Sunday, 11 December 2011

KISAH HAJI - PARAS RUPA

Salams,

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allahumma Solli A'ala Saidina Muhamad, wa'ala 'Aali Saidina Muhamad.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan, semoga kalian tetap teguh dengan kalimah LailahaillAllah.

Saya perlu update sekerap mungkin, kerana bisa jua setelah saya terjebak dengan alam pekerjaan, saya tidak bisa lagi mengakses internet sesuka hati. Ya, alam pekerjaan yang insyaALlah akan menjadi modal dan pelaburan untuk saham akhirat saya itu. Walaupun saya lebih suka lagi alam belajar, well, alam bekerja jua pasti punya sesuatu yang manis.

Semoga tulisan saya kali ini bisa mendekatkan diri saya terutamanya, dan pembaca-pembaca yang dihormati sekalian ke hadrat Ilahi.

Kali ini saya ingin membicarakan mengenai paras rupa. Sepanjang saya disana, saya akan pasti diteka berasal dari

Pakistan/ India.

Cuma para pekedai sahaja yang dapat meneka saya dari Malaysia. MasyaAllah.

Saya akui saya mudah gelap. Berjemur selama 20 minutes sahaja sudah pasti membakar kulit saya. Apatah lagi 43 hari di Haramain. Gelap sekali saya semasa berada disana. Sehingga pulang ke rumah, adik bertanya - kenapa kakak gelap sangat? Ini pun sudah cerah sedikit akibat berkurung di hotel di Madinah.

Aduhai.

Pasti berkecil hati Abah, putrinya yang seorang ini disangka datang dari pelosok sana. Ah, ingin saya tulis sekali lagi, Abah saya sebenarnya jauh lebih putih dari Bonda, arwah menjadi gelap akibat ubat kimo yang dimakannya. Kadang-kadang saya bertanya - benarkah saya anak kandung mereka? Lempang sahaja saya ini kerana berfikir bukan-bukan.

Beberapa kejadian ngeri yang berlaku menjadi saksi bahawa mereka menyangka saya datang dari bumi bertuah itu.

Antaranya, semasa di toilet yang berdekatan dengan Pintu 45, seorang wanita India yang bersama-sama menunggu telah menegur saya - India? Sambil menunjuk diri saya. Saya tergelak-gelak, No, Malaysia. Fuh.

Semasa saya membeli kek di kedai jual roti dihadapan hotel, seorang perempuan dari Myanmar menegur saya - Pakistan? No, jawapku, Malaysia. Oh I thought you are from Pakistan bla bla bla, yang butirnya tidak saya ingat kerana sibuk mengira jumlah kek yang hendak dibeli. Fuh.

Semasa membeli buku di kedai buku berdekatan dengan Sofwa Tower, pengurus kedai mengatakan mustahil saya berasal dari Malaysia. Pasti nenek moyang saya berasal dari Pakistan. Tuan, dalam darah saya, setahu saya, cuma ada darah melayu Malaysia dan Indonesia.

Semasa di dalam saf menunggu waktu solat, seorang ibu muda yang berasal dari Myanmar tetapi lahir di Saudi Arabia asyik merenung saya. Ya, saya tahu dia pasti menyangka saya sebangsa dengannya. Aduhai.

Semasa saya memberi nasi ayam kepada perempuan dari Indonesia, terus ditanya 'Halal'? Ah, ibu, saya bisa berbahasa Melayu! Saya tahu beliau tidak dapat meneka saya berasal dari Malaysia, akibat dari cara pemakaian tudung saya.

Dan yang paling memilukan, semasa bermiqat di Tana'im, seorang pakcik tua dari India, menyapa saya dalam bahasanya! Pada mulanya tidak saya endahkan, kerana ya, mana saya tahu dia mahu bercakap-cakap dengan saya? Setelah beberapa tapak kedepan, baru saya perasan yang dia menyapa saya. Pakcik, ampun, ana lak afham.

Di Makkah, saat musim haji, jemaah haji dari seluruh dunia datang berkumpul. Tidak perlu ke London untuk ketemu pelbagai jenis bangsa manusia. Disini, tidak ada seorang pun berwajah serupa (mungkin ada kembar, tapi tidak saya ketemu). Disini saya mengenal mereka mengikut bendera yang kadang-kadang diletakkan di pakaian mereka. Atau meneka melalui warna kulit mereka, seperti manusia-manusia lain yang lakukan terhadap saya. Masing-masing punya warna kulit tersendiri, rupa paras tersendiri, karektar sendiri. Ada yang tampan sekali, ada yang biasa-biasa, ada yang huduh di dalam piawaian kecantikan manusia. Tapi manusia telah diciptakan dengan begitu sempurna sekali. Sesekali saya merenung keindahan wajah mereka, ada yang gelap, gelap sekali. Ada yang putih, masyaAllah, putih sekali. Ada yang mancung, ada yang pesek. Ada yang tinggi sekali, ada yang kecil sekali.

Tapi yang pastinya kami berkongsi banyak perkara. Salah satunya adalah Tuhan yang satu. Cinta pada Rumah-Nya. Ketekadbulatan untuk mengerjakan haji.

Saya tidak berkecil hati disangka Indian, atau Pakistani. Rakan saya disangka dari Turkey/Iran. Yang lagi seorang jua disangka dari India, tapi ramai jua menyangka dari Indonesia. Saya tahu putih itu menawan. Tapi, ras rupa sudah tidak penting pada saya, asalkan cukuplah kehadiran saya, meninggalkan kesan kepada sesiapa sahaja yang pernah bertemu dengan saya.

Pastinya saya harapkan kesan itu, adalah kesan yang paling baik pernah saya tinggalkan.





















10 comments:

Amri said...

Welcome back Kak Nur :)

pakurawan said...

semasa di sana pun, saya yang gelap menjadi lebih gelap.

sampaikan saya rasa ini adalah akibat dosa yang banyak.

huhu.

Nur said...

Am,

Thanks Am!

Aishah Nur Hakim said...

terhibur sekali, saya membaca kak.

:)



ayah memanggil saya 'Tam' singkatan untuk hitam. anak yang paling tidak cerah!


tentu sekali jiwamu jernih kak, insyaAllah.



suka perkataan: ketekadbulatan!


<3

Nur said...

-hazen,

Samalah, itu jua pendapat kami yang hina dina ini. Tapi saya kuatkan hati bersangka baik dengan Allah swt.

Lagipun bak kata Abang Arab Yamen penjual minyak wangi, biar muka hitam, tapi hati putih.

:)

Nur said...

Aishah,


Hahahha, syukran, harap2nya, dalam terhibur, terselit jua satu dua pengajaran dan keinsafan.

Sama seperti Ayah Aisyah, Abah akak selalu jua memanggil akak Tam dan Muk, singkatan Hitam dan Gemuk. Amboi!

Tidak Aishah, jiwa saya ini, masih banyak kekotorannya, diselimuti debu2 dosa, aduhai! Doakan saya istiqomah dalam menggapai redha-Nya.

As said...

Haha time kat MAdinah diorang asyik tanya ingatkan As ni orang Pakistan.

Oh my! :)

Nur said...

As,

Awoh? You do look like Pakistani, as well?

Wow. SubhanAllah.

Hikari-san said...

Personally saya rasa awak dah banyak seiras dengan mak awak; not very detail..,but it's there contoh gamba di atas tu, sekali imbas nampak senyuman yang sama-mother and daughter!

kata orang..
hitam2 si tampuk manggis
semakin dipandang semakin manis..

:D

Nur said...

Huda,

Ah, no no no. Mak saya putih sekali, cerah sekali, matanya sepet2 iras2 cina. Dalam banyak2 adik perempuan, icah dan codah yang paling iras sekali.

Kalau senyum, mungkin kami seiras, mungkin jua sama dengan abah, senyum senget. Muhahahha.

Wah, huda, personally, saya sudah sgt hitam, dan saya ngga mahu jadi hitam begini!

hahahahahah