Saturday, 2 April 2011

MANIFESTASI KUN FAYA KUN


Iya, entri ini dalam bahasa melayu yang sangat dicintai oleh sahabatku yang sangat mencintai sahabatnya itu. Sesungguhnya level bahasa sahabatku itu sungguh mendadak jauh nya tinggi. Selepas aku meninggalkan dia, adakah hatinya yang menulis? Kerana kita sama-sama tahu bahawa sekiranya bahasa kalbu itu yang ditulis, tentunya sahaja ayat-ayat cinta terserlah jelas. Dan kerana lara hati ku, aku tidak mampu menulis waima sepotong ayat indah. Mahu menulis duka hati ku, sesungguh nya aku tidak mampu untuk berkongsi, kerana biarlah luka hati ku yang paling dalam ini, ku kemas-kemas dan ku kunci, kerana biarlah sahaja ia menjadi rahsia diri ku dan Tuhan Rabbul-Izzati.

Entri ini luar biasa tajuknya. Kerana ia adalah dari sahabat yang kucintai, maka seharusnya aku melebarkan nya untuk bacaan pembaca-pembaca yang dihormati, semoga, ada jua manafaat nya dalam kamus hidup kalian.

Begitu luas manifestasi kun fayakun Tuhan pada kamu, ya Nur, kamu masih sangsi?

Iya, seharusnya aku menampar sahaja diri yang sungguh keterlaluan dalam kesangsian menghitung nikmat Tuhan. Seharusnya aku merobek2 diri yang sungguh berdosa ini dalam memperkatakan keadilan Tuhan. Sesungguhnya aku ini manusia yang tercela dalam mensyukuri nikmat Tuhan Yang Maha Pengasih, yang masih belum memberikan aku keajaiban dalam sesuatu perkara, tapi nya memberikan kasih sayang Nya yang aku sungguh buta untuk menilainya.

Sungguh! Sungguh banyak sekali keajaiban berlaku dalam hidup gue. Gue ngerti sekarang, tapi nya dalam soal jiwa, gue buduh sekalik. Gue sangat lemah kalau berdepan dengan kalbu ini, entah nya gue tidak membina hati gue, ataukan gue mau-mau nya memaksa-maksa Tuhan memberi segala apa yang gue minta. Sedangkah gue butuh perlindungan dan kasih sayang Nya. Dan siapakah gue untuk memahami segala apa yang terjadi ini adalah kun fayakun dan jua bukti kasih sayangNya?

Ketololan gue dalam memahami kepercayaan ini sungguh dalam. Tanyakan sahaja sahabat gue yang dicintai ini, kerana dia juga kagum dengan diri gue yang sungguh aneh ini.

Takdir itu sangat indah- bisik sahabat ku yang ku kira, sahabat paling tabah pernah aku jumpa. Sahabat yang banyak mengajar erti takdir, doa dan kesabaran dalam mengemis cinta Tuhan. Sahabat yang ku kira, kalau aku takdirnya jadi dia, mungkin aku bukan disini, aku mungkin menjadi sampah negara. Ku kira kalau sampah jua masih berharga kerana ia sedar diri nya sampah dan bertasbih pada Sang Pencipta. Owh sampah, alangkah mulianya engkau dari diri ku ini!

Dia ini mengajar yang doa adalah hak kita, soal makbul itu hak Tuhan. Adakah aku, ya Allah, sangat cabul dan melampau dalam memohon kurnia dariMu? Adakah aku kurang beradap dalam menghadapi Mu? Sesungguhya aku terbaca – adalah kamu harus mengerti bahawa kamu hamba, maka, berlaku lah seperti hamba. Memohon lah seperti hamba. Dan meminta lah seperti hamba, tidak layak kamu memaksa Tuan Mu dalam memberi bukan? Maka, berlaku wajarlah kamu sebagai hamba!

Aduh! Ayat ini sungguh-sungguh sekali lagi menampar gue.

Dia bertanya – bagaimana kamu boleh tidak percaya takdir itu terbaik untuk kamu?

Ya, dalam soal kepercayaan, makanya aku angkat bendera putih. Mau percaya, dengan sebenar-benarnya, dengan sepenuh hati nya, seperti memberi 100% kepada empunya, aku kira, belum bisa ku lakukan. Aku tidak terdaya. Masih. Ku katakan pada sahabat ku yang mulia itu - gue mau bangat deh, memahami takdir gue. Gue mau sangat sih, mencintai nya dengan sewajarnya, tapi gue ada problem, mau percaya dengan sepercaya-caya nya. Dan gue sungguh-sungguh tidak mengerti takdir gue yang sungguh aneh ini.

Dan dia dengan tenang membalas – takdir itu tidak melontarkan kamu deh, tetapi membawa kamu, atas hasil doa dan ikhtiar kamu.

Dan dia kembali mengingati kata2 ku yang pernah ku berikan pada nya – tenang lah, jangan berkata demikian, kamu sendiri berkata, sesuatu itu tidak berlaku tanpa sebab. Dalam esakan ku yang mula meninggi, dia berkata lagi, sesungguh nya ayat-ayat dari dia sentiasa sahaja membuat ku cemburu, ternyata dia lebih mengenali Tuhan kami. Dia menyatakan sekali lagi, bahawa hak kita adalah berdoa, makbulinya sahaja hak Tuhan. Jika zahirnya Tuhan seperti tidak memakbuli, gue tahu Tuhan telah memakbuli lama sebelum gue mengangkat tangan untuk berdoa. Kerana Dia lebih mengasihi gue dari apa yang gue mampu mengasihi Dia. Itu gue percaya. Dan dalam kehidupan seharian gue yang kecil ini, Tuhan telah banyak memberi gembira pada gue.

Dan dalam lipahan air mata ku yang semakin banyak, dia menyambung – dan untuk apa gue tidak mempercayai NYA lagi? Dan Tuhan lebih menyayangi kamu ketimbang gue. Seharusnya kamu lebih cinta DIA, untuk sekian banyak doa kamu diangkat ke langit dan Tuhan memakbuli. Jangan hanya kerana kamu menunggu belahan jiwa, kamu tidak merasai kasih sayang NYA pada kamu yang begitu banyak.

Dan dalam tangis ku yang makin tidak terdaya aku empangkan, dalam rintihan ku yang menyatakan, dia mengingatkan aku – bahawa bukankah Tuhan bersama kamu, dekat, dan memegang kamu dengan erat?

Ya Allah! Aku sudah terlupa sifat mu yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim!

Dan dengan penuh kasih sayang, dia menyambung - gue berdoa, moga kamu segera menjumpai apa yang kamu cari tentang erti percaya, hingga waktu itu, sampai kamu faham, satu hari kamu malah akan sanggup mati demiNYA, dan segalanya akan sirna kecuali cinta Tuhan.

Ya, aku tidak pernah derita barangkali, seperti yang didakwa oleh sahabat ku yang dicintai itu. Aku tidak pernah merasa apa itu musibah jiwa yang sangat besar, kerana aku tidak pernah direnggut kasih sayang dari orang yang benar-benar datang dari jiwa ku. Mungkinkan ini menjadikan jiwa ku cetek sekali? Dan boleh kah ini ku jadikan alasan bahawa derita ku besar sekali?

Gue sedang lihat kasih sayang NYA terlalu melimpah untuk kamu.

Dan inilah ayat terakhir perbualan kami. Yang sungguh-sungguh menyentap hati ku yang kecil ini.

Mau apakan sahaja pembaca yang dimuliakan tentang derita hati ku ini? Meski kalian tidak akan mengerti, doakan sahaja kekuatan hati ku terbina semula. Doakan sahaja hati ku diberi cahaya. Doakan sahaja aku ini mengerti, keindahan tawakal kepada Yang Maha Gagah.

Doakan sahaja, aku mampu mengharungi perjalanan ku yang sunyi ini. Doakan sahaja hati ku kuat. Doakan sahaja, bahwa aku percaya kekuatan hati ku, adalah dari kefahaman ku mengenai Tuhan. Doakan sahaja, bahawa aku ngerti yang Pencipta tidak akan sesekali meninggalkan aku. Doakan sahaja, aku percaya, dengan sebenar-benarnya, kekuatan hati yang berpegang janji dari Tuhan, yang tidak akan dimungkiri.

Doakan sahaja, agar du’a ku diangkat ke langit tujuh, tanpa hijab, terus ke Sang Maha Mengetahui, sebelum aku memberitahuNya lagi.

Dan doakan sahaja, bahawa aku mengerti, bahawa menisfestasi kun faya kun dalam hidup ku ini sungguh luas…dan indah.

Salam sayang.

4 comments:

Anonymous said...

tersentuh hati membacanya

Nur said...

Syazwan,

Salam, syukur, rasa itu dilimpahi oleh Allah swt.

Aisyah said...

Salam,

"Sungguh! Sungguh banyak sekali keajaiban berlaku dalam hidup gue"

Nur, that is absolutely definitely true!

I love your statement ;-)

"Believers, recall God's favours to you when a group of people were about to harm you and God made their evil plots against you fail. Have fear of God. Believers, only trust in God" (Al-Maidah; 11)

Nur said...

Aishah,

Alhamdulillah, all praises belong to Allah.

There are many blessings in my life, unaccountable, please pray for me to be a very good muslimah ya...