Monday 9 January 2012

LOGAM HITAM?

Salams,

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Alllahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, wa'ala 'Aali Saidina Muhamad.

Hari Jumaat memang selalu hari yang sangat membingungkan saya. Selalunya ujian yang dihantar oleh Allah swt pada hari Jumaat untuk saya besar-besar belaka. Hingga hilang kesabaran saya. Ia mencabar emosi saya.

Nah, cabaran pada hari Ahad adalah: secara fizikalnya!

Tetapi hadiah datang dari-Nya pada hari Isnin - priceless. Sungguh tidak ternilai, saudara dan saudari sekalian.

Pernah saya katakan pada rakan-rakan saya - saya cuma manusia biasa. Tidak akan ada pernah kesan pada manusia lain. Saya ini cuma secebis debu sahaja. Saya tidak pernah mahu menjadi bunga kampus atau mutiara kampus. Cukup sahaja saya jalankan amanah ini hanya kerana-Nya. Doakan saya seikhlas-ikhlasnya untuk memberi yang terbaik, bukan kerana nama, pangkat atau status, tapi hanya-Nya.

Dan saya tidak pernah mengerti dengan konsep cemburu dan saling tikam-menikam.

Rakan saya menyabarkan saya - mereka yang melakukan sedemikian rupa, didatangkan khas dari Penguasa Langit dan Bumi untuk menguji saya. Samaada saya ini, benar-benar emas asli, atau sahaja logam hitam.

Oh, jangan tak percaya, saya sudah cerah sedikit. Hahaha.

Dan syukur, Anwar Ibrahim telah dibebaskan.

Must dash, I'm going to the library, will you believe it that they want to cut my salary just because I haven't return their books on time? Oh, I hate the serious library.










6 comments:

sar said...

arent they suppose to be friendly library as well? duhh.. miss you kak nur, and have some assistance and advice that i might need from you.- fiqah

Khadijah said...

saya selaku petugas library merasakan tak wajar depa nak potong gaji akak. Kat sini staff akademik boleh pinjam buku 3 bulan dan boleh pinjam 50 buku. Boleh renew 5 kali kalau tak silap. Lepas tu kalau dah habis limit,leh datang kaunter untuk check in dan check out semula buku tu.
Denda bawah $20 akan dilupuskan setiap hujung tahun. So basically sangat sikit orang yang kena bayar denda.
Hope kita leh improvekan sistem library kita!
:)

nahwanNur said...

Assalamualaikum kak fakhzan,

apa khabar? sudah kembali mengajar ya kak. Masih gunakan nombor lama di malaysia? Jika berkelapangan kakak hubungilah saya ya.

Syukran.
Salam rindu dari gombak

Nur said...

SAR

Just ask, hope that I can be any help. InsyaAllah

Nur said...

Dijah,

Betoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...tah haper2, malas dah nak masuk lib...hahahah

Nur said...

NahwanNur,

Ya sudah, maaf ya, talian hari tuh memang teruk. Temerloh.

Salam rindu jua, mari ketemu kalau ada kesempatan insyaAllah.