Salams,
Saya merasakan bahawa blog ini sudah kehilangan rohnya. Tulisan-tulisan saya ngga mampu mencambah minda pembaca sekalian, kerana nya ya, saya sendiri kehilangan roh untuk menulis. Saya tidak lagi keluar melihat alam, membaca untuk menambahkan pengetahuan dan mendengar untuk mencantikkan roh saya lagi,mengikuti perbincangan group untuk bertukar-tukar pendapat.
Tiada alasan untuk saya persembahkan mengapa saya jadi begini. Alasan ayah saya ke rahmatullah tidak sewajarnya digunakan. Sungguh, saya akan menjadi perempuan yang paling cengeng kalau saya berani mengatakan begitu. An insult to my dearest dad.
Hari sudah semakin sejuk. Syukur alhamdulillah Kak Ina membuka heater 2 kali sehari. Saya ngga dapat bayangkan kalau heater tidak pernah dibuka, mungkin saya akan menjadi panguin. Saya benci menjadi panguin. Sejuk akan mematikan roh saya yang sudah tercungap-cungap keletihan ini.
Saya mahu pulang. Tapi, saya ngga mahu pulang ke Malaysia. Benar sekali, dunia ini bukan rumah kita, rumah sebenarnya adalah di akhirat kelak. Permanent house. Harga rumah yang mencanak-canak naik di Malaysia sudah cukup menggerunkan saya. Tapi, mahu membeli mahligai di syurga kelak gimana?
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آَمَنُوا اِمْرَأَةَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
“Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim. ” (QS. At Tahrim: 11).
Sewaktu menunggu Kak Ina di library kelmarin, saya duduk mencangkung, melihat titis-titis halus hujan yang turun dengan riang sekali. Saya kebosanan, dan lantasnya meneliti kembali sms yang dikirimkan kepada saya oleh Abah. Antara sms nya yang tidak akan mampu saya lupakan adalah - Allah suka orang yang berjihad menuntut ilmu. Ini kerana saya mengadu padanya bahawa saya ngga mampu lagi belajar, terlalu sukar untuk saya menulis.
Titis-titis air mata saya turun. Dalam posisi itu, kelihatan sungguh saya seperti kanak-kanak meminta sedekah. Meminta Sang Maha Pengasih itu supaya mengasihani saya, Bonda dan adik-adik lain. Saya tidak ingat siapa yang mengatakan, bahawa kematian adalah sesuatu yang kejam, yang memisahkan cinta, yang memporak-perandakan keluarga. Dan sabar ini, adalah antara sabar yang paling berat untuk di praktikkan. Kerana kematian itu adalah bukan dalam rencana hidup, ianya datang tiba-tiba.
Saya tidak tahu mengapa Allah takdirkan saya melihat proses kematian Abah. Bermula dari wad biasa, ke wad ICU, dari nazak sehingga nafas terakhir. Anda kira, akan dapatkah saya lupakan wajah Abah?
Saya sangat lemah. Cengeng. Allah. Allah. Allah.
Adik saya berkali-kali memohon, berdoa supaya Abah tidak meninggal di bulan Mei. Kerana nenek meninggal pada 1/5/2011. Kerana tarikh lahirnya adalah pada 11/5. Kerana Atuk jua meninggal pada bulan Mei.
Tapi Abah pergi pada 1/6/2011. Tepat setahun - ulang tahun yang pertama dimasukkan darah. Saya masih teringat lagi, kami adik-adik perempuan semua pulang ke rumah, dan mengelilingi Abah - menemani Abah makan malam di biliknya. Saat itu Abah sangat lemah kerana darah merahnya sudah turun, hingga tidak mampu ke dapur lagi. Ada yang mengurut-urut kakinya, ada yang duduk disebelah memicit-micit bahunya. Saya tidak ingat saya buat apa.
Abah mengatakan - cukup 5 orang anak perempuan Abah - sambil tersenyum.
Saat itu kami baru sedar, kami jarang dapat bersama, pasti salah seorang dari kami tiada. Terutamanya saya yang ke luar negara ini.
Tiada apa yang saya mahukan selepas ini, kecuali bertemu dengan Abah.
Ajit berkata pada saya - Kak, Aku tak pernah tengok ibu bapa yang sangat disayangi oleh anak-anaknya macam Abah. Saya terpempan, lantas bertanya- apa maksud kau? Jawapnya- ye lah, anak-anak tunggu siang malam, baca quran sepanjang waktu di ICU, sewaktu nazak, semuanya berkumpul menangis nak rak.
Eh, bukan semua anak-anak pun akan buat macam tu kah?
Anda tahu, salah satu perkara yang lucu berlaku pada hari pengebumian abah adalah, kami sempat tertidur selama satu jam selepas jenazah Abah sampai. Rakan-rakan Abah datang menziarahi selepas mereka solat subuh disurau. Menangis perlahan-lahan. Selepas mereka beredar, Bonda meminta saya keluar membeli sarapan untuk kami dan saudara-mara yang akan datang.
Selepas pulang dari kedai, saya terus ke bilik, merebahkan diri ke katil, dan wargh, terus ke alam mimpi. Tiada niat. Tambahan lagi semua adik-adik perempuan mengikut jejak langkah saya. Bila Bonda mengejutkan, saya terpinga-pinga, aku dimana ini? Mengapa terlalu ramai orang di ruang tamu?
Yah, Abah meninggal hari ini. 48 jam tidak tidur, menangis bertan-tan air mata, dan akhirnya saya tertidur sejurus jenazah sampai. Ridiculous. Mana ada anak-anak tidur di hari pengebumian ayah mereka?
Udah-udah lah tu, pasti Ajit berkata begini.
Abah, akak nangis ni.
Tuhanku, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tiada tempat lagi untuk ku adukan semua duka laraku. Kerana aku hamba-Mu, dan Engkau Tuhanku, lakukan apa yang layak untukku, sesuai dengan sifat-sifat-Mu.
8 comments:
Assalamualaikum duhai jiwa yang indah.
salam lebaran kak,
hati yang gagah sering diuji dengan dugaan yang paling payah.
roh tulisan kakak masih belum hilang, kami yang membaca masih merasa.
mungkin hanya cuma bertukar angin yang membelainya.
saya tak dapat membayangkan rasa kehilangan dari sebuah kehilangan.
cuma mampu memandang dan cuba memahami.
semoga terus setia di sini,
kita,
tak sudah2 merindui mati
:)
hadiah untuk kakak:
al-fajr:27-30
salam sayang,
dari Malaysia
tabah lah Nur - berat rasa yang membaca berat lagi bahu yang memikul dan hati yang yang lara
roh writing Nur masih ada - keep writing ye
Salam dear sis,
fasobrun jamiil..
Patience is always full of beauty..
but to view it with clarity, it's never easy for a fragile heart.. la hawla wala quwwata illa biLlah.
Allah tests us accordingly,
in which it is always unbearable,
without Allah's help, Alone..
Allah has presented us with this hardship, not meaninglessly..
this self also has been tested with his father's grave health condition, since 8 months ago.. it happens unexpectedly, and now, day by day we're striving to give our best to nurse him, hoping there will come a time His miracle to happen.. to see him recovering completely, which seems next to impossible, medically..
but we're not losing our hope, just yet.. to hope in Him, and to accept what's from Him.. it is common to find it difficult, but we'll always pursue to attain them both.. in sya Allah
let's offer our prayers and Al-Fatiha for both our beloved Abahs, may Allah grant them the best in the both worlds, here and the Hereafter. and may Allah strengthen us all with what's left. amiin.
keep on writing, sis..
la tahzan, innaaLlahu ma'ana in sya Allah.
Don't grief, Allah's with us..
in sya Allah.
His Presence in the hearts, in time shall heal them completely..
la hawla wala quwwata illa biLlah.
salam Eid Mubarak,
al-faqir
----
Let Him weave the verse.
"When you plant a tree
every leave that grows will tell you,
what you sow sill bear fruit.
So if you have any sense, my friend
don't plant anything but love,
you show your worth by what you seek.
Water flows to those who want purity
wash your hands of all desires and
come to the table of Love.
Do you want me to tell you a secret?
The flowers attract the most beautiful lover
with their sweet smile and scent
If you let God weave the verse in your poem
people will read it
forever."
Maulana Jalaluddin Rumi
Sabar ya, setiap yang berlaku pasti ada hikmat tertentu Allah nak beri pada kita semua. Saya pernash merasai kehilangan ibu, memang cukup sakit :)
kamu tahu mengapa bila sampai di Makkah Al Mukarran, kita tidak dibenar untuk solat jamak. Bukankah kita ini musafir yang begitu jauh? Kita naik kapal terbang 8 jam lamanya, tetapi sejurus sampai, kita perlu sempurnakan solat tanpa boleh jamak dan qasar.
...kerana di rumah dan bumi Allah itu rumah kita. Tempat kita disana. Kita bukan musafir, tetapi kita pulang ke kampung halaman.
Kata orang, kematian memutuskan cinta. Tetapi bagi mereka yang ahli hikmah, dan mereka yang dekat sekali dengan Allah, kematian menemukan mereka dengan Cinta. Tiada lain yang mereka tunggu, kecuali dipercepatkan berpisah dengan dunia. Setiap hari dan saat berdoa untuk segera dapat mentalaqkan dunia. Agar mereka boleh terus mendakap di satu dunia, yang Cinta itu benar-benar dapat dirasa.
Ayah kita Sis, sudah berada di sana.
dear nur,
saya juga mendampingi ibu saya saat sakaratul mautnya. membimbingnya membaca syahadat dan takbir, lalu beliau pergi dengan tangannya dalam genggaman saya...
tak sesuatu pun bisa membuat saya melupakan itu. ketika ibu saya memandang saya dengan cinta sebelum pergi...
yang selalu saya katakan pada diri saya sendiri setelah ibu pergi adalah: saya harus kuat, harus meneruskan hidup sebaik-baiknya, agar tidak mengecewakan beliau di alam sana.
nur,
saya yakin itulah yang harus kita lakukan saat ini setelah orang yang cintai pergi...
kamu tidak sendirian merasakan pedihnya ditinggal pergi, nur.
sini saya peluk. kita saling menguatkan, ya...
:)
like* the beautiful poem,
like* the beautiful comment
p/s takde button like* hahah..
pp/s btw i'm still offline -
Salams,
Manis benar komentar untuk post yang ini, jazakAllah hulkhair khatira.
Sesungguhnya bukankah Allah itu salah satu sifat-Nya adalah Al-Jabbar? SubhanAllah.
Menerima ziarah dan kata-kata semangat dari alim ulama sesungguhnya salah satu nikmat Tuhan yang sangat indah.
Syukran ya sahabat-sahabat sekalian, syukran.
Semoga kita saling ziarah menziarahi di Syurga kelak, insyaAllah.
Post a Comment