Monday 12 December 2011

KISAH HAJI: BERKONGSI SEJADAH

Salams,

Bismillah hirrahman nirrahiim,

Allahumma Solli A'la Saidina Muhamad, wa'ala 'Aali Saidina Muhamad.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah swt, semoga tegap kakimu dijalan-Nya. Ya, hanya dijalan-Nya. Jangan disihir oleh dunia yang sentiasa menggoda.

Menyentuh tentang entri sebelumnya, saya sempat berfikir, doa siapalah yang Allah makbulkan berkenaan tentang kemudahan menguruskan urusan haji kami. Lantasnya saya terbayang wajah Bonda-Bonda kami, kaum keluarga kami, rakan-rakan kami, dan kalian. Pastinya salah satu doa mereka ini, dan kalian sekalian di angkat ke langit, terus tanpa hijab. Oh Tuhanku, Junjunganku, Pemegang Ubun-ubunku - Engkau Terlalu Mulia untuk tidak mendengar doa-doa kami.

Bersambung mengenai keadaan di Mina, terdapat deretan kedai bersebelahan dengan Maktab 100, barang-barangnya mahal ya ampun. Contohnya tisu yang mempunyai sepuluh (10) helai, berharga SR2, dan maggi berharga SR4. Entah kenapa tiba-tiba mahu menjamah maggi, walhal di Malaysia dan di UK jarang sekali saya menyentuhnya. Kami membeli 3 bungkus maggi, yang akhirnya disedekahkan kepada jemaah haji yang lain. Saya tidak tegar melihat muka kecewa mereka, kerana mereka menyangka maggi itu disediakan oleh pihak Tabung Haji.

Kami jua dibekalkan dengan air mineral dan air kotal pelbagai jenis di dalam peti sejuk yang terdapat di celah-celah simpang. Ambil sahaja beberapa botol dan kotak pon, bila-bila masa pun, aduhai, mewahnya hidup kami di Mina. Kalau lah tiada masalah tandas, saya rasa, hidup di Mina seperti di Syurga dunia layaknya. Melontar cuma di pagi hari selepas subuh, dan selepas itu aktiviti bebas!

Saya mahu menceritakan beberapa kisah ajaib semasa kami berkongsi sejadah dengan jemaah haji yang lain. Rakan-rakan saya yang lain selalu diberi coklat, kurma, biskut atau apa sahaja pabila mereka berkongsi sejadah mereka, tetapi selalunya saya, ya, saya, saya akan menerima pelukan dan ciuman berserta doa.

Aduhai, indahnya terasa!

Suatu hari, kami bersolat zuhur di atas bumbung, dek kerana terlambat dan tingkat satu sudah penuh. Dapat anda bayangkan betapa kami dibakar mentari semasa solat. Mata saya sudah sepet-sepet tidak nampak sejadah. Saya risaukan Ija sakit kepala, kerana dia memang tidak tahan panas. Untunglah imamnya tidak memanjang-manjangkan solat. Seusai solat, kami pulang dengan pantas ke hotel, mahu makan tengahari dan kalau dapat tidur sebentar mengumpul kekuatan. Sewaktu jalan pulang, tiba-tiba ada awan melindungi kami dari panas, subhanAllah. Tapi cuma sebentar sahaja. Mungkin ini hadiah dari-Nya selepas terbakar semasa mengerjakan solat untuk-Nya. MasyaAllah.

Sewaktu asar, saya berkongsi sejadah dengan seorang makcik yang saya kira dari Turkey, atau Iran, atau dari negara yang penduduknya putih-putih. Sememangnya mereka tidak bawa sejadah untuk solat. Dan seusai solat, makcik tersebut mengusap-usap muka saya, sambil berdoa (mungkin), dan mencium kedua belah pipi saya. Aduhai, seperti dicium Bonda.

Sewaktu solat Jumaat, saya terlewat tiba, dan duduk disebelah lelaki Afrika di Dataran Masjid (luar), tapi jangan risau, tidaklah kami bersentuhan. Beliau sangat menjaga tatatertib sebagai seorang lelaki Islam. Saya tidak membawa sejadah, cuma berdoa agar makcik Melayu Malaysia dan Indonesia disebelah kanan saya sudi berkongsi sejadah dengan saya. Hampanya. Tidak disangka, lelaki tersebut menghamparkan tikarnya yang sangat besar itu untuk saya. Muat untuk kami berdua dan plastik berisikan kasut memisahkan kami. Sewaktu khutbah Jumaat yang dibaca oleh Syeikh Maher al-Muaiqly, saya menangis semahu-mahunya walaupun saya tidak faham bahasa Arab. Puncanya, beliaun menyebut Nabi Muhamad saw, Baitullah Ka'abah, Masjidil Haram, Maqam Ibrahim, Hajar Ismail, Wukuf, Arafah, Muzdalifah, Mina. Ini Jumaat pertama selepas Haji. Aduhai, malu pula pada jemaah yang lain. Seusai solat, saya menanti lelaki tersebut menghabiskan doanya, dan lantasnya saya menyebut jazakallah hul khair. Dia sedikit terperanjat, dan membalas doa saya dengan doanya, mungkin jarang sekali menerima ucapan terima kasih di sepajang hidupnya? Entah.

Pada hari yang lain pula, kami solat Zuhur di Tingkat 1, mahu ke situ kami melalui pintu 91 menaiki escalator. Jua tidak membawa sejadah sendiri, kerana kebiasaannya kami membuat umrah sunat diwaktu pagi dan mengeteh di Safwa Tower, kalau tawaf, malasnya ya ampun mahu mengusung sejadah, berat, kerana perjuangan menghabiskan tawaf dan sa'ie itu sendiri berat, kami tidak mahu membebankan badan dengan membawa sejadah lagi. Lantasnya, kami berharap makcik Melayu disebelah kami sudi berkongsi sejadah. Hampa lagi. Tidak disangka makcik Iran/Turkey sudi meminjamkan sejadah beliau, sedangkan beliau sendiri memakai tuala kecil. Aduhai Tuhan-Ku! Pelajaran apa yang Engkau mahu ajarkan pada kami hari ini? Seusai solat sunat zuhur, kami bersalam dengannya dan mengucapkan jazakallah hul khair. Makcik itu terperanjat sekali, lantasnya memeluk kami, dan menciumi kami, dan mendoakan kami mendapat taqwa dan haji mabrur.

Ya Allah swt, sungguh lain sekali rasanya didoakan sedemikian rupa. Ameen, perkenankanlah ya Allah, perkenankan lah ya Rabbi.

Dan yang terakhirnya, seorang makcik dari Iran, Fahimi, beriya-ia benar mahu berbicara dengan saya. Dia cuma tahu berbahasa Parsi, saya cuma tahu bahasa Melayu dan Inggeris. Lantasnya kami berbicara seperti ayam dan itik. Dia berasal dari Shiraz, Iran. Meminta kami mendoakan beliau setibanya kami di Madinah, meminta kami menyampaikan rasa cinta dan salam pada Rasulullah saw, dan akhirnya meminta kami mendoakan dia semasa kami di Malaysia. Dia jua meminta nama kami, yang kami tulis dalam jawi, dan dijanjinya akan didoakan kami semasa dia di Shiraz. Puas jua saya cuba meminta alamat beliau, siap lukis envelope beserta stamp, tidak difahaminya. Mahu melukis posmen menaiki basikal, tidak pula reti saya melukis. Mahu melukis merpati menghantar surat? Owh, kenapa tidak saya terfikir.

Dia menjadi ramah setelah saya membentangkan sejadah untuk beliau. Berkongsi. Dan akhirnya sebelum solat Isya', di usap-usapnya muka saya, dan diciuminya sambil berkata-kata di dalam bahasa Parsi. Sebelah Kak As jua orang Iran, jua dari Shiraz. Setelah mereka memperkatakan tentang kami, Fahimi sekali lagi mengusap-usap muka saya dan menciumi kedua belah pipi saya. Seusai solat Isya', sewaktu saya melipat sejadah dan mahu pulang, kami bersalaman dan sekali lagi beliau mengusap dan menciumi saya.

Aduhai, terasa kasih Allah swt melimpah ruah untuk saya yang yatim ini.

Dan ini kejadian paling ajaib sekali mengenai sejadah. Suatu subuh yang hening, saya duduk sebelah ibu dari Indonesia. Sejadah nya, wallah, cantik sekali. Rakan-rakan saya ada membicarakan mengenai pembelian sejadah sebagai cenderahati dari Makkah untuk sanak saudara. Dan mereka mahu membeli sejadah serupa/sejenis dengan sejadah yang dipakai oleh ibu itu. Ibu itu cantik sekali, kalau boleh saya tuliskan disini.

Saya menegur Ibu itu, bertanyakan berapa rialkah harga sejadahnya, untuk informasi rakan-rakan saya. SR35, jawapnya. Mahalnya! Teriak saya. Sumpah budget mereka cuma dalam SR20. Tangan saya masih mengusap-usap sejadah itu. Cantik benar. Dibeli dimana, Ibu? Di Sofwa Tower. Rupanya Ibu itu beserta rakannya tinggal disitu, mereka dari majlis rasulullah, pastinya bangsawan.

Seusai subuh, ya, benar jangkaan kalian, sejadah itu diberikan kepada saya. Waduh, malu bukan kepalang saya ini. Saya ngga tahu mahu dibalasi apa. Mahu memberi duit, takut insult pula.

Nantilah, akan saya berangkat ke Jakarta menyambung ukhuwah, atau hantar sahaja apa-apa cenderahati dari Malaysia, insyaAllah.

Tuhanku, Pelindungku, terima kasih diatas segala-galanya. Alhamdulillah 'Ala kulli halin.


















14 comments:

~albazrah~ said...

Masya Allah...subhanallah. Indahnya

Ermayum said...

all yr after haj post make me cry- beautiful Nur

Enno said...

subhanallah, berulang kali saya mengusap air mata terharu membaca ini...

:')

cikMilah said...

subhanallah...I am speechless!

Hikari-san said...

Saya rasa sejadah yang datang dgn slingbag tu kan..Cumel kan.. praktikal sekali untuk diletak telekung.. satu simpan kat office, satu letak kat surau.. best2..

Awak favorite makcik2 tu hehehe.. alhamdulillah. blessing kisses..;)

Warna alam said...

alhamdulillah,cukup utk kita rasa betapa lembutya kasih sayang Allah. siapa baca bleh menangis jek.

Nur said...

Albazrah,

Syukran jazilan sudi berkunjung, dan memberi komentar, sesungguhnya saya sgt berbesar hati dengannya, semoga Allah redha padaMu, dan anda jua redha padaNya.

:)

Nur said...

Sis Erm,

Syukran sis, segala puji-pujian hanya layak untuk-Nya.

Alhamdulillah.

:)

Nur said...

Enno,

:)

Sudah ku titip namamu didepan Ka'abah Enno, moga-moga yang terbaik sahaja untuk kita.

:)

Nur said...

cikMilah,

Kak, rindu dengan tulisan-tulisan akak, kembali menulislah kak..

:)

Nur said...

Huda,

A'ah, sejadah itulah, satu kota mekkah (exaggerate nye!) kami pusing kerana saat-saat akhir bershopping sejadah jenis ini sudah habis!

Ah, ya, harap2 itulah blessing kiss. Mahu dipractisekan disini, boleh kah?

*wink*

Nur said...

WarnaAlam,

Syukran, siapa ini ya? Perkenalkan lah diri.

Annabuadiary said...

kak nur bab kongsi sejadah ni baik dkt madinah atau mekah ..saya biasanya mmg dpt kongsi dengan makcik turki atau india ...mereka lebih toleransi

Annabuadiary said...

saya juga di masjidil haram suka duduk sebelah makcik turkiye , iran atau iraq ..biasa tips untuk bakal menziarahi kota suci saya nasihatkan bawaklah biskut ke apa ,,sampai masjid saya bagi diaorang rasa dan lepas tu diaorang pun bagilah ole -ole tergelak saya baca en3 bab bercakap mcm ayam itik ...tp walaupun tidak faham ukhuwah Islam itu wujud , plus kalau nak menyelit saf pun saya jarang dpt peluang dengan orang msia ,,,saya cari makcik indonesia