Salams,
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, wa'ala 'Aali Saidina Muhamad.
Bismillah hir-Rahman nir-Rahim,
1
Habib 'Ali al-Jufri. Ini adalah salah seorang manusia yang saya kepingin mahu temui. Saya bercadang mahu ke UIA pada hari Sabtu, sebelum ke Majlis Manhaj Nabawi pada hari Ahadnya, untuk melihatnya, mendengar butir-butir hikmahnya, mahu bersama-sama mereka di dalam majlis zikir, yang sama taraf dengan taman-taman syurga. Tetapi malangnya, saya ngga diizinkan-Nya.
Dan di dalam Majlis Manhaj Nabawi, walaupun di dalam gambar beliau ada di dalam brochure, saya tidak nampak beliau semasa sessi pertama. Tetapi, masyaAllah, beliau ada di dalam sessi kedua. Ini adalah hadiah dari Allah swt. Kerana walaupun saya tidak menzahirkan (berdoa) hajat saya, Allah swt berkenan mahu memperkenankan. Alhamdulillah. Ar-Razzaq. Al-Wahhab.
Wajah beliau sungguh bersih, sungguh bercahaya-cahaya, seperti bulan purnama. Dan sewaktu speaker pertama bercerita peri pentingnya mencintai Rasulullah saw, saya melihat beliau mengesat-ngesatkan air mata di hujung selendangnya.
Dan saya berdoa sesungguh hati, ya Allah, dengan berkah melihat ahlul bait Rasul-Mu ini, perkenankanlah doa ku untuk bertemu Rasulullah saw.
Doakan, ya akhir, ya ukhti, supaya doa saya terus diangkat ke langit.
2
Salah satu cita-cita saya lagi adalah mahu menatap Guru Mulia al-Habib 'Umar bin Muhamad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abi Bakar bin Salim. Berikut adalah karangan al-Fansuri mengenai Guru Mulia yang menceritakan kehebatan Imam al-Ghazali. Ya akhi, ya ukhti, ya sahabat-sahabat yang dimuliakan, doakan saya diizinkan Allah swt untuk membaca kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali. Ya, study ekonomi boleh buat, masakan study agama ngga mahu, lempang sahaja saya ini.
رحمه الله تعالىرحمه الله تعالىرحمه الله تعالى
رحمه الله تعالىرحمه الله تعالىصلى الله عليه وآله وسلمصلى الله عليه وآله وسلمرحمه الله تعالىصلى الله عليه وآله وسلمعليهما السلام
Nabi Musa عليه السلام telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:Wahai Muhammad, kamu bersabda bahawa:
عُلَمَاءُ أُمَّتِي كَأَنْبِيَاءِ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Ertinya: Para ulama di kalangan umatku seumpama para Nabi Bani Israel.
Maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Na’am (iya, benar).
Nabi Musa عليه السلام telah berkata kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم: Bolehkah kamu tunjukkan seorang ulama dari umatmu yang menyerupai (atau seumpama) Nabi kami dari kalangan Bani Israel?
Maka صلى الله عليه وآله وسلم menoleh kepada semua yang hadir disekeliling Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan bertanya: Dimanakah orang yang bernama Abu Haamid al-Ghazali?
Lalu Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى bangun lalu duduk di hadapan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.
Lalu Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى bangun lalu duduk di hadapan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.
Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم berkata kepada Nabi Musa عليه السلام:Ini adalah salah seorang daripada ulama umat aku.
Nabi Musa عليه السلام bertanya kepada Imam al-Ghazali: Siapakah namamu wahai imam?
Imam Ghazali رحمه الله تعالى menjawab: Saya Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali.
Maka Nabi Musa عليه السلام berkata kepada Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى:Aku bertanya kepadamu nama mu sahaja, tetapi kamu menjawab namamu, nama ayahmu, nama datukmu dan nama qabilah yang kamu berasal (yakni nisbahnya iaitu al-Ghazali). Apakah jawapan kamu ini merupakan bagian dari jawapan yang beradab?
Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى berkata kepada Rasullullah صلى الله عليه وآله وسلم:Wahai Rasullullah صلى الله عليه وآله وسلم adakah aku diam sebagai tanda aku beradab kepadamu atau apakah perlu aku menjawab soalan Nabi Musa عليه السلام.
Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda kepada Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى:Bahkan, jawablah.
Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى pun menjawab dengan berkata kepada Nabi Musa عليه السلام: Dan engkau, tatkala Allah berfirman, bertanya kepadamu:
وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَـمُوسَى
“Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?(Surah Thaahaa:17).
Dan Nabi Musa عليه السلام menjawab:
قَالَ هِىَ عَصَاىَ أَتَوَكَّؤُا۟ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَى غَنَمِى وَلِىَ فِيهَا مَـَٔارِبُ أُخْرَى
“Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu” (Surah Thaahaa:18).
Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى berkata: Hakikatnya Allah Ta’ala bertanya kepadamu (wahai Nabi Musa عليه السلام), apa yang ada ditangan kananmu? Itu sahaja soalannya. Dan engkau menjawab lebih dari apa yang ditanya sedangkan Allah mengetahui apa yang kamu perlukan atau manfaatkan dengan tongkat itu.
Nabi Musa عليه السلام menoleh kepada Nabi Muhammad . صلى الله عليه وآله وسلمdan berkata: Benarlah kata-katamu wahai Muhammad, ulama dari kalangan umatmu menyerupai (seumpama) para Nabi dari kalangan kami (Bani Israel).
Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bertanya kepada Nabi Musa dan Nabi ‘Isaعليهما السلام: Apakah dari kalangan umat kamu berdua seseorang ulama yang seperti ini (yakni seperti Imam al-Ghazali)?
Nabi Musa dan Nabi ‘Isa عليهما السلام menjawab: Tidak ada.
1 comment:
Alhamdulillah Allah perkenan doa kami bertemu Habib Umar, Mawaddah sememangnya istimewa.
Post a Comment