Tuesday, 1 March 2011

OLD WRITING PART 7

Bimillah hir-Rahman nir-Rahim,

Salam pembaca yang dimuliakan, semoga diberi keberkatan dalam apa jua bidang yang dilakukan. Mahu menulis lagi, ia, kegilaan meng “update” blog ini datang tiba-tiba, tapi saya berfikiran positif - ia penting untuk keselamatan kewarasan saya.

Semalam, dan kelmarin-kelmarin jua, saya sudah bercadang mahu menulis entri ini. Bagi saya, cukup sebagai peringatan ngeri untuk diri sendiri, serta adik-adik dan sahabat-sahabat yang dicintai.

Penglihatan. Anugerah Tuhan yang Maha Agung. Semalam mata saya termasuk syampu, subhanAllah! Mahu apa rasa nya, dibasuh dengan air berkali-kali sambil berselawat syifa’ (mungkin sebahagian anda berkata saya bida’ah, kata sahaja, tidak berkudis pada saya- kerana lidah saya alhamdulillah, at least mengagung kan lelaki paling mulia itu, dan bukannya mencarut dan memaki hamun, kan? ), sambil berdu’a, jangan jangan jangan nerve atau neuron saya diambil Tuhan, jangan dirabun kan saya, dan paling teruk, jangan dibutakan mata saya!

Disaat itu, saya sangat menghargai anugerah penglihatan ini. Kerana saya pernah mendengar nasyid oleh ImamShaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy dari Kuwait (http://www.youtube.com/watch?v=s_iVH1qfQ5I&feature=related) berkenaan dengan nikmat peNglihatan – seorang anak yang buta bertanya kepada ibu nya, owh Mother, what is the shape of the sky? What is light? What is the moon? What is the beauty you talk? And I see no trace of it. Is this world full of continuous darkness?

Runtuh hati saya saudara, dan bagaimana kah agaknya perasaan ibu anak muda itu? Dan saya ini, dengan izin-Nya, boleh melihat bintang bulan dan matahari? Dan daisies dan bunga biru?

Dan anak muda hari ini rata-ratanya melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Syara’. Paling teruk, menonton filem lucah yang bersepah-sepah dijual dimana-mana, yang boleh di download dengan mudahnya dari internet. Hati-hati ya, jangan tiba-tiba kamu dibutakan sekelip mata. Tidak percaya? Pernah dengar seorang lelaki muda tiba-tiba hilang penglihatannya diatas sebab-sebab yang hingga kini doktor masih lagi mengkajinya?

Teringat saya kisah adik lelaki bongsu saya, yang konon-kononnya bermalam di rumah kawan nya, tetapi dikatakan niat mereka adalah untuk menonton cerita lucah (Sebab itu lah sekiranya saya in charge dengan adik saya itu, tidak saya benarkan dia keluar dengan kawan-kawan nya yang mempunyai akhlak yang meragukan). Tetapi belum sempat niat suci murni mereka itu diteruskan, abang saya yang sudah diberitahu tentang itu, datang ke rumah tersebut dengan membawa kayu hoki. Nah, jangan main2 dengan anak Pak Marwan.

Pasti pucat lesi muka sahabat-sahabat adik saya itu. Argh…boleh kah di panggil sahabat mereka itu?

No comments: