Thursday, 31 May 2012

ABAH 1/6/2012 00:38

 

 

Tulisan saya:

Sudah ke taman tulip kah di Holland?Di Keukenhof? Saya sehingga hari ini menyesal kerana tidak sempat membawa Emak dan arwah Abah ke sana. Abah,  yang sangat mencintai taman dan park. Abah, yang sangat saya cintai itu. Sehingga sekarang saya masih belum mampu mahu menziarahi Abah di kubur, walaupun  saya pulang ke Teluk Intan hampir setiap minggu sejak kebelakangan ini. Serasa saya Abah masih di rumah. Masih disisi saya. Saya jua tidak akan mampu untuk menceritakan derita ini pada sesiapa, kerana hampir pasti setiap dari mereka cuma menyabarkan saya, atau mahu menyentak saya dari segala kepedihan ilusi ini. Ah, maaf, mengarut pula saya. 

 

Balasan seorang rakan:

Tentang ayah akak, kelu lidah saya. Tentulah saya tidak menghadapi ujian sebesar sehebat itu seperti yang akak hadapi. Taka dapat saya membayangkan lukanya, sakitnya. Cuma saya mendoakan agar kalian nanti dipertemukan dalam pertemuan yang manis, yang berkah, dengan saling tersenyum. Moga terlerai dari segala rindu dalam detik yang tak terukur itu.

Wahai manusia! sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya

Maka adapun orang-orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya,
maka dia akan diperiksa dengan mudah,
dan dia akan kembali kepada keluarganya dengan gembira.'

( Al Insyiqaq, 7-9)

Mudah-mudahan kak.

 

1/6/2012 00:38

Tepat setahun Abah meninggal dunia. Waktu itu, Abah di kelilingi seluruh kaum keluarga kecuali Amin yang berada di Behrang. Adik yang sangat saya cintai itu. Mencium pipi abah kali terakhir di hospital. Merenung jenazah Abah. Ajit duduk di sebelah katil, membuka al-quran kecilnya dan membaca ayat-ayat Allah swt. Sesekali saya nampak Ajit membuka cermin matanya dan mengelap matanya. Bonda dan seluruh kaum keluarga sudah berada di dalam kereta di laman hospital, menunggu saya mahu ke Teluk Intan. Cuma tinggal saya dan Ajit di wad ICU. Dan saya jatuh terjelepuk melihat kereta sorong mayat masuk ke dalam ward, mahu mengambil jenazah Abah.

Al-Fatihah. Haji Marwan bin Saliman bin Parjo.

I’ll meet you soon, Abah. InsyaAllah.

Oh, mahu tahu tentang mimpi saya mengenai Abah sewaktu saya di Haramain?

Sudah saya katakan, saya ngga pernah bermimpi tentang Abah sebelum itu.

Yang pertama, saya mencari-cari Abah di lautan manusia. Abah, Abah, teriak saya, menoleh ke kanan ke kiri. Dan rupanya Abah berdiri di tepi taman, menoleh ke kanan kiri jua, seperti mencari saya, menunggu saya. Saya melambai ke arahnya, dan meluru laju menghampiri Abah. Dan Abah memeluk saya, erat. Menangis tersedu-sedu saya. Sampai sekarang saya masih merasakan pelukannya. Kemudiannya, tanpa sepatah kata, Abah berlalu, ke arah kanan saya, meninggalkan saya. Meraung-raung saya, meminta Abah menunggu saya, supaya jangan meninggalkan saya. Abah, tunggu Bah.

Dan kemudian saya terjaga, masih tersisa kehangatan pelukan terakhir Abah. Masih ada sisa air mata.

Keduanya, saya dan Abah sedang berpakaian ihram, menunggu bas ke Arafah. Tapi kami di rumah Teluk Intan. Pelik. Tidak saya ingat perbualan apa – yang paling saya ingat adalah pesanannya – bersabarlah mahu ke Arafah ini. Jangan marah-marah, jangan merungut-rungut.

Ketiganya, saya melihat diri saya dan Abah menunggu bas mahu ke Mina, kami di Muzdalifah. MasyaAllah. Abah berpakaian lengkap ihram, dengan menutup seluruh tubuhnya, kerana cuaca di Muzdalifah agak dingin. Saya? Saya duduk disebelah Abah, tetapi saya tidak tahu apa saya buat, sebab saya (yang bermimpi ini), takkan le nak pandang saya yang sedang duduk itu bukan? Saya memandang Abah, terperanjat lagi dengan mimpi ini.

Keempatnya – saya tidak boleh cerita.

Apa Abah sedang buat ya? Saya terbaca, mayat either di seksa, atau pun sedang berzikir.

Abah sudah berjumpa Rasulullah saw itu kah? Abah sudah tahu rahsia bintang-bintang itu kah?

Abah.

Abah, semoga Abah dijauhkan dari seksa kubur, dipindahkan ke taman-taman syurga. Semoga Abah dijauhkan dari panas dan seksa padang mahsyar. Semoga amalan-amalan baik Abah tidak terhapus. Dan semoga Abah dapat melintas sirotal mustaqim sepantas kilat. Dan semoga Abah masuk syurga tanpa dihisab.

Ameen.

4 comments:

kembara insan mencari Tuhan said...

Assalamualaikum Kak Fakhzan yang sentiasa di ingati dan dikasihi...Moga kak Fakhzan dan keluarga sihat, dan sentiasa di dalam pelihara, rahmat, redha serta maghfirah Allah SWT....ameen...

sama-sama kita berdoa, moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham Haji Marwan bin Saliman, moga Allah tempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh disisiNya...Moga Allah ampunkan segala silap dan salahnya, moga Allah terima segala amal baiknya, moga Allah jauhkan fitnah kubur darinya, moga Allah luaskan kuburnya, moga Allah terangkan kuburnya, moga Allah beri kebahagiaan serta ketenangan pada arwah di alam sana...Moga Allah jadikan kuburnya seluas-luas Taman-taman Syurga Allah...ameen ameen ameen Ya Allah...AL-FATIHAH buat arwah...

Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita semua akan dikembalikan...masa kita semua juga akan tiba, akan menyusul...insyaAllah, moga Allah temukan kita dengan orang-orang yang kita sayang di alam sana nanti...ameen

Jaga diri baik2 ye kak Fakhzan...Miss you sis!

Ibu dengan ayah along kirim salam pada sis...sometimes ayah dan ibu tanya: "tak contact dengan kak fakhzan kah?" dan terus along teringat moment2 kita waktu di Durham!! especially Elvet river itu!! :-) how i miss Durham!!

Kirim salam to ur family ye sis..


With LOVE:
-Along-

tumpangteduh said...

salam,kak(?) *first time komen

semoga arwah abah akk ditempatkan dalam kalangan ahli syurga.sy,selalu terfikir,macam mana kalaulah sy di tempat akk,takut tak boleh tahan rasa rindu.

:')

tapi,mereka pun milik Tuhan kan.sayang yang dipinjam,mesti dipulang.sy lah kena bersedia.

huda said...

Salam

Lagu ni untuk awak.. ceewahh..

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=sXN7PjP08To

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around
But I'm so grateful for every moment I spent with you
'Cause I know life won't last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on 'cause I know it's been too long
I've got to stop the tears, keep my faith and be strong
I'll try to take it all, even though it's so hard

I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I'm so thankful for every memory I shared with you
'Cause I know this life is not forever

Sumber Rujukan: http://liriklagu-my.blogspot.com/2012/06/lirik-lagu-so-soon-maher-zain.html#ixzz1wqFvr0S1

soliloquy said...

semoga Dia yang di langit merahmati dia yang sedang berehat di taman syurganya.
semoga Dia yang punya kerajaan langit dan bumi tu memberi kekuatan dan ketenangan pada hati yang masih bernafas juga