Thursday, 31 May 2012

ABAH 1/6/2012 00:38

 

 

Tulisan saya:

Sudah ke taman tulip kah di Holland?Di Keukenhof? Saya sehingga hari ini menyesal kerana tidak sempat membawa Emak dan arwah Abah ke sana. Abah,  yang sangat mencintai taman dan park. Abah, yang sangat saya cintai itu. Sehingga sekarang saya masih belum mampu mahu menziarahi Abah di kubur, walaupun  saya pulang ke Teluk Intan hampir setiap minggu sejak kebelakangan ini. Serasa saya Abah masih di rumah. Masih disisi saya. Saya jua tidak akan mampu untuk menceritakan derita ini pada sesiapa, kerana hampir pasti setiap dari mereka cuma menyabarkan saya, atau mahu menyentak saya dari segala kepedihan ilusi ini. Ah, maaf, mengarut pula saya. 

 

Balasan seorang rakan:

Tentang ayah akak, kelu lidah saya. Tentulah saya tidak menghadapi ujian sebesar sehebat itu seperti yang akak hadapi. Taka dapat saya membayangkan lukanya, sakitnya. Cuma saya mendoakan agar kalian nanti dipertemukan dalam pertemuan yang manis, yang berkah, dengan saling tersenyum. Moga terlerai dari segala rindu dalam detik yang tak terukur itu.

Wahai manusia! sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya

Maka adapun orang-orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya,
maka dia akan diperiksa dengan mudah,
dan dia akan kembali kepada keluarganya dengan gembira.'

( Al Insyiqaq, 7-9)

Mudah-mudahan kak.

 

1/6/2012 00:38

Tepat setahun Abah meninggal dunia. Waktu itu, Abah di kelilingi seluruh kaum keluarga kecuali Amin yang berada di Behrang. Adik yang sangat saya cintai itu. Mencium pipi abah kali terakhir di hospital. Merenung jenazah Abah. Ajit duduk di sebelah katil, membuka al-quran kecilnya dan membaca ayat-ayat Allah swt. Sesekali saya nampak Ajit membuka cermin matanya dan mengelap matanya. Bonda dan seluruh kaum keluarga sudah berada di dalam kereta di laman hospital, menunggu saya mahu ke Teluk Intan. Cuma tinggal saya dan Ajit di wad ICU. Dan saya jatuh terjelepuk melihat kereta sorong mayat masuk ke dalam ward, mahu mengambil jenazah Abah.

Al-Fatihah. Haji Marwan bin Saliman bin Parjo.

I’ll meet you soon, Abah. InsyaAllah.

Oh, mahu tahu tentang mimpi saya mengenai Abah sewaktu saya di Haramain?

Sudah saya katakan, saya ngga pernah bermimpi tentang Abah sebelum itu.

Yang pertama, saya mencari-cari Abah di lautan manusia. Abah, Abah, teriak saya, menoleh ke kanan ke kiri. Dan rupanya Abah berdiri di tepi taman, menoleh ke kanan kiri jua, seperti mencari saya, menunggu saya. Saya melambai ke arahnya, dan meluru laju menghampiri Abah. Dan Abah memeluk saya, erat. Menangis tersedu-sedu saya. Sampai sekarang saya masih merasakan pelukannya. Kemudiannya, tanpa sepatah kata, Abah berlalu, ke arah kanan saya, meninggalkan saya. Meraung-raung saya, meminta Abah menunggu saya, supaya jangan meninggalkan saya. Abah, tunggu Bah.

Dan kemudian saya terjaga, masih tersisa kehangatan pelukan terakhir Abah. Masih ada sisa air mata.

Keduanya, saya dan Abah sedang berpakaian ihram, menunggu bas ke Arafah. Tapi kami di rumah Teluk Intan. Pelik. Tidak saya ingat perbualan apa – yang paling saya ingat adalah pesanannya – bersabarlah mahu ke Arafah ini. Jangan marah-marah, jangan merungut-rungut.

Ketiganya, saya melihat diri saya dan Abah menunggu bas mahu ke Mina, kami di Muzdalifah. MasyaAllah. Abah berpakaian lengkap ihram, dengan menutup seluruh tubuhnya, kerana cuaca di Muzdalifah agak dingin. Saya? Saya duduk disebelah Abah, tetapi saya tidak tahu apa saya buat, sebab saya (yang bermimpi ini), takkan le nak pandang saya yang sedang duduk itu bukan? Saya memandang Abah, terperanjat lagi dengan mimpi ini.

Keempatnya – saya tidak boleh cerita.

Apa Abah sedang buat ya? Saya terbaca, mayat either di seksa, atau pun sedang berzikir.

Abah sudah berjumpa Rasulullah saw itu kah? Abah sudah tahu rahsia bintang-bintang itu kah?

Abah.

Abah, semoga Abah dijauhkan dari seksa kubur, dipindahkan ke taman-taman syurga. Semoga Abah dijauhkan dari panas dan seksa padang mahsyar. Semoga amalan-amalan baik Abah tidak terhapus. Dan semoga Abah dapat melintas sirotal mustaqim sepantas kilat. Dan semoga Abah masuk syurga tanpa dihisab.

Ameen.

Wednesday, 30 May 2012

ULANG TAHUN

Salams,


Esok hari ulang tahun.

It has been a year already. And I haven't change at all. Vow to be a better lady, yet it's tremendously difficult.

I miss him. Damn much.

Sunday, 6 May 2012

YANG DIMULIAKAN

Salams,

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, wa'ala 'Aali Saidina Muhamad.

Bismillah hir-Rahman nir-Rahim,



1
Habib 'Ali al-Jufri. Ini adalah salah seorang manusia yang saya kepingin mahu temui. Saya bercadang mahu ke UIA pada hari Sabtu, sebelum ke Majlis Manhaj Nabawi pada hari Ahadnya, untuk melihatnya, mendengar butir-butir hikmahnya, mahu bersama-sama mereka di dalam majlis zikir, yang sama taraf dengan taman-taman syurga. Tetapi malangnya, saya ngga diizinkan-Nya.

Dan di dalam Majlis Manhaj Nabawi, walaupun di dalam gambar beliau ada di dalam brochure, saya tidak nampak beliau semasa sessi pertama. Tetapi, masyaAllah, beliau ada di dalam sessi kedua. Ini adalah hadiah dari Allah swt. Kerana walaupun saya tidak menzahirkan (berdoa) hajat saya, Allah swt berkenan mahu memperkenankan. Alhamdulillah. Ar-Razzaq. Al-Wahhab.

Wajah beliau sungguh bersih, sungguh bercahaya-cahaya, seperti bulan purnama. Dan sewaktu speaker pertama bercerita peri pentingnya mencintai Rasulullah saw, saya melihat beliau mengesat-ngesatkan air mata di hujung selendangnya.

Dan saya berdoa sesungguh hati, ya Allah, dengan berkah melihat ahlul bait Rasul-Mu ini, perkenankanlah doa ku untuk bertemu Rasulullah saw.

Doakan, ya akhir, ya ukhti, supaya doa saya terus diangkat ke langit.



2

Salah satu cita-cita saya lagi adalah mahu menatap Guru Mulia al-Habib 'Umar bin Muhamad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abi Bakar bin Salim. Berikut adalah karangan al-Fansuri mengenai Guru Mulia yang menceritakan kehebatan Imam al-Ghazali. Ya akhi, ya ukhti, ya sahabat-sahabat yang dimuliakan, doakan saya diizinkan Allah swt untuk membaca kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali. Ya, study ekonomi boleh buat, masakan study agama ngga mahu, lempang sahaja saya ini.


Guru Mulia al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abi Bakar bin Salim حفظه الله تعالى, sewaktu kuliah shubuh (19 April 2012) di Masjid Bandar Baru Uda, beliau, Guru Mulia membaca kitab Qabas al-Nur al-Mubin min Ihya ‘Ulum ad-Diin. Beliau berkata bahwa Imam al-Ghazali رحمه الله تعالىsatu-satunya ulama yang digelar dengan gelaran Hujjatul Islam. Kemudian beliau menceritakan mengenai mimpi al-Imam Abu Hasan asy-Syadhuli رحمه الله تعالى mengenai Imam al-Ghazali رحمه الله تعالىKisahnya lebihkurang begini:

Bahawa al-Imam Abul Hasan asy-Syadhuli رحمه الله تعالى pernah bermimpi dengan yang mulia dan agung mengenai kedudukan atau ketinggian Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى. Beliau bermimpi  bahwasanya beliau berada di dalam majlis di Baitul Maqdis. Dimana di dalam majlis itu berada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sedang duduk dan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم di kelilingi oleh para Nabi-nabi dan Rasul-rasul (juga dikelilingi oleh para imam-imam besar). Dan aku (al-Imam Abul Hasan asy-Syadhuli رحمه الله تعالى) melihat disamping Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, Nabi Musa dan Nabi ‘Isa عليهما السلام 

Nabi Musa عليه السلام telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:Wahai Muhammad, kamu bersabda bahawa:
عُلَمَاءُ أُمَّتِي كَأَنْبِيَاءِ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Ertinya: Para ulama di kalangan umatku seumpama para Nabi Bani Israel.

Maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Na’am (iya, benar).
Nabi Musa عليه السلام telah berkata kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلمBolehkah kamu tunjukkan seorang ulama dari umatmu yang menyerupai (atau seumpama) Nabi kami dari kalangan Bani Israel?
Maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menoleh  kepada semua yang hadir disekeliling Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan bertanya: Dimanakah orang yang bernama Abu Haamid al-Ghazali? 

Lalu Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى bangun lalu duduk di hadapan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.
Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم berkata kepada Nabi Musa عليه السلام:Ini adalah salah seorang daripada ulama umat aku.
Nabi Musa عليه السلام bertanya kepada Imam al-Ghazali: Siapakah namamu wahai imam?
Imam Ghazali رحمه الله تعالى menjawab: Saya Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali.

Maka Nabi Musa عليه السلام berkata kepada Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى:Aku bertanya kepadamu nama mu sahaja,  tetapi kamu menjawab namamu, nama ayahmu, nama datukmu dan nama qabilah yang kamu berasal (yakni nisbahnya iaitu al-Ghazali)Apakah jawapan kamu ini merupakan bagian dari jawapan yang beradab?
Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى berkata kepada Rasullullah صلى الله عليه وآله وسلم:Wahai Rasullullah صلى الله عليه وآله وسلم adakah aku diam sebagai tanda aku beradab kepadamu atau apakah perlu aku menjawab soalan Nabi Musa عليه السلام.
Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda kepada Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى:Bahkan, jawablah. 
Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى pun menjawab dengan berkata kepada Nabi Musa عليه السلامDan engkau, tatkala Allah berfirman, bertanya kepadamu:
وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَـمُوسَى
“Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?(Surah Thaahaa:17).
Dan Nabi Musa عليه السلام menjawab:
قَالَ هِىَ عَصَاىَ أَتَوَكَّؤُا۟ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَى غَنَمِى وَلِىَ فِيهَا مَـَٔارِ‌بُ أُخْرَ‌ى
“Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu” (Surah Thaahaa:18).
Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى berkata: Hakikatnya Allah Ta’ala bertanya kepadamu (wahai Nabi Musa عليه السلام), apa yang ada ditangan kananmu? Itu sahaja soalannya. Dan engkau menjawab lebih dari apa yang ditanya sedangkan Allah mengetahui apa yang kamu perlukan atau manfaatkan dengan tongkat itu.
Nabi Musa عليه السلام menoleh kepada Nabi Muhammad . صلى الله عليه وآله وسلمdan berkata: Benarlah kata-katamu wahai Muhammad, ulama dari kalangan umatmu menyerupai (seumpama) para Nabi dari kalangan kami (Bani Israel).
Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bertanya kepada Nabi Musa dan Nabi ‘Isaعليهما السلامApakah dari kalangan umat kamu berdua seseorang ulama yang seperti ini (yakni seperti Imam al-Ghazali)? 
Nabi Musa dan Nabi ‘Isa عليهما السلام menjawab: Tidak ada. 

Friday, 4 May 2012

KERING, MUNAFIK, TANPA KEYAKINAN

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan,
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu,

Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya.

Wahai pejalan,
biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang dan datanglah lagi.

Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terpuruk ke dalam jurang, ingatlah kepadaKu, kerana Akulah jalan itu.” - Rumi


Saya terbaca entah dimana - saat kita paling memerlukan Allah swt adalah disaat kita membuat dosa.


Dosa saya menjulang tinggi. Disaat saya merasakan saya tiada dosa - disaat itulah saya paling berdosa.


Kerana dosa pertama dilakukan oleh makhluk bernama Iblis - yang dengan bongkak dan angkuhnya, dengan penuh egoisnya - merasakan dirinya suci dan lebih baik dari Adam.


Run towards forgiveness from Your Lord - rasa-rasa ayat quran yang mana?

*wink*

Must dash! 
Love, as always.