Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan,
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu,
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya.
Wahai pejalan,
biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang dan datanglah lagi.
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terpuruk ke dalam jurang, ingatlah kepadaKu, kerana Akulah jalan itu.” - Rumi
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan,
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu,
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya.
Wahai pejalan,
biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang dan datanglah lagi.
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terpuruk ke dalam jurang, ingatlah kepadaKu, kerana Akulah jalan itu.” - Rumi
Saya terbaca entah dimana - saat kita paling memerlukan Allah swt adalah disaat kita membuat dosa.
Dosa saya menjulang tinggi. Disaat saya merasakan saya tiada dosa - disaat itulah saya paling berdosa.
Kerana dosa pertama dilakukan oleh makhluk bernama Iblis - yang dengan bongkak dan angkuhnya, dengan penuh egoisnya - merasakan dirinya suci dan lebih baik dari Adam.
Run towards forgiveness from Your Lord - rasa-rasa ayat quran yang mana?
*wink*
Must dash!
Love, as always.
2 comments:
Yes--
bersangka baiklah dengan Allah :)
“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”-
Hadith Qudsi
2 surah yang mempunyai terjemahan yang hampir sama:
1- Surah Al-Imran - 133
2- Al Hadid - 21
*wink*
Huda,
Apa khabar 3 hari itu? Saya sudah ada ujian pertama, masyaAllah, doakan saya berjaya melepasinya.
:)
Yep, Surah Ali Imran, dalam Nouman Ali Khan Khutbah jumaat.
Post a Comment