Saturday, 21 May 2011

CANTIK

Salams,


Adik saya sangat cantik. Benar, ia datang bukan kerana blood-related, tetapi secara objective nya. Apa motif puji adik sendiri ini? Tetapi saya selalu ingatkan, cantik ini bila-bila sahaja Allah swt boleh tarik. Iskh, nauzubillah.

Dia tidak kisah kalau terpaksa tidur di lantai beralaskan selimut nipis sahaja. Amazing. Sedangkan kakak-kakak nya sangat demanding untuk memperoleh tilam empuk yang enak, dia rela sahaja tidur di 'store' kami, ketika ramai yang bertandang ke rumah Abah dan Emak.

Dia ini degil sekali! Kalau saya katakan masuk simpang kanan pukul 3, atau terus sahaja pukul 12, boleh pula dia belok kiri pukul 9? Aduhai. Dan kami terpaksa berpeluh-peluh mencari simpang untuk u-turn. Saya tenang-tenang sahaja, kerana saya sangat pasti, bahawa ada jalan untuk kami pulang.

Antara perbualan yang menyebabkan saya rasa begitu amaze padanya adalah seperti dibawah:

Adik: Kak, ini ferrero rocher yang mana, warna coklat dia lain lah, hitam.

Saya: Ini macam dark coklat je. Nak skit Shah.

Adik terus memasukkan seluruh coklat (ya, yang bulat itu!) ke dalam mulutnya.

Saya: Aishah!

Dia terus berjalan ke peti sejuk untuk mengambil satu coklat lagi. Ya ampun.

Adik: Ini coklat apa kak, macam sedap jer, putih pula.

Saya: (sambil menguyah, eeiiii ngga sedap dark chocolate ini) Mungkin white coklat kot. (Lihat dengan lebih dekat) Tapi macam coconut la Shah.

Adik: Kakak nak separuh? (sambil terus membelah coklat itu menjadi dua).

Saya sudah terkekeh-kekeh: Amboi, coklat tadik kamu tak offer pun, terus masuk mulut. Yang ini sudah tahu ngga sedap terus dibagi dua ya!!!

Dia sudah mendapat scholarship Bank Rakyat, Alhamdulillah. Belum-belum sudah di listkan apa yang mahu dibeli. Jumlahnya tidak tahu, dan tidak tahu bila dapatnya, tetapi sudah berangan-angan mahu apa. Bonda kata, burung terbang dipipiskan lada.

Hahaha. Saya jua mahu pau dia! *wink wink*

5 comments:

Gadis Buah Delima said...

assalamualaikum miss,
:)

aidk makak nama aishah juga ya?!
teruja~

heee :D



semoga hidupnya dipermudahkan segala.



.

Gadis Buah Delima said...

-_-"

*adik akak

Rossarina™ said...

hahaha sangat comel. :D

Nur said...

Aishah,

Yep, namanya secantik nama anda..:)

semoga anda jua dipermudahkan Allah swt untuk segala2nya!

Nur said...

Arina,

Hahha, memang! :)