Sunday 9 January 2011

PhD & PHD–part 1: Merc

Salam,


Lamanya tak menulis, mood takder, apa semua takder, risau pun takder, mandrom. Ini adalah syndrom jetlag. Sangat blur dengan kehidupan sendiri. Kemudiannya, paksa diri untuk membaca kembali papers yang telah ditulis. MasyaAllah. Kene betuli niat. Apa2 pun mesti buat kerana Allah swt. Nak betulkan niat bukan mudah, tapi perlahan-lahan lah. Bertatih2. Ada masa kita menang, ada masa kita tersungkur dengan perasaan yang tah haper2 ni. Anyway. Ini coretan kawan saya. Pergh. Pedulik kan apa orang kata. Kita ni sampai ke liang lahat akan ada orang mengata. Kalau lihat sampai sekarang ada sahaja orang mencaci2 Nabi Muhamad saw dan sahabat-sahabatnya. Kalau mereka-mereka yang dijanjikan syurga jua kene caci, apalah sangat saya ni yang iman pun senipis kulit bawang (tadi baru potong bawang, memang nipis sangat kulitnya). Kesimpulannya? Jaga diri masing2, jangan sampai masuk neraka. Nauzubillah. Disamping itu, ingat2kan kawan2 masing2. Kalau saya ini, sahabat2 sekalian, tersalah jalan, tolong tunjukkan, tegurlah.

____________________________________________________________________________________



PhD & PHD–part 1: Merc

Phd adalah singkatan yang biasa di tulis bagi merujuk kepada Doctor of Philosophy.

Manakala PHD pula boleh la dirujuk sebagai apa saja yang anda suka. Tapi yang saya ingin ceritakan di sini adalah mengenai PHD yang merujuk kepada Perasaan Hasad Dengki.

Ber YM dengan rakan sepejuangan beberapa hari lalu. Berkongsi suka duka dengan kehidupan di rantau orang. Yang merasainya saja yang faham. Bercerita tentang PhD yang sukar diperolehi dengan masa yang diperuntukkan, tetapi PHD yang amat mudah diperolehi daripada segolongan orang. Itulah hakikatnya.

MERC

Masa saya buat keputusan untuk belajar ke UK, sebutan pertama yang saya perolehi dari seseorang yang ‘berpelajaran tinggi’ adalah “ni mesti nak beli Merc”. Saya pun hairan kenapa la Merc ni dikaitkan dgn UK. banyak orang balik UK dengan membeli kereta BMW, Honda, Ford, Toyota, Matsubishi dan tidak kurang juga yang tidak membawa balik kereta.

Salah ke kalau nak membeli kereta sekali pun???? Orang yang buat Phd di Malaysia tak beli kereta ke??? beli jugak rasanya. Kereta BARU yang harganya beratus ribu. Tapi tak de sapa pun kisah. Yang balik dari UK ni yang beli USED car yang orang nak bising sangat. Dah la kereta tu harga tak sampai pun 20k. Tu yang dok sibuk sangat. Hairan betul saya. Gagal menghabiskan PhD dengan masa yang diperuntukkan juga dikaitkan dengan Merc. Macam mana orang yang berpelajaran tinggi boleh berfikir begitu.

Mau tanya lagi… Salah ke beli Merc???? Dari permerhatian saya, mereka yang membeli Merc pun bukannya menggunakan duit ELAUN belajar pun. Macam le elaun tu banyak sangat sampai mampu membeli kereta Merc. Jika Merc itu kereta idaman pun, saya lihat mereka yang membelinya memang bersusah payah. Yang mana isteri belajar, suami sibuk bekerja sebagai cleaner. Ada yang bekerja sehingga 4 tempat yang berlainan sehari. Ada yang bekerja angkat kotak yang berat dan pelbagai lagi. Masa bekerja ada yang dari jam 4 pagi dan hingga 10 malam. Perlu diingat iklim 4 musim di UK ni memang mencabar terutama musim sejuk. yang belajar pula, pukul 6 pagi dah pergi kerja, lepas kerja pergi school belajar. Jadi salah ke kalau diorang nak beli Merc sekali pun. Itu semua dari titik peluh mereka sendiri.

PHD terhadap kereta Merc. Kononnya kereta mewah di Malaysia. Tapi di UK ni tak siapa hairan kalau anda pakai Merc. Yang datang UK ni rata-rata telah menjual kereta mereka di Malaysia. Jadi salah kah jika mereka ingin membeli kereta di UK dan di bawa pulang? Disamping kerja tambahan, ada juga yang meminjam duit saudara mara untuk membeli kereta. Salah kah?

Janganlah sempitkan fikiran anda dengan PHD terhadap mereka yang membawa pulang kereta dari UK. Sokonglah mereka bagi berjaya mendapat PhD. Berikan galakan dan semangat. Bukannya dengan memerli mereka dengan pelbagai tomahan.

Saya belajar di UK tapi tak membeli Merc. Saya tak minat Merc pun. Tapi suami saya suka juga. Terpulanglah. Dia ada duit simpanannya masa dia bersusah-payah kerja dulu. Kalau dia nak beli pun, dia tak minta duit dari sesapa pun. Jadi tak perlulah penat-penat nak ber PHD. Kalau nak beli dan bawa balik pun, saya rasa itu hak dia. Tiada kaitan langsung dengan PhD dia. Tapi mungkin ada kaitan dengan PHD dari orang lain.








4 comments:

Hikari-san said...

wah wah wah.. mau beli merc juga ke? hoho.. wink wink..

Nur said...

No No No...owh tidak, sakit pala pakai merc...hehehehhe...adakah awak takmo jual AP awak? Ada kawan nak bli...:)

Hikari-san said...

ohh ya.. ada juga yang tanya saya, tapi sebab saya belum pasti exactly bila habis.. next month (wish so!!), next few months?, i can't bear the hassle nak uruskan documentations and everything.. dengan masalah yang sedia ada pun.. mmmm.. A piece of mind can't be bought by money- it's priceless (cam nama blog awak le hehe) eceh..

Nur said...

Owh with my friends, I think it is less hassle, you just need to provide a few details and sign several documents.

They are in essex, just let you know if you are interested.

Eh, you are indeed priceless!