Kullu am wa antum bikhair.
Tadi baru gue selak buku 60 sahabat nabi, buku yang gue curi dri abah gue tapi sudah hilang, dan gue photostat dri kawan gue yang jua mencuri dri ayahnya. How funny.
Dan air mata gue jatuh bertitis-titisan , mengenang kecintaan para sahabat kepada Rasulullah saw yang mulia itu. Total cinta. Dan gue jadi kangen bangat sama ka'abah, sama hijir ismail, sama kubah hijau.
Terutamanya gue cinta hijir ismail. Apa kau pernah sujud di dalam hijir ismail itu kak? Atau sahaja soalan ini lelucon, kerna kau sudah dapat menciumi hajar aswad itu, ah cemburu gue.
Hati gue basah, dan Huda akan pergi ke bumi tercinta itu lagi15 hari. Dan gue pikir, kapan sahaja Rasulullah saw itu merindui dan mencintai gue, kak?
_________________________________________________
Salam alayk bibarakatillah. Saya selalu sahaja percaya, bahawa Nabi itu menyayangi kita lebih dari kita dapat menyayangi dia. Saya juga selalu tahu bahawa Nabi itu dekat, lebih dekat dari sangkaan kita, meski dia telah wafat dan kita dipisahkan zaman. Jika tidak dekat, mengapa Nabi tetap mahu meninggalkan pesan dan wasiat, dalam bentuk sunnah dan azimat? Hanya sahaja kita tidak mendengar, dan menjadi pengikut yang setia, nah, kerana itu kita rasakan Nabi terlalu jauh. Bahkan Nabi selalu mendendangkan doa-doa keselamatan. Menghubungkan kita dengan selawat. Dan doa ketika duduk di tahiyyat awal dan akhir, adalah bukti Nabi mengingat kita ummatnya yang lewat. Lewat kerana kita tidak dapat bersua muka, depan berdepan. Bacaan solat kita, Assalamualaina wa ala ibadillahissolehin. Nabi mengucapkan salam itu kepada ummatnya yang beramal soleh, ketika dia bersolat lama dulu sewaktu 1400 tahun yang lampau. Kita dapat menyambut salam Nabi sekiranya kita tergolong dalam ummat yang beramal soleh. Soalnya, adakah kita tergolong dalam golongan yang mendapat ucapan salam dari Nabi? Dengarlah Nur bicara Nabi. Nabi tetap berbicara meski zaman memisahkan kita. Seperti Nabi Ibrahim menyeru, dan ummatnya datang berbondong-bondong saban tahun untuk menunaikan haji di Makkah. Seruannya nyata, dan ummat mendengar serta menyahutnya. Moga kita dapat mendengar juga Nur, hari ini, hari esok, hari-hari seterusnya. Dan kemudian Allah perkenan kita menyahut dengan talbiah, 'Labbaikallahumma labaik, labbaikallah syarika lakabaik'. InsyaAllah, insyaAllah. |
2 comments:
As salam....
Sahabat, apa khabar??? Heeee
Kadangkala men'curi'k ok gak kan??? ;)
Maz!
Awoh, I miss you. How's life? I hope life is treating you nicely.
Gue ok, yah, i hope you still have the book ya, I forgot where do I put it. Thus, if I lost it again, at least, I can borrow it again from you!
:)
Post a Comment