can still be nice to the people who are nasty towards her. Amazing. I could never be like her.

Please take care, as I care. Don't miss me, yah? Bak kata Ayza - Allah'a emanet olun...saya amanahkan anda kepada Allah.


Must dash!
Love, as always.













Tuesday, 20 September 2011

KAK AS

 

Salams,

Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim,

Allahumma Solli ‘Ala Saidina Muhamad, wa’ala ‘Ali Saidina Muhamad.

Kali ini saya ingin memperkenalkan sahabat saya yang lain, Kak As. Atau nama lain, ASaL. Nama penanya saya tidak tahu. Mungkin jua kuih koci. *wink*.

Dia sahabat saya yang nakal. Kami sama-sama nakal. Tetapi dia sangat pemalu, kalau malunya berkunjung tiba, pipinya akan merah-merah, kata omputih, blushing. Perwatakan fizikalnya seperti Huda, putih-putih, tinggi sedikit dari saya, cuma bezanya, Huda seperti orang Cina, Kak As seperti orang Arab.

Saya sangat suka berbicara samanya. Seperti Huda, perbualan kami pasti berkisarkan pengetahuan. Tapinya dengan Kak As, banyak jua terselit mengenai cinta. Ah, cinta, kalau cakap pasal ini, tentu sahaja tidak tidur malam, bukan? Dia tidak judgmental. Mungkin sahaja dia tidak judgmental terhadap saya kerana ya, kami sama-sama mencintai si Bintang Timur itu. Aloof, and so far away. Unreachable.

Katanya – I always view, love is like a summer to me. You know what summer means, You have been in the UK. Saya tidak sempat membalas kata-kata ini, busy nya ya ampun. Akak, saya balas disini ya sahaja. I love summer because there is a sun, longer than usual. I couldn’t live without a sun. When there is a sunshine out there, everything, absolutely everything is beautiful.

But you should see the autumn and the spring seasons too, because the earth transforms to an indefinable beauty. Majestic, and magnificent.

Dan katanya lagi…bacalah disini.

Teka sahaja yang mana satu dia. Baru saya sedar, kami tidak banyak bergambar. Jelas sekali saya sudah berubah sekarang, ya, saya sangat suka bergambar tuan-tuan dan puan-puan sekalian!

 

100_1179

Monday, 19 September 2011

HUDA

Huda.

Title saya kali ini simple sahaja. Ramai lagi rakan-rakan yang akan saya perkenalkan, insyaAllah. Bersyukur diatas nikmat persahabatan yang dianugerahkan, dan “Adapun terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah engkau menyebut-nyebut” (Ad-Dhuha: 93:11).

Dia pandai memasak. Dialah yang memperkenalkan Hamza Yusuf kepada saya, walaupun saya lebih menggemari Nouman Ali Khan. Dan paling pelik, dia memang sangat tak fotogenik. Huda, I just love to post your photos – it has a beautiful aura.

DSC_2293DSC_2508DSC_2538

DSCN0096DSCN0107


Dan dibawah ini apa yang ditulis olehnya - indah bukan? Terima kasih diatas komentar-komentar kalian terdahulu, maaf kan saya ngga dapat membalasnya disaat ini, tapi percayalah, anda tetap di dalam doa-doa saya!

Must dash!

Nur

____________________________________________

Sahabat,doa dan solat malam

Saya masih terbayang-bayang Fakhzan masih berada di sekeliling. Ya saya jadi rindu dengan kehadirannya. Fakhzan mengingatkan saya pada Fad, dan tiba2 terasa sangat rindu pada Fad kerana saya juga akan mengadu ketensenan saya pada Fad. Terima kasih ya rabb atas kurniaan orang-orang yang baik sekeliling saya. Itulah kemanisan ukhwan dan persaudaraan dalam islam.

Dua sahabat ini yang paling kerap berdoa untuk saya. Untuk berdoa untuk seseorang yang lain personally saya fikir sangat berat kerana untuk berdoa untuk diri sendiri juga memerlukan ketenangan jiwa dan focus yang tinggi untuk memisahkan diri dari dunia yang kerap mempengaruhi jiwa dan nafsu kita. Untuk sebab itu, saya kena banyak bersyukur, kerana saya pasti, sahabat2 ini akan mendoakan saya pada setiap angin rindu yang menyapa. Ya hadiahkan saya sebuah doa walaupun mungkin saya tidak lagi bernafas di dunia ini.

Ohh ya, untuk berdoa untuk seorang sahabat, atau hadiah solat hajat, itu adalah latihan untuk menjadi ikhlas. Benar, ikhlas itu panjang tafsirannya dan kita tercari-cari keikhlasan beribadah kepada Allah. Dahulu saya cemburu tiap kali menghadiahkan sebuah solat untuk sahabat, Alhamdulillah saya Berjaya melakukannya walaupun sedikit kerana saya rasa ia adalah ibadah yang cukup bermakna kerana kita lakukan atas sebab kecintaan pada sahabat tersebut. Bukankah itu ibadah yang cukup ikhlas?. Saya pasti setiap kali kita berdoa dan beribadat, ia ada kesan pada roh, jadi tiadalah saya mahu bergantung pada doa sahabat2 sahaja bahkan saya patut meningkatkan ibadat untuk diri sendiri dan juga untuk orang2 yang kita sayangi.

Quran saya sudah hampir khatam, Alhamdulillah. Di surah2 penghabisan saya perasan maksud ayat surah2 pendek tersebut sungguh2 menarik. Amaze! Salah satunya surah Al muzammil. Saya berdoa semoga Allah tetapkan saya istiqamah dalam ibadah tahajjud, biarpun mungkin saya mampu 2 rakaat sahaja... moga2 saya termasuk dalam golongan muttaqin. Ameennn. Saya sertakan terjemahan surah al-muzammil, kerana bila saya terbaca terjemahan surah ini sungguh terkesan di hati saya memandangkan saya selalu tukar2 solat tahajjud samaada di awal malam, atau di akhir malam menjelang subuh, dan kadang2 saya tertinggal dan melakukannya dalam keadaan malas bila kepenatan melanda, tapi bila saya membaca terjemahannya, wah.. sungguh memberi motivasi.

1. Wahai orang yang berselimut (o you who wrapped up in your garment )-

2. Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam selain dari sedikit masa (untuk berehat)- ( Stand (to prayer) by night, but not the whole night)

3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (Half of it,- or a little less,)

4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartiil" (Or a little more and recite the Quran in slow, measured rhythmic tones.)

5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahi (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).( Soon shall We send down to thee a weighty Message.)

6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. (Truly the rising by night is most potent for governing (the soul), and most suitable for (framing) the Word (of Prayer and Praise))

7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya. (True, there is for thee by day prolonged occupation with ordinary duties)

8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerusi siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.( But keep in remembrance the name of thy Lord and devote thyself to Him whole-heartedly)

9. Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat tiada Tuhan melainkan Dia maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.( (He is) Lord of the East and the West: there is no god but He: take Him therefore for (thy) Disposer of Affairs.)

20. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, dan selama sepertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu) padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahu bahawa kamu tidak tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran: dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, - sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Thy Lord doth know that thou standest forth (to prayer) nigh two-thirds of the night, or half the night, or a third of the night, and so doth a party of those with thee. But Allah doth appoint night and day in due measure He knoweth that ye are unable to keep count thereof. So He hath turned to you (in mercy): read ye, therefore, of the Quran as much as may be easy for you. He knoweth that there may be (some) among you in ill-health others travelling through the land, seeking of Allah`s bounty yet others fighting in Allah`s Cause, read ye, therefore, as much of the Quran as may be easy (for you) and establish regular Prayer and give regular Charity and loan to Allah a Beautiful Loan. And whatever good ye send forth for your souls ye shall find it in Allah`s Presence,- yea, better and greater, in Reward and seek ye the Grace of Allah. for Allah is Oft- Forgiving, Most Merciful. )(Al muzammil, ayat-20)

Friday, 16 September 2011

LEICESTER, YOU!

Salams,

I'm in Din and Min's place in Leicester. Already missing Huda in Galway, Ireland, yet life is happening here!

Could you imagine that there is a book shop just a few houses before their house? It smells similarly to Makkah and Madinah's aura. I am short of pounds, but the books are tempting, real tempting.

Can I use my charm to charm the shopkeeper, so I can get the discounts? Goodness me.

Will visit Kak Intan in Loughborough tomorrow. And I miss my SV as well.

And I miss, miss, miss you.





Friday, 9 September 2011

OFF TO IRELAND

Salams,

I'm off to Ireland to see Huda and the country-side.

In the meantime, please take care, as I care.



Must dash!
Love, as always.




Thursday, 8 September 2011

SV

Salams,

Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim,

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, wa'ala a'li Saidina Muhamad.

Pembaca yang dimuliakan, ada yang ku cintai sesungguh hati, ada yang ku rindu bagai separuh mati, ada yang ku ingat separuh sedar, ada yang ngga mahu ku ingat, tetapi tetap menjelma dibawah pemikiranku - tetapi semuanya berada di dalam doaku. Moga-moga kita berada dibawah lembayung Rahmat-Nya yang tiada taranya.


I was out yesterday to buy a gift for my SV. Actually, I was thinking of buying something nice in Ireland and give it to him, but as I present him with my thesis in the afternoon, I feel quite ashamed for not giving him anything apart from the thesis. Yes, I was taught to always give something to your teachers. He suggested to me for lunch the day after. Thus, I was roaming the city and raking my brains of what suitable gift for him. He, one of the greatest men alive.

I thought of giving him a diary, alas, all the diaries look so girly and unprofessional. Then, voila! He loves orchids, just like Dad, and I want to go to TESCO EXTRA to buy it for him. Having decide that, I walk happily to the market place to just doing a window shopping - and would you believe it that a group of men singing for a song for me! Damn. I hate it when I receive an unwanted attention.

In TESCO, I bought a White Orchid, as well as a bouquet of roses flowers. Ah, it's really beautiful! Should I buy it for him, or for myself? It's a combination of a red, yellow and orange roses. If there were tulips, I won't be hesitated to buy it. Alas, tulips are meant for Spring.

And today we have an excellent lunch at the Durham Botanical Garden. I only step my feet once in the garden, it was during the late summer in 2008. I love parks more, I guess. During the lunch, he commands me to modify the essays following the journals base. Having done so much works, to summarize it wouldn't be a problem insyaAllah. I told him that I want to learn more, especially on the econometric. You know, once you have master the methodology, the research becomes so much easier. Trust me. He still remember that I run away from Essex University. Yes, Essex Univ is one of the top universities, and it is tough as hell. I couldn't do it, the theoretical mathematical-based, it really humiliates me to the core, yet Allah swt sends me to my current SV. Takdir itu, sangat indah bukan?

I guess this will be my last time to see him, unless I come for the winter congregation.

He is, again, one of the kindest men I've ever met. You won't believe it how kind he is to me, especially during my most difficult time in life - the death of my father. Of course we have disagreements, we are both academics after all. Nevertheless, at the end, I am always wrong, due to my less knowledge and experiences.

My doa for him is - for him to have the most beautiful life in the world and hereafter, as well as to be granted a Jannah. That's my doa for him. Always.

After lunch, I go to the city for praying and to buy some souvenirs. At the central of the city, I am mesmerized by the violin played a musician. It is really a sad song - I couldn't stand it, nevertheless I'm drawn towards it. It gravitates me, drown me in its grief, yet it gives me hope.

Hope, we simply couldn't live without it.



”Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa : ”Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyanyang”. (QS Al-Hasyr : 10)






Tuesday, 6 September 2011

MANIS



Salams,

Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim.

Allahuma Solli 'Ala Saidina Muhamad, wa'ala 'Ali Saidina Muhamad.


Sudah lama ku ingin menulis tentang ini. Terlebih dahulu, manis benar komentar untuk post yang terdahulu, jazakAllah hulkhair khatira. Sesungguhnya bukankah Allah itu salah satu sifat-Nya adalah Al-Jabbar? SubhanAllah. Menerima ziarah dan kata-kata semangat dari alim ulama sesungguhnya salah satu nikmat Tuhan yang sangat indah.

"Kak, are you still in love?", tanyaku padanya.

Dia, yang sangat ku pasti hatinya. Entah kenapa aku sangat cepat menangkap riak hatinya. Walaupun kami beribu-ribu batu dipisahkan oleh lautan Hindi, aku akan dapat meneka keadaan hatinya, waima dari satu tulisan blog. Marah, gembira, sedih, dan cinta, semuanya berjaya ku teka. Dan dia, dia akan sepastinya tergelak terkekeh-kekeh menafikan segalanya. Dapat ku bayangkan wajahnya yang akan merah padam pabila di usik. Aku sangat gemar mengusiknya, salah satu hobiku. "Ringing tone" telefon bimbitnya nya adalah Anuar Zain - Sedetik Lebih, yang membuatkan aku jua menyukai lagu tersebut, sedangkan aku ini peminat tegar lagu-lagu bahasa negara penjajah kita.

Masih ingatkah kalian akan tulisan ku mengenai cinta terhadap pejuang agama itu? Soalan yang dilontarkan oleh ku padanya. Dia yang menguraikan persoalan di minda ku dengan begitu baik sekali. Dan kali ini, ingin sekali aku bertanya padanya, bagaimana rasanya dicintai oleh pejuang agama itu?

Dia, yang sangat aku pasti, dicintai oleh pejuang agama itu. Walaupun berkali-kali dinafikan olehnya. Kadang-kadang aku merasa terlalu cemburu dengannya. Kemudiannya, aku kembali merenungnya - apa yang membuatkan pejuang agama itu mencintainya? Dan apa yang membuatkan kami - sahabat-sahabat baiknya- mencintainya jua?

Katanya, yang aku sudah ingat-ingat lupa, hanya roh yang berjiwa besar akan bersahabat dengan roh berjiwa besar. Dan dari hadis yang ku baca - "Roh-roh itu bagaikan bala tentera. Mana-mana askar yang berkenalan antara satu sama lain akan bersatu dan mana-mana yang tidak mengenali antara satu sama lain, akan pula berselisih." (HR Bukhari dan Muslim).

Dan membaca post ini - demi jiwaku yang berada di genggaman Tuhan Yang Maha Mulia itu - membuatkan hatiku berdetak. Membuatkan aku berfikir sejuta kali. Cinta itu harusnya mendekatkan kita kepada-Nya, bukan?

Jarang bukan, pabila kita ini menjumpai seseorang dan terus merasa kasih padanya? To love that person inexplicably. It is really strange. Maybe who we love is not really that person. Maybe what we really love is that person's reflection of Allah's beauty and kindness.

Mungkin kini aku mengerti kunci untuk dicintai oleh segenap makhluk di bumi dan dilangit. Roh ku perlu berjiwa besar.

Like you.
























Friday, 2 September 2011

ROH

Salams,

Saya merasakan bahawa blog ini sudah kehilangan rohnya. Tulisan-tulisan saya ngga mampu mencambah minda pembaca sekalian, kerana nya ya, saya sendiri kehilangan roh untuk menulis. Saya tidak lagi keluar melihat alam, membaca untuk menambahkan pengetahuan dan mendengar untuk mencantikkan roh saya lagi,mengikuti perbincangan group untuk bertukar-tukar pendapat.

Tiada alasan untuk saya persembahkan mengapa saya jadi begini. Alasan ayah saya ke rahmatullah tidak sewajarnya digunakan. Sungguh, saya akan menjadi perempuan yang paling cengeng kalau saya berani mengatakan begitu. An insult to my dearest dad.

Hari sudah semakin sejuk. Syukur alhamdulillah Kak Ina membuka heater 2 kali sehari. Saya ngga dapat bayangkan kalau heater tidak pernah dibuka, mungkin saya akan menjadi panguin. Saya benci menjadi panguin. Sejuk akan mematikan roh saya yang sudah tercungap-cungap keletihan ini.

Saya mahu pulang. Tapi, saya ngga mahu pulang ke Malaysia. Benar sekali, dunia ini bukan rumah kita, rumah sebenarnya adalah di akhirat kelak. Permanent house. Harga rumah yang mencanak-canak naik di Malaysia sudah cukup menggerunkan saya. Tapi, mahu membeli mahligai di syurga kelak gimana?


وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آَمَنُوا اِمْرَأَةَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim. ” (QS. At Tahrim: 11).


Sewaktu menunggu Kak Ina di library kelmarin, saya duduk mencangkung, melihat titis-titis halus hujan yang turun dengan riang sekali. Saya kebosanan, dan lantasnya meneliti kembali sms yang dikirimkan kepada saya oleh Abah. Antara sms nya yang tidak akan mampu saya lupakan adalah - Allah suka orang yang berjihad menuntut ilmu. Ini kerana saya mengadu padanya bahawa saya ngga mampu lagi belajar, terlalu sukar untuk saya menulis.

Titis-titis air mata saya turun. Dalam posisi itu, kelihatan sungguh saya seperti kanak-kanak meminta sedekah. Meminta Sang Maha Pengasih itu supaya mengasihani saya, Bonda dan adik-adik lain. Saya tidak ingat siapa yang mengatakan, bahawa kematian adalah sesuatu yang kejam, yang memisahkan cinta, yang memporak-perandakan keluarga. Dan sabar ini, adalah antara sabar yang paling berat untuk di praktikkan. Kerana kematian itu adalah bukan dalam rencana hidup, ianya datang tiba-tiba.

Saya tidak tahu mengapa Allah takdirkan saya melihat proses kematian Abah. Bermula dari wad biasa, ke wad ICU, dari nazak sehingga nafas terakhir. Anda kira, akan dapatkah saya lupakan wajah Abah?

Saya sangat lemah. Cengeng. Allah. Allah. Allah.

Adik saya berkali-kali memohon, berdoa supaya Abah tidak meninggal di bulan Mei. Kerana nenek meninggal pada 1/5/2011. Kerana tarikh lahirnya adalah pada 11/5. Kerana Atuk jua meninggal pada bulan Mei.

Tapi Abah pergi pada 1/6/2011. Tepat setahun - ulang tahun yang pertama dimasukkan darah. Saya masih teringat lagi, kami adik-adik perempuan semua pulang ke rumah, dan mengelilingi Abah - menemani Abah makan malam di biliknya. Saat itu Abah sangat lemah kerana darah merahnya sudah turun, hingga tidak mampu ke dapur lagi. Ada yang mengurut-urut kakinya, ada yang duduk disebelah memicit-micit bahunya. Saya tidak ingat saya buat apa.

Abah mengatakan - cukup 5 orang anak perempuan Abah - sambil tersenyum.

Saat itu kami baru sedar, kami jarang dapat bersama, pasti salah seorang dari kami tiada. Terutamanya saya yang ke luar negara ini.

Tiada apa yang saya mahukan selepas ini, kecuali bertemu dengan Abah.

Ajit berkata pada saya - Kak, Aku tak pernah tengok ibu bapa yang sangat disayangi oleh anak-anaknya macam Abah. Saya terpempan, lantas bertanya- apa maksud kau? Jawapnya- ye lah, anak-anak tunggu siang malam, baca quran sepanjang waktu di ICU, sewaktu nazak, semuanya berkumpul menangis nak rak.

Eh, bukan semua anak-anak pun akan buat macam tu kah?

Anda tahu, salah satu perkara yang lucu berlaku pada hari pengebumian abah adalah, kami sempat tertidur selama satu jam selepas jenazah Abah sampai. Rakan-rakan Abah datang menziarahi selepas mereka solat subuh disurau. Menangis perlahan-lahan. Selepas mereka beredar, Bonda meminta saya keluar membeli sarapan untuk kami dan saudara-mara yang akan datang.

Selepas pulang dari kedai, saya terus ke bilik, merebahkan diri ke katil, dan wargh, terus ke alam mimpi. Tiada niat. Tambahan lagi semua adik-adik perempuan mengikut jejak langkah saya. Bila Bonda mengejutkan, saya terpinga-pinga, aku dimana ini? Mengapa terlalu ramai orang di ruang tamu?

Yah, Abah meninggal hari ini. 48 jam tidak tidur, menangis bertan-tan air mata, dan akhirnya saya tertidur sejurus jenazah sampai. Ridiculous. Mana ada anak-anak tidur di hari pengebumian ayah mereka?

Udah-udah lah tu, pasti Ajit berkata begini.

Abah, akak nangis ni.

Tuhanku, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tiada tempat lagi untuk ku adukan semua duka laraku. Kerana aku hamba-Mu, dan Engkau Tuhanku, lakukan apa yang layak untukku, sesuai dengan sifat-sifat-Mu.