Selama lima bulan yang lepas, saya tidak mampu menangis. Waima sesakit mana pun hati saya, sesedih mana pun diri saya, saya ngga mampu menitiskan air mata. Walaupun setitis. Walaupun semasa raya. Walaupun semasa saat-saat kritikal. Walaupun semasa saya mengucup tangan dan pipi ayah bunda yang sudah tua buat kali terakhir. Walaupun semasa melihat Bunda mengesat-ngesatkan air matanya semasa menghantar saya pulang.
Walaupun saya sendirian ataupun berada di tengah keramaian.
Atau mendengar berita yang paling sadis atau tragis. Atau menerima khabar bahagia.
Air mata itu tidak pernah mahu hadir. Padahal saya adalah anak yang sangat dikenali terlalu cengeng sekali.
Aneh, aneh sekali.
Anda pernah menangis sampai seperti hati anda tergantung pada satu tali? Kerana anda tahu, sekiranya anda melepaskan tali itu, anda akan mati. Ya, positif.
Saya tidak pernah terfikir yang saya ngga akan mampu menangis satu hari nanti. Saya punya kawan yang sangat ampuh jiwanya. Tidak pernah menitiskan air mata di depan saya kecuali semasa menghantar saya terbang. Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan menjadi seperti dia, hari ini. Mahu menangis, tetapi tangisan itu sudah lama berlalu, hilang dibawa pergi salji.
Apa mungkin pabila saya menangis, saya tidak akan bisa berhenti?
6 comments:
kata 'somebody'(tak ingat), kita boleh pura-pura nangis.. :)).. ropanya.. dapat menangis tu is a blessing
p/s- i wish you well & miss u..uhuk..
phantom : saya setuju menangis itu blessing ...saya susah menangis dan kali terakhir bulan 1, 2009..sakit tidak dpt menangis lagi terseksa
Huda,
Ah, I miss you! Wish you well too. really2 pray that we'll meet again. Need to hear your wise words, again.
Hahaha, yah, to be able to cry is really a blessing, aii?
DAMIA,
Hope u are well dear, I haven't heard from you for a long long long time.
Maybe you can force yourself to cry? No?
:) Stay blessed
just the right time to give 'the kite runner' a try.
well, if you 'have time' in the first place.
=)
Known Anon,
Ah, I am barely breathe nowadays, let alone immerse myself in the pleasure of reading. One day, I promise, insyaAllah, one day!
:)
Post a Comment