Salam Pembaca yang dimuliakan, moga Anda berada di bawah Limbungan Rahmah-Nya.
Saya sangat-sangat marah hari ini, bangun pagi saja sudah dikejutkan dengan berita yang membuatkan darah saya mendidih-didih, menyala-nyala api kemarahan saya. Saya tahu larangan Rasulullah SAW itu:
“Sesungguhnya marah itu bara api yang dapat membakar lambung anak Adam. Ingatlah bahwa sebaik-baik orang adalah orang yang melambatkan (menahan) amarah dan mempercepat keridhaan dan sejelek-jelek orang adalah orang yang mempercepat amarah dan melambatkan ridha” (HR. Ahmad dari Abu Sa’id al-Khudriy).
Saya juga tahu larangan dari Sang Pengasih itu:
“Dan bersegeralah menuju ampunan Allah yang memiliki surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang dijanjikan untuk orang-orang yang bertakwa, yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun di waktu sempit. Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan”. (Ali-Imran : 133-134)
Tapi! Saya sangat-sangat marah! Saya sangat marah dengan tindakan kerajaan MALAYSIA yang mengamalkan dasar Islam Hadhari ini, yang menaikkan harga petrol sebanyak 40.6%, dan diesel 58.2%. Tangan saya menggeletar-geletar semasa menulis entri ini.
Sepanjang perjalanan kaki ke sekolah, hati saya menggelegak, badan saya menggeletar dan muka saya memerah. Atas apa jua alasan untuk menaikkan harga bahan asas ini, tidak logik. Saya tidak mahu menulis panjang lebar dari segi ekonomi, cukup lah saya beri satu analogi ini.
Mahu tahu kenapa harga beras meningkat? Banyak faktor-faktor nya, antaranya permintaan semakin mendadak naik (read – manusia makan melebihi kadar). Tetapi antara hidden factor ialah Kerajaan Thailand(dimana Negara ini adalah pengeluar beras terbesar didunia) dan Kerajaan India telah mengharamkan export beras ke Negara-negara lain. Tindakan ini diikuti oleh kerajaan lain seperti China,Egypt,Vietnam dan Cambodia. Kenapa mereka mengharamkan penjualan beras kepada Negara-negara lain? Kerana beras sendiri tak cukup untuk rakyat mereka, toksah nak ngada2 jual kat Negara lain. Pada pelajar yang pernah mengambil subjek ekonomi, situasi ini sangat senang untuk difahami. Apabila beras kurang (less supply), harga akan naik (price will increase).
Setengah-setengah manusia berpendapat elok lah jual petroleum kat Negara luar, sebab petroleum kita high quality, so kita dapat untung juta-juta…owhh silap…berbilion-bilion, nanti duit itu boleh guna untuk menda lain…owh…aper ya Negara buat dengan duit itu? (nada kasar sedikit perenggan ini)
Ikut lah contoh cerita beras tadi.
Saya mahu bertaruh dengan sepenuh jiwa rasa saya, seluruh diri saya, dan seluruh harta saya, bahawa kadar jenayah akan naik. Tidak perlu kajian ilmiah mengapa kadar jenayah (crime rates) sangat tinggi di Negara kita, kerana semua orang maklum, kemiskinan dan kefakiran akan menyebabkan kekufuran (feel free to interpret this quote).
Dimana economists lain? Mati agaknya. Mati jiwa dan roh nya. Harga diri dan kemanusian nya.
Tetapi, semasa berjalan pulang ke kolej, tiba-tiba saya berjumpa rakan baru, bunga pink, light pink. Owhhhh, sangat-sangat cantik! Dan saya jua bertemu bunga biru, bunga ungu, bunga putih, dan bunga kuning. Dan saya mengerti, jangan bersedih Nur, jangan Marah, kerana saya masih mempunyai kekuatan paling utuh di jagat raya, iaitu du’a. Saya punya Tuhan yang bersifat Al-Hasiib - Yang Memiliki Mutlak sifat, Maha Membuat Perhitungan. Saya tahu, seluruh zarah-zarah, atom-atom, seluruh makhluk di langit dan di bumi (kenal kah anda pada mereka?) ini akan turut mengaminkan du’a orang-orang yang teraniaya.
Termasuk lah rakan baru saya itu!
No comments:
Post a Comment