Salams,
Bismillah hirRahman nirRahiim,
Allahumma Solli A'la Saidina Muhamad, Wa'ala A'ali Saidina Muhamad.
Sahabat-sahabat yang sentiasa dihati,
Moga-moga kalian tetap berada di Jalan-Nya. Meskipun pahit, saya doakan kita sama-sama tetap melangkah, biar mungkin terpaksa mengesot, atau merangkak, tetaplah kedua belah kakimu, sahabat. Biarkan magis doa-doa kita berterbangan di jagat raya.
Kali ini saya mau menceritakan tentang keajaiban hotel saya. Ya, kami adalah pakej termurah diatara semua pakej yang ditawarkan, makanya, hotel yang kami dapat pun setanding dengan bayaran. Tetapi, tuan-tuan sekalian, bilik yang kami perolehi, masyaAllah, luas, bersih, indah. Tidak busuk seperti bilik-bilik yang didapati semasa umrah. SubhanAllah. Alhamdulillah. Tapi bagi yang sudah biasa menginap di hotel 5 bintang - I rest my case. Kami menginap di Tingkat 14. Setiap pagi dan petang, saya selalu mengintai di balik jendela memerhati lautan manusia yang menuju ke Masjidil Haram, atau pulang dari Masjidil Haram. Jalan raya bertukar menjadi putih. Berbondong-bondong manusia menyahut seruan-Nya. Agak memalukan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan masjid tetapi tidak mengambil peluang ke sana, sedangkan jemaah-jemaah lain, terutamanya dari Indonesia, Pakistan, India, Afrika dan entah dari negara mana lagi, yang tinggal 1-5 kilometers dari Masjid, sentiasa berebut-rebut mencari tempat di Masjidil Haram. Aduhai!
Bilik kami sejuknya ya ampun kalau angin sedang bertiup kencang. Tapi bonusnya, kami mudah melihat bulan dan bintang. Tetapi, bintangnya kadang-kadang hanya sebutir. Rakan saya menjelaskan ketidakhadiran bintang-bintang ini, Masjidil Haram telah diterangi dengan lampu-lampu neon, yang menyebabkan langit tercemar. Hasilnya, beribu-ribu bintang dilitupi awan.
Tapi, tuan-tuan sekalian, pabila bulan muncul, bersama-sama dengan bintang-bintang, indah bukan kemain. Allahim! Terutamanya pabila tiba hari-hari menjelang wukuf.
Saya suka membasuh kain. Mungkin jua penyakit ini berjangkit dengan rakan sehaji yang lain. Mau menggantung pakaian yang sudah dibasuh, tidak tahu dimana, pada mulanya. Tali sudah dibawa. Mulalah para 'engineers' berfikir gimana caranya mahu menggantung pakaian dengan paling efficient di dalam bilik. Saya lihat sahaja. Ah, memang saya ini benar-benar seorang economist.
Akhirnya, selepas tidak berjaya menggantung tali dibilik, kami ke tingkat 18, dataran yang dibenarkan menyidai pakaian. Mereka menggunakan sepenuh kekuatan dan keupayaan menggantung tali membuat ampaian. Disini, kalau menyidai pakaian di waktu pagi, selepas zuhur sudah boleh mengangkatnya. Panas bukan kemain. Disini jua boleh melihat seluruh pemandangan bandar Makkah (dari sisi ini). Berbukit-bukau. Bongkah-bongkah batu disana sini.
Disini jua disediakan surau berbumbungkan langit. Solat jemaah diadakan pada waktu Subuh, Isya' dan Maghrib, tidak pada waktu Zuhur dan Asar kerana ia terlalu panas. Pertama kali saya mengikuti solat jemaah dihotel akibat sakit, saya terpana. Saya dapat melihat jam 'Allah' itu, tuan-tuan sekalian! Ah, mendidih jua darah saya, segala pembangunan ini, Kota Makkah tidak memerlukannya. Ia kota suci. Kota ibadat. Bukan kota peranginan atau kota lawatan. Kalau dibuat asrama untuk jemaah haji yang tidak mampu, boleh diterima akal lagi, tapi ini untuk penginapan bagi mereka yang kaya raya. Yang pakej hajinya antara RM50,000 - RM100,000+.
MasyaAllah.
Tetapi hati saya cepat sejuk selepas melihat si Bintang Timur itu. Benarlah, kalau terasa mahu marah, lihatlah langit - yang membawa sejuta ketenangan dan kebahagiaan.
Ramai jemaah haji memberi komentar yang tidak enak didengar mengenai makanan. Mendidih jua telinga saya mendengarnya. Bagi saya yang tinggal diasrama di luar negara ini, yang tidak sempat memasak, malas memasak, tidak ada bahan memasak ini, makanan yang disediakan untuk kami, para jemaah haji, adalah terlalu mewah. Dengan sarapan paginya yang selalunya punya dua jenis makanan (contoh mee goreng dan bubur nasi), dengan makanan tengahari dan malamnya yang pastinya punya dua lauk, keropok, buah-buahan, roti dan teh yang disediakan untuk 24 jam, ini sudah seperti syurga bagi saya. Kadang-kadang kami dihidangkan udang dan ketam. SubhanAllah. Dan ikan yang sangat segar dari jeti.
Memang sukar mahu jadi hamba-Nya yang bersyukur, bukan?
9 comments:
My dear
Memang sangat sukar menjadi hamba yang sangat bersyukur.
Btw my dear, seronoknya dengar pasal hotel ni. Lokasi sebelah mana ye. Plaing menarik dataram tingkat 18 tu :)
Subhanallah indah sekali pengalaman ni. Mudah tu, Allah yang bagi. Dan ia adalah apa yang kita rasa, bukan apa yang orang lihat.
MasyaAllah :)
Salams,
Hotel kami di Ibrahim Al-Khalel road, belakang jam "Allah" itu. Orang panggil, rich people street gitu, sebab semua orang-orang pakej duduk disitu (pakej tht).
SubhanAllah, alhamdulillah sekiranya ia mendatangkan kesan yang begitu. Saya ini bukan siapa-siapa, menyambut seruan Allah yang berfirman supaya segala nikmat yang diberi, hendaklah disebut2.
:)
ehh 5 bintang di saudi tak sama dgn 5 bintang hotel tempat lain :D..
Gantung -menggantung tu perkara biasa .. perkara petama di bilik bila cop katil adalah cari tempat untuk gantung jubah haha.. tp saya pun tak sempat hari tu nak basuh membasuh ni.. hantar dobi je.. keadaan tidak mengizinkan.. saya hanya ada 14 hari..jeles la awak dapat 40 hari..
Seronok dengar citer awak as if i can smell the haram from here.. :D
Huda,
kalau hotel saya yang best tuh pon rate dia 2 bintang je, tak tau le hotel 5 bintang gimana gayanya kat Mekkah.
Awak hantor dobi jer? Ya ampun, masa kami, dobi dia sangat mahal. Sepasang jubah SR12, stocking SR7! Rasa nak pengsan masa baca, sebab tu kami usahakan jua membasuh kain...hehehehehhe
Yah, I still miss the Haram. Miss it. Miss it.
Ada member saya pernah menginap di safwa tower- takdela style 5 bintang - overrated, but sebelah je la, buka tingkap pun dah nampak kaabah. But Alhamdulillah sangat selesa. yang penting urusan haji kan..
Penginapan kami di Aziziyah my dear, betul2 belakang Al-baik chicken ceewah.aziziyah dah hampir benar dengan mina dan tempat jamrah. Kat situ dobi jubah dalam SR5/6 sepasang, Kami tujuh hari je di mekah dan keadaan penginapan yang tidak memungkinkan untuk membasuh kerana berkongsi dengan ramai orang. Hehe ttp mata je la.. lagipun saya guna duit GB masa tu nghee :D
Huda,
5 bintang itu - buka tingkap nampak ka'abah lah. Itulah 5 bintang bagi saya. Design dan kelembutan katil pasti lain. Tapi benar, yang paling penting adalah kesempurnaan ibadat. Duduk dekat dengan masjid tapi malas ke sana pon, tak guna jugak.But I think it is all about keberkatan, kalau ALlah swt panggil, jauh mana pon kaki ini akan tetap terbang berlari kencang menuju-Nya, kan?
Awak tahu, pekerja hotel memberitahu saya, hotel saya itu, sebilik cuma berharga SR300 dimusim umrah, tapi naik ke SR15,000 semasa musim haji! MasyaAllah. Tidak saya dapat bayangkan berapa rial untuk hotel di Safwa Tower.
Al-Baik chicken? Sedap ke? Kami, sadly, tak pernah makan luar in restaurant I mean, tak sempat. Murahnyer dobi. Masa saya baca harga dobi kami, memang agak tersedak, baik sahaja saya yang membuka dobi...hahahahha...
kak nur pengalaman basuh membasuh di mekah memang best .. basuh lepas solat subuh atau isyak ..tp memang interesting dekat sana
Damia,
Memang, saya memang gile membasuh. Asyik2 membasuh, pantang pakaian kotor sedikit sudah basuh. Hahhaha. Hairan kawan2 saya. :)
semangat tu dtg sebab baju cepat kering ...saya belum ada pengalaman haji , saya pasti ia lebih interesting ..tp sebab asyik basuh , sampai msia baju kotor saya hari sebelum bertolak ke msia je
Post a Comment