Tuesday, 1 March 2011

OLD WRITING PART 3

Bismillahhir-Rahman nir-Rahim

Assalamualaikum pembaca yang dimuliakan, moga-moga anda berada dalam keadaan yang ceria.

Saya mahu membetulkan entri DATING saya itu. Ramai pulak bertanya. Saudara-saudari, itu semua fiction semata-mata. Tidak pernah pulok saya berdating dengan mat-mat salleh ini, rambut blond mahupun red, blue eyes or green. Saya cuma menggunakan metafora itu untuk memperli theory-theory yang saya perlu baca. Semua nama-nama yang saya tulis itu, adalah pengasas teori tersebut. Pasti nya sudah mati. (Kak, aku tidak boleh menulis dalam bentuk satirical jawap nyer kalau begini!)

Maka, jangan salah erti ya?

Mana mungkin saya keluar dating disini. Dan kamu, jangan keluar dating. Ngerti?

Ah, lama juga tidak menulis.

Partly because I’m so busy with my thinking and lost in my thoughts. I’m not a brilliant student compare with my contemporaries. I have to read and read and read…and then sit down and think. Think and think. Until I understand. I can understand better when it is accompanied by graphs. So, when I read the theory, without a graph, phewwwww, it makes my head spins. I become stuck with my readings, because I CANT picture it. I couldn’t understand the theory of growth, for example, if they just explain it by words. I need the graphs. How the aggregate demand and aggregate supply shift. How unemployment happens.

Ahh, this is not what I intend to write.

Apa yang sebenar nya saya mahu tulis adalah berkenaan dengan simpai keramat. Mati-mati saya ingat dia adalah sejenis kuih koci, tetapi bukan rupa nya. Sahabat saya yang nakal itu memberitau definasi perkataan ini hingga mati2 jua saya percaya kata-kata dia. Tetapi…sebenarnya simpai keramat adalah – guess – saya mahu kamu cari sendiri.

Kita akan jadi simpai keramat akhirnya. Moga-moga Al-Baari’ tidak uji saya dengan ujian ini. Kerana saya cengeng. Cengeng sekalik. Moga-moga kamu, simpai keramat, dilindungi AL-Fattaah. Di tunjuki Al-Qaabidh. Di pelihara Al-Mu’izz. Dikasihi Al-Hakam. Dimuliakan Al-Muqiit. Dirahmati Al-Haqq. Diberkati Al-Mushii. Dilindungi Al-Hayyu. Dididik Al-Qayyuum. Didakapi Al-Muqtadir. Dinaungi Al-Afuww. Di angkat nama mu dikalangan malaikat-malaikat dan bidadari syurga, serta makhluk-makhluk di langit serta dibumi. Moga du’a-du’a kami yang tiada magis ini, jadi magis bila mana mengenai kamu.

Kerana gue tau, kamu, simpai keramat, sangat dicintai Ar-Rahim. Tidak mungkin Ar-Rahman meninggal kamu bersendirian. Agak cemburu, kerana pastinya kasih Allah swt melimpah-limpah untuk kamu.

Sahabat saya itu berkata, simpai keramat itu adalah anugerah. Yang membuat kamu tinggal hanya satu pergantungan – iaitu tali yang Maha Kuat. Moga kamu setiap malam berjumpa dan dibelai Bonda Zainab r.a dan Khadijah r.a..atau sahaja Fatimah r.a. – lucid dreaming. Saya du’akan.

No comments: