Salams,
Saya benar-benar tahu, bahawa menulis bukan sekadar menulis, menghamburkan segalanya di dada. Ada yang perlu disimpan, ada yang perlu ditulis - dengan bahasa halusnya.
Percayalah, kalau anda menulis tanpa hati, tulisan anda tidak akan sekali-kali menyentuh hati.
Beribu-ribu blogs yang dengan beraninya menceritakan segala-galanya, tanpa mengedit bahawa sesuaikan untuk dibaca dan diteladani. Beribu-ribu blogs akan menjadi saksi di akhirat kelak - ya, kami ditulis berdasarkan nafsu.
Benar, saya jua pernah menulis melulu. Berbekalkan keyakinan bahawa menulis itu perlu untuk memberi peringatan. Tetapi saya tipu, saya yang memerlukan peringatan. Saya. Saya. Meluahkan segala-galanya, cinta, rindu, dendam, ego, marah. Semuanya nafsu, yang berwajah jelek sekali.
Mahu tunggu nafsu saya berubah menjadi perempuan indahkan baru saya menulis kembali?
Tepuk dada, tanya iman.
Yang penting, saya perlu menumpaskan ego saya, dan nafsu jahat saya, supaya pabila saya menulis dengan hati yang putih seputih salju, saya berharap sepenuhnya setiap patah perkataan, bilah-bilah kata, akan menjadi saksi membantu saya kelak di Mahkamah Akhirat.
Dan anda, tanyalah diri anda, adakah setiap patah yang anda coretkan di blog anda, adalah kerana Allah swt? Atau - sahaja-sahaja?
Kerana hidup kita ni, sahabat sekalian, adalah kerana-Nya, hanya kerana-Nya, seperti yang kita janji dalam Doa Iftitah - Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Just check verse 162 Al'An'am. Google lah.
8 comments:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
-Al An'aam -162
Link:
http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/WebQuranBannerMalay?OpenFrameSet
Haish.. jangan takut menulis ;) kadang2 'kesilapan kecil' buat kita belajar dan jadi lebih dewasa sekurang-kurangnya 'bermeditasi' tentang 'kebodohan tulisan lampau' dan terkeluarlah perkataan in denial.. Can't believe I wrote this.. this is not me!hhahahaha
Saya percaya orang akan bertransformasi dalam menulis.. manusia ni kan dinamik... menulis melatih minda berfikir.. bukan kah? Jangan takutkan diri dengan hukum, asalkan jangan tulis berita fitnah dan melakukan perbuatan yang jelas haram sudah..
Benar,
Tapi niat tu mesti berpaksikan Allah swt. Tak boleh saja2. Semoga niat kita , untuk setiap masa , dan nafas, dan segala2nya, adalah untuk-Nya
:)
Will be in KL on Monday. Any plan? Let me know.
In one Khutbah
which he (Saidina Abu Bakar ra) delivered he began as follows
56
(see appendix 1 for the full Khutbah),
‘’Verily, Allah does not accept deeds except those which were performed for the sake of His Face
only. Therefore, seek Allah’s Face by your actions. Know that whatever action you do with
sincerity to Allah is an act of obedience that you performed, a good share that you earned, a duty
that you fulfilled, and a reserve that you keep from perishable days to everlasting days. At that
time you will be most in need and in anticipation (for these good deeds).’
ihihihih, just a reminder for myself mostly..
Insha'Allah,
Couldn't agree more.
Good deeds- mempunyai pengertian yang luas...
to be specific in this context - writing in blogs, kadang2 kita tulis dngan intention yang baik, untuk berkongsi maklumat etc cuma caranya tidak sesuai@ 'kurang manis' - spt meluahkan perasaan, emotional, mengkritik sesuka hati- well, u know.. passive aggressive, ..(talking about myself o_O)
Intention yang baik, tapi cara tak betul menunjukkan kita ni jahil kan.. huhhu.. so semoga Allah mengampuni kita asbab kejahilan itu ..
Reflecting to kata Saidina Abu Bakar .. walaupun dalam pekerjaan harian (actions) spt makan, minum, tidur boleh dikira ibadah or good deeds contohnya jika kita lakukan dengan niat supaya kita dapat memelihara tubuh oleh itu dapatlah kita beribadah dengan sempurna, will be rewarded- kerana Allah, Insha'Allah. (my personal interpretation - Allahuaklam)
So, Mari kita sentiasa check niat and 'action' kita kan.. ;).
Indeed, action without intention is (worthless) toil, while intention without sincerity is showing off, and sincerity without precision is (like floating) dust.
بسم الله الرحمن الرحيم
And those who strive for Us - We will surely guide them to Our ways. And indeed, Allah is with the doers of good. — Qur’an, 29:69.
InsyaAllah, Allah will surely, SURELY guide us. Owh Allah, please dont let us depend on ourselves, even for a blink of an eye, or less than that.
P/s: monday? cuti ka?
- jom ziarah arnab saya nak? a.k.a - meh datang rumah! woha!
InsyaAllah,
Was thinking of seeing ustaz? Refueling my weaaaaaaaaaaaaak iman
Saya lebih nak ziarah bunga2 dan pokok2 awak! Hahahaha, haiwan2 ni saya takut sedikit :)
Post a Comment