Sunday, 11 December 2011

KISAH HAJI- ZIARAH DALAM

Salams,

Bismillah hirRahman nirRahiim.

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, Wa'ala A'ali Saidina Muhamad.

Sahabat-sahabat yang dikasihi, semoga kita sentiasa berada didalam perlindungan Allah swt. Dan mendapat rahmat-Nya didalam setiap apa yang kita lakukan. Saya berlindung dengan-Nya daripada sifat-sifat munafik dan riak', berbuat ingin diketahui ramai.

Kali ini saya ingin menceritakan mengenai ziarah dalam. Ziarah dalam ini bermakna kami cuma melawat kawasan sekitar masjid dengan berjalan kaki. Ziarah luar yang memerlukan kenderaan. Pada mulanya, kami bercadang mahu mengikuti ziarah dalam pada hari Isnin, tetapi terlepas kerana beberapa sebab. Bukan kami sahaja, malah, ramai jemaah haji yang terlepas ziarah ini kerana berlakunya salah faham diantara penganjur dan kami.

Syukur, ziarah dalam diadakan sekali lagi pada hari Selasa, dan Jumaat nya itu kami akan bertolak ke Arafah, insyaAllah. Kami bertekad untuk mengikuti program ini, kerana ini adalah program ziarah dalam terakhir untuk musim haji ini. Solat subuh kami tunaikan di 'surau' Hotel Taiba, kerana kalau mengikut jangkaan kami, sekiranya kami bersolat di masjid, kami akan terlepas lagi ziarah dalam ini.

Tepat 7.30 pagi, Ustaz Razak yang mengetuai program ini muncul. Rupanya, semua jemaah haji dari pelbagai hotel akan turut serta, mereka ini jua dari tabung haji travel, cuma berlainan pakej. Disebabkan pihak polis/askar Masjidil Haram tidak membenarkan penggunaan mic, ustaz terpaksa menguatkan suara sekiranya berbicara. Masuk akal sekali peraturan ini. Bayangkan sekiranya penggunaan mic dibenarkan, idok ke bising kawasan masjid kerana beratus-ratus kumpulan menjalankan ziarah dalam!

Destinasi pertama adalah tapak rumah Saidina Abu Bakar r.a, dimana sekarang KFC telah didirikan. MasyaAllah, terperanjat saya mendengarnya. Tidak saya ketahui lansung sebelum itu, sedangkan KFC adalah tempat pertemuan kami semasa menunggu rakan-rakan pulang dari solat.

Dan kemudiaannya ke tapak rumah Arqam bin Abi Al-Arqam yang sekarang adalah sebahagian dari masjid. Dan menuju ke perpustakaan yang dahulunya adalah tapak rumah Rasulullah dilahirkan.

Kemudian, ditunjukki rumah Rasulullah saw bersama Saidina Khadijah r.a yang kini dijadikan tandas wanita, berdekatan dengan bukit Marwa. MasyaAllah!!! Tidak masuk akal sekali pihak Arau Saudi ini. Kalau didirikan kedai boleh diterima lagi, tapi ini, ini, tandas perempuan! Rumah dimana anak-anak Rasulullah saw dilahirkan, rumah dimana Penghulu Wanita di Syurga, Saidina Fatimah r.a dibesarkan! Kalaulah saya boleh mencela pemerintah Arab Saudi ini, sudah lama saya lakukan secara berlebih-lebihan. Saya mengerti perasaan taksub sebahagian manusia kepada Rasulullah saw. Mungkin Kerajaan Arab Saudi merasa risau dengan keterjagaannya rumah Baginda, perbuatan bid'ah dan kurafat akan menjadi-jadi. Tetapi dengan menjadikan tapak itu sebagai tandas? Sedangkan tempat J.W.W Birch mati dibunuh di Pasir Salak sahaja kerajaan Perak jagakan, ini kan sepatutnya pula Rumah Rasulullah, Habibullah - makhluk paling agung diantara seluruh jagat raya, tidak dibatasi sempadan masa dan waktu. Allahim.

Bukit tempat Nabi Ibrahim a.s menyeru manusia supaya mengerja kan haji, telah dibina istana raja. Macamlah tiada tempat lain mahu dibina. Dibukit ini jua dengar-dengar khabarnya batu hajar aswad dijumpai oleh Jibrail, lantas menyerahkan kepada Nabi Ibrahim untuk diletakkan di sisi Ka'abah.

Semasa ustaz bercerita kepada kumpulan kami, ada sekumpulan lelaki dan wanita dari Pakistan, atau India yang sedang enak menikmati sarapan pagi mereka. Saya melemparkan senyuman kepada pakcik tersebut semasa mahu duduk. Dan beliau mempersilakan saya menjamah roti bercicahkan fresh cream itu. Dek kerana Ija telah mengajar - elok lah jamah kalau ada orang pelawa - saya cuma mencubit sedikit roti sambil mengucapkan terima kasih.

Terus sahaja beliau mengoyakkan sebahagian besar rotinya, dan memberikan kepada saya. Ya Allah, malu bukan kepalang saya kepada ahli jemaah haji yang lain. Beliau jua menuangkan teh dari flask, dan menyuruh saya minum. Puas sudah saya menolaknya, Allahim, makin ditolak, makin dipaksanya saya minum dan makan. Saya terus menunjukkan rakan-rakan yang lain, yang masih malu-malu mahu duduk disebelah saya. Apalagi, dengan pantas pakcik itu memberikan roti yang lain kepada kami! Dan dipaksanya isterinya menuangkan teh yang hangat untuk kami. Sumpah, itulah teh tersedap yang pernah kami rasai, seumur hidup kami.

Dalam malu-malu menolak pelawaan pakcik tersebut, kami mencicah roti dengan teh itu. Hahahha.

Pulang dari ziarah, kami melihat seorang pakcik tua mengais makanan burung. Itu tidak apa lagi, saya sempat melihat beliau memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya - hasil kaisannya. Hati mana yang tidak luruh? Berderau hati saya melihat pemandangan itu - Ya Tuhanku, ini tetamu-Mu. Dan lantasnya saya meminjam duit Ija untuk dibelikan kek dan air minuman. Saya lihat, sudah ada seorang lagi pakcik yang turut sama mengais mencari makanan. Allah Allah Allah.

Semasa saya memberikan mereka makanan dan minuman, pakcik pertama mengucapkan Bismillah hir-Rahman!, dan pakcik kedua bercakap dalam bahasa yang tidak difahami. Doakan kami, pakcik-pakcik yang dimuliakan, doakan kami memperolehi haji Mabrur.

Itulah sahaja harapan kami. Doakan kami. Doakan kami memperolehi haji Mabrur.

Sepanjang pulang ke hotel, hati saya menangis basah. Malu pula mahu menangis didepan rakan-rakan. Truly, I'm truly a labour economist.













10 comments:

As said...

Entah kenapa orang kat sana suka offer makanan kat Malaysia ye. Hehe. Dan jumlah nya banyak. Kita tak larat nak makan. :)

Subhanallah.

Hikari-san said...

Astaghfirullah, tak sangka tandas wanita tu bekas rumah Siti Khadijah, sedihnya.. kalo bangunan lain ok lagi kan..

Haah roti naan@roti arab memang makanan ruji orang pakistan, depa kurang makan nasi, tapi dpt cicah dengan kuah dhal ayam.. wah.. sedapnya.. yang penting keberkatan dalam makanan itu tu yang tambah sedap tu :D

isn't it good to be labour economist? berjiwa kemanusiaan.. bagus2!

Nur said...

As,

Kami jarang dapat makanan, cuma selalu dapat gula-gula dan kurma. Alhamdulillah.

:)

Nur said...

Huda,

Benar sekali. Terpempan kami mendengarnya. SUngguh kurang asam sekali Wahabi Arab Saudi ini.

InsyaALlah berkat. Dahulu saya segan mahu menjamah kalau dipelawa. Malu bukan kepalang. Tetapi selepas diajar Ija, makan sahajalah!

Terlalu bagus rasanya menjadi labour economist. Harap2nya segala policy yang dibuat berdasarkan labour a.k.a manusia punya kepentingan, bukan other parties such as capital owners, businessmen and bankers.

As said...

Dekat2 nak bukak puasa As suka pi beli makanan then bagi2 kat orang tepi jalan. Sebab depa mai Mekah duit untuk tiket je. Tempat tido nak makan semua takda. T__T

Nur said...

True, how true,

I'm going to write about this as well. That's why I'm so against the development of Kota Mekkah, as it is going to be so expensive for those who cant afford to.

And we are all know that most muslims are not rich and wealthy.

Annabuadiary said...

kak nur, baru saya tahu tandas wanita itu bekas rumah saidatina aisyah ,kerajaan arab saudi ada masalah dengan kepala mereka ke? dan kedua terkejut KFC tu juga sebab sepanjang di mekah itu juga tempat tunggu kami nak ke hotel kalau keluar masjid

Nur said...

Damia,

Benar, menyirap darah kami semasa kami ketahui. Memang kurang ajar betoi Arab Wahabi ini.

Tetapi inysaAllah, semoga kesabaran kita ini diberi pahala tanpa hisab.

:)

Annabuadiary said...

itu belum masjid kucing yang mengikut sejarah ramai para sahabat solat di sana ..dah hbis demolish dah ..isk isk diaorang ni ..kalau preserve kan bagus ...bila baca kisah kak nur , rasanya tahun depan saya nak pegi lagi

Nur said...

damia,

akak pon rasa nk pergi lagik.

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa